Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487211
Title: | Pembangunan kerangka strategik pelaksanaan MyCESMM2 bagi kerja kejuruteraan awam : kajian kes di Selangor |
Authors: | Siti Asmiza Muzafar (P96963) |
Supervisor: | Muhamad Azry Khoiry, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Pengukuran Industri pembinaan Kejuruteraan awam |
Issue Date: | 18-Oct-2021 |
Description: | Kaedah pengukuran sangat sinonim dengan kerja-kerja melibatkan pembinaan terutamanya dalam keseragaman menyediakan senarai kuantiti bagi sesuatu projek. Bagi memastikan penghasilan pengukuran yang tepat dan konsisten, satu kaedah pengukuran yang standard mestilah dipraktiskan oleh setiap pihak yang terlibat. Keseragaman penggunaan kaedah pengukuran memberi impak positif terhadap pengurusan kos pembinaan. Namun begitu, praktis penggunaan pengukuran standard terutamanya bagi kerja-kerja kejuruteraan awam (MyCESMM) masih belum meluas, kurang kesedaran dan penggunaannya masih belum digunakan sepenuhnya. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka pelaksanaan strategik penggunaan MyCESMM2 dalam kerja kejuruteraan awam. Proses penilaian dijalankan melalui pengukuran penerimaan pemain industri terhadap penggunaan MyCESMM2 berdasarkan tiga faktor utama iaitu halangan, pemacu dan strategi. Responden kajian ini terdiri daripada juruukur bahan di negeri Selangor yang pernah terlibat dalam kerja-kerja kejuruteraan awam dan pernah menggunakan MyCESMM2. Satu borang selidik telah diedarkan dan sebanyak 167 responden telah memberi maklum balas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik Model Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Dapatan kajian ini menunjukkan praktis dan penggunaan MyCESMM2 dalam industri pembinaan masih belum meluas kerana kekurangan penguatkuasaan terhadap kaedah pengukuran yang standard. Walaubagaimanapun, dapatan daripada kajian ini menunjukkan kesemua faktor yang diukur memberi indikator positif dengan purata ramalan jangkauan kemungkinan keberjayaan pada tahap permulaan pada kadar 25.5%. Daripada tiga faktor yang diukur, faktor strategi merupakan faktor yang paling dominan dengan jangkauan kemungkinan keberjayaan pada kadar 32%. Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan MyCESMM2, kajian ini mencadangkan dua kerangka kerja iaitu pelan strategik dan pelan pelaksanaan bagi memastikan pihak industri dapat mengaplikasikan MyCESMM2 dengan lebih cekap dan sistematik serta pembangunan dan penyelidikan berkaitan kaedah pengukuran standard perlu dioptimumkan dari masa ke semasa. Kerangka kerja strategik yang dibangunkan dalam kajian ini penting bagi memastikan MyCESMM2 dapat digunakan dengan meluas dalam industri agar setiap pihak dapat memanfaatkan penggunaan MyCESMM2. Limitasi utama kajian ini adalah pelaksanaan MyCESMM2 masih belum dilaksanakan secara meluas dan responden yang terlibat dalam kajian ini hanya terdiri daripada juruukur bahan yang berkhidmat di firma perunding dan berada di negeri Selangor sahaja. Bagi meningkatkan praktis, kesedaran dan penggunaan MyCESMM2 secara menyeluruh, kajian ini mencadangkan agar kajian susulan diluaskan kepada pemain industri lain seperti arkitek, jurutera, pemaju, kontraktor, klien dan agensi kerajaan di seluruh negara kerana manfaat penggunaan MyCESMM2 dalam menyediakan senarai kuantiti yang sistematik dan memudahkan pengurusan kontrak dan kawalan kos.,Ph.D. |
Pages: | 246 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.