Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487217
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbu Bakar Sulong, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorIzdihar Tharazi (P78335)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:35Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:35Z-
dc.date.issued2021-12-13-
dc.identifier.otherukmvital:126406-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487217-
dc.descriptionPenggunaan komposit hijau terbiodegradasi sepenuhnya semakin mendapat tempat dalam sektor automotif. Perubahan ini disebabkan oleh isu alam sekitar dan peraturan kenderaan akhir hayat (ELV) yang ketat oleh Kesatuan Eropah. Namun, penghasilan komposit hijau bagi komponen automotif masih belum diterokai sepenuhnya seperti ketahanan sifat mekanik dan fizikal terhadap kelembapan dan perubahan suhu persekitaran. Selain itu, kesukaran menghasilkan komposit hijau yang optimum dan konsisten menggalakkan pengkaji menggunakan teknik pengoptimuman dalam pemprosesan. Justeru, objektif utama kajian ini ialah menghasilkan komposit polilaktikasid (PLA) diperkuat gentian kenaf searah serta pencirian terhadap sifat mekanik, fizikal dan kestabilan haba. Oleh itu fokus kajian ini ialah menentukan kesan komposisi bahan dan pengoptimuman parameter penekanan panas komposit PLA diperkuat kenaf (kenaf/PLA). Selain itu, kesan orientasi gentian, perubahan suhu dan kelembapan terhadap sifat mekanik komposit kenaf/PLA dikaji dan pengoptimuman parameter pembentukan panas bagi komposit turut dijalankan menggunakan simulasi. Penyediaan dan perincian bahan komposit dilakukan terlebih dahulu dan komposit kenaf/PLA searah dihasilkan melalui proses penekanan panas. Simulasi proses pembentukan panas komposit pula dilakukan dengan menggunakan perisian PAM-FORM bagi melihat kebolehbentukan kepingan komposit. Peringkat pertama kajian menunjukkan 50 wt% komposisi kenaf adalah komposisi yang optimum dengan kekuatan tegangan 180.7 MPa dan modulus Young 14.7 GPa. Peringkat kedua melibatkan proses pengoptimuman penekanan panas dengan menggunakan kaedah permukaan sambutan menerusi teknik rekabentuk Box-Behken (BBD). Tiga faktor utama, iaitu suhu, tekanan dan masa pemanasan telah dikaji bagi mengenal pasti kekuatan tegangan dan modulus Young yang tinggi. Kajian mendapati parameter pemprosesan penekanan panas yang optimum ialah pada suhu 200 °C, tekanan 3 MPa dan masa pemanasan 7 minit dan menghasilkan kekuatan tegangan 198.6 MPa dan modulus Young 15.8 GPa. Seterusnya, pencirian terhadap sifat fizikal dan kestabilan haba turut dilakukan pada sampel optimum. Peringkat ketiga pula, melibatkan kesan orientasi gentian (0°, 45° dan 90°), peningkatan suhu (30 °C, 60 °C, 90 °C dan 120 °C) dan luluhawa terpecut terhadap sifat tegangan dan sifat lenturan komposit kenaf/PLA searah. Dapatan menunjukkan orientasi gentian 0° memberikan sifat tegangan dan sifat lenturan komposit kenaf/PLA yang maksimum pada suhu 30 °C. Sementara itu, peningkatan suhu antara 60 °C ke 120 °C telah menyebabkan penyusutan sifat mekanik komposit dan paling ketara pada orientasi gentian 45° dan 90°. Komposit kenaf/PLA searah menunjukkan ketahanan sifat mekanik yang lebih baik berbanding PLA selepas luluhawa terpecut. Kajian yang terakhir melibatkan pengoptimuman parameter proses pembentukan panas melalui simulasi PAM-FORM dengan mengkaji empat faktor, iaitu suhu kepingan, tebal kepingan, jejari penekan dan halaju penekan. Pengoptimuman proses simulasi pembentukan panas dilakukan menggunakan teknik rekabentuk komposit berpusat (CCD) dan didapati parameter optimum ialah pada suhu kepingan 120 °C, tebal kepingan 2 mm, jejari penekan 4 mm, dan halaju penekan 30 m/s. Nisbah penipisan dan tegangan utama yang minimum dan seragam iaitu masing-masing dengan nilai 0.240 dan 0.438 GPa. Kesimpulannya, komposit kenaf/PLA searah dengan sifat mekanik yang baik berjaya dihasilkan dan berpotensi dibangunkan sebagai bahan alternatif bagi komponen automotif yang lebih mampan serta setanding dengan komposit komersil berasaskan bahan sintetik.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectKomposit polilaktik-asid-
dc.subjectKenaf-
dc.subjectPenekanan panas-
dc.titleProses penekanan panas komposit polilaktik-asid diperkuat gentian kenaf-
dc.typeTheses-
dc.format.pages234-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126406+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.