Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487210
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Ramli Wan Daud, Prof. Ir. Dato' Dr.
dc.contributor.authorMulyazmi (P46812)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:27Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:27Z-
dc.date.issued2013-02-12
dc.identifier.otherukmvital:71602
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487210-
dc.descriptionReka bentuk optimum sistem proses sel fuel membran pertukaran proton (PEMFC) bahagi aplikasi bekalan kuasa sebagai fungsi parameter operasi adalah faktor penting untuk mencapai prestasi opimum. Sistem PEMFC boleh diperbaiki dengan membangun teknik pemodelan matematik dan simulasi terkini untuk mencapai keadaan operasi yang terbaik. Salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi PEMFC adalah kandungan air di dalam membran. Fokus utama kajian ini adalah membangun dan mengembangkan reka bentuk sistem proses PEMFC untuk memperoleh prestasi sistem yang optimum. Kajian ini ditujukan kepada sistem stek PEMFC, suapan bahan tindak balas, pengurusan haba dan jisim, serta keadaan operasi. Oleh itu, beberapa alternatif strategi telah dibangunkan untuk pencapaian prestasi optimum sistem. Pertama, penentuan keseimbangan air pada sistem berdasarkan fenomena pengangkutan air. Kajian ini menunjukan bahawa, resapan air melalui membran dari sisi katod ke sisi anod tidak berlaku pada kelembapan relatif katod (RHK) 20% dan kelembapan relatif anod (RHA) 58%. Kepekatan minimum cecair air di sisi katod terjadi pada RHK 40-92% dan suhu antara 343-363 K. Jika kondisi RHK lebih besar daripada 90% dan suhu lebih tinggi daripada 363 K, kenaikan kepekatan cecair air pekat terjadi dengan cepat, yang mengakibatkan imbangan air menjadi sukar untuk dikawal. Kedua, kesan mengubah nilai parameter operasi dan kesannya terhadap prestasi sel tunggal PEMFC. Hasil kajian menunjukan bahawa peningkatan suhu daripada 353 kepada 363 K mengakibatkan peningkatan sedikit prestasi sel tunggal. Prestasi sel tunggal lebih dipengaruhi oleh peningkatan nilai RHK berbanding dengan peningkatan nilai RHA. Prestasi terbaik apabila sel fuel beroperasi pada RHA 75% dan RHK 90%, suhu operasi optimum adalah 353K, dan jumlah Pt mangkin yang diperlukan di dalam himpunan membran elektrod (MEA) adalah 0.2mg cm-2. Ketiga, pembentukan cecair air pada sistem PEMFC. Cecair air pada sisi anod terbentuk pada suhu 353-363 K. Pada suhu di bawah 353 K, air yang keluar daripada anod adalah dalam fasa wap. Apabila RHK dan RHA adalah 90%, terdapat peningkatan prestasi sistem, dan cecair air pada katod berlaku pada suhu daripada 303-333 K. Selain daripada itu, penggunaan pelembab membran untuk mengawal kandungan air pada PEMFC telah dikaji. Jumlah sel pelembap membran paling sedikit diperlukan di pelembap membran I (MH I) berlaku pada suhu tinggi iaitu 363 K. Keadaan suhu di bawah 363 K wap air masuk B pelembap membran II (MH II) tidak mencukupi untuk melembapkan udara. Akhir sekali, penggunaan imbangan haba dan teknologi jepitan untuk pemulihan haba sistem PEMFC. Suhu jepitan pada sistem pemulihan haba optimum yang diperoleh adalah 367 K dengan kondisi operasi adalah 70% RHA, 90% RHK dan suhu 363K. Manakala keperluan haba minimum untuk proses pemanasan utiliti panas dan keperluan haba minimum untuk proses penyejuk utiliti sejuk dikira masing-masing sebagai 0.02738 dan 0 J cm-2s. Total pemulihan haba untuk proses pemanasan dan penyejukan pada proses reka bentuk sistem PEMFC adalah 89%.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectProses Sel Fuel Membran Pertukaran Proton
dc.subjectSistem PEMFC
dc.subjectProton exchange membrane fuel cells
dc.titlePengembangan Metodologi Reka Bentuk Proses Sistem Sel Fuel Membran Penukaran Proton Untuk Pencapaian Prestasi Optimum
dc.typeTheses
dc.format.pages300
dc.identifier.callnoTK2933.P76 .M838 2013 3
dc.identifier.barcode000660
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71602+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.