Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487214
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozli Zulkifli, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorNorjamalullail Tamri (P78499)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:31Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:31Z-
dc.date.issued2021-11-16-
dc.identifier.otherukmvital:126365-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487214-
dc.descriptionGentian sumber alam seperti kenaf, buluh, rami, pisang dan pelbagai lagi telah mendapat mendapat perhatian besar selama dua dekad yang lalu, ia bertujuan untuk menggantikan gentian sintetik seperti kaca sebagai penguat dalam komposit polimer. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengoptimumkan proses pengacuan suntikan polimer komposit menggunakan gentian asli kenaf yarn bagi menghasilkan polimer komposit yang bertegangan tinggi dengan teknik pemprosesan yang mudah dan murah. Proses pengacuan sisipan gentian dalam kajian ini menggunakan gentian kenaf sebagai bahan sisipan dan polipropilena (PP) sebagai bahan suntikan. Bahan gentian kenaf yarn akan diletakkan secara tetap di dalam bahagian acuan dan apabila acuan ditutup, proses penyuntikan acuan akan berlaku. Dumbel polimer komposit yang siap disuntik akan dikeluarkan bersama-sama dengan kandungan kenaf yarn di bahagian tengah. Proses ini dipanggil proses pengacuan sisipan gentian (Fibre Insert Mould) dimana teknik penyisipan gentian kenaf dibangunkan untuk menyelesaikan masalah gentian kenaf yang terpotong di dalam barel semasa proses pengacuan suntikan. Gentian berbentuk kenaf yarn yang diletakkan pada kaviti acuan dan kemudian dikapit dimana akhirnya bahan polimer PP lebur disuntik ke dalam acuan perlu dibuat proses pengoptimuman bagi menghasilkan sampel yang mempunyai sifat mekanikal yang baik. Kepelbagaian kaedah penyelarasan parameter pengacuan dilakukan untuk membandingkan keputusan ujian ketegangan dumbel seperti perbezaan suhu acuan, perbezaan suhu barel, perbezaan tekanan suntikan dan tekanan pegangan. Proses ini berjaya untuk meningkatkan kekuatan tegangan polipropilena (PP) sebanyak lima puluh lima peratus (55%). Teknik ini dapat membantu bahan yang lebih murah seperti kenaf yarn meningkatkan nilai produk PP untuk menjadikannya mempunyai sifat tegangan yang lebih kuat dengan proses yang mudah dan murah serta ia juga dapat mengurangkan fasa pemprosesan yang terlibat. Fasa pemprosesan asal melibatkan tiga proses utama iaitu pemotongan, penyebatian (compounding) dan penyuntikan manakala fasa pemprosesan baharu hanya melibatkan dua proses sahaja iaitu sisipan dan penyuntikan acuan. Akhir sekali proses pengacuan sisipan gentian ini telah berjaya membentuk satu produk polimer komposit dengan gentian asli yang sesuai untuk pelbagai kegunaan menggantikan produk plastik sedia ada dipasaran. Kejayaan ini dibuktikan dengan terhasilnya produk komposit gentian asli dengan kekuatan tegangan yang lebih baik dari bahan asal PP tanpa memberikan sebarang masalah terhadap acuan dan mesin sedia ada setelah teknik ini digunakan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectKenaf-
dc.subjectPolipropilena-
dc.subjectGentian sumber alam-
dc.titlePengacuan suntikan sisipan gentian kenaf diperkuat polipropilena : proses dan sifat mekanikal-
dc.typeTheses-
dc.format.pages247-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengacuan suntikan sisipan gentian kenaf diperkuat polipropilena proses dan sifat mekanikal.PDF
  Restricted Access
Full-text4.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.