Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487199
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhamidi Muhamad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNagur Aziz Kamal Bashah (P42502)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:14Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:14Z-
dc.date.issued2013-09-09-
dc.identifier.otherukmvital:71596-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487199-
dc.descriptionPenggunaan Keluli Berkekuatan Tinggi (HSS) pada bahagian dibentuk bagi jasad putih automotif (BIW) meningkatkan prestasi kenderaan dari segi integriti struktur dan pengurangan berat. Namum, ia merupakan cabaran utama semasa proses pembuatan kerana HSS terdedah kepada isu membidas (springback). Pembidas menyebabkan sisihan geometri pada bentuk bahagian daripada rekabentuk yang diperlukan, maka ianya merupakan masalah utama semasa proses pemasangan selain meningkatkan kos pembinaan acuan. Walaupun pendekatan popular secara simulasi Unsur Terhingga (FE) digunakan secara meluas sebagai instrumen yang efektif dalam meramalkan kesan membidas, perbezaan tahap keputusan secara simulasi kepada tahap realiti masih belum diselesaikan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu kaedah alternatif bagi meramalkan pembidas dengan mengkaji tahap, hubungan dan pengaruh rekabentuk acuan terhadap sudut bidasan pada bahagian dibentuk BIW. Ini dapat dicapai melalui teknik regresi-pelbagai (MR). Teknik MR diguna untuk menentukan hubungan dan pengaruh tersebut dengan membangunkan model peramalan pembidas dengan memeriksa kepekaan sudut bidasan pada bahagian dibentuk relatif kepada acuan yang sedia ada. Set data sebenar sudut bidasan pada bahagian dibentuk yang diperolehi melalui bahagian pembentukan logam industri digunakan untuk membangunkan model tersebut. Pelaksanaan kaedah dalam kajian ini yang dikenali pendekatan kawasan kerja melibatkan tiga prosedur utama yakni; prosedur persampelan dan pengukuran, prosedur analisis dan permodelan, dan prosedur penilaian. Dua bahagian dibentuk BIW iaitu Sill Rear Floor (SRF) dan Side Member (SM) dipilih sebagai sampel kajian. Skop kajian adalah terhad kepada penggunaan bahan dan proses yang sama, maka model yang dibangunkan adalah hanya sah untuk bahagian daripada bahan dan proses yang sama sahaja. Bahagian dibentuk yang dipilih adalah sama dengan kebarangkalian yang tinggi untuk dibawa ke hadapan dalam pembangunan kenderaan pada masa akan datang. Bagi prosedur persampelan dan pengukuran, parameter acuan pembentuk yang bersignifikan seperti jejari acuan dan penebuk, kedalaman dan kelebaran acuan digunakan sebagai pembolehubah bebas dan direkod melalui bantuan pengimbas berdigital. Jumlah sisihan sudut bidasan yang di ambil melalui teknik pertindihan di antara bahagian dibentuk dengan acuan pembentuk digunakan sebagai pembolehubah bersandar. Kesemua nilai ini di analisa dengan memeriksa kepekaan dalam menentukan julat terbaik bagi input pembolehubah bebas yang sedia ada dan outputnya adalah jumlah nilai sisihan sudut bidasan. Model pembidas yang terhasil diperhalusi di dalam prosedur kedua dan akhirnya dinilai dengan memastikan kesignifikan dan kecukupan model yang dicadangkan sesuai untuk meramalkan kesan pembidas. Keputusan yang terhasil diperiksa terhadap data eksperimen dan data sebenar. Daripada kaedah yang dicadangkan, dua model ramalan pembidas yang dihasilkan mempunyai keupayaan untuk meramal kesan pembidas kepada pekali penentuan; R2 = 82% bagi bahagian SRF dan R2 = 73.6% untuk bahagian SM. Ia juga disokong oleh hasil proses pengesahan bahawa keputusan yang diramalkan dari modelmodel tersebut adalah munasabah dengan lebih dekat kepada ukuran sebenar yang secara purata, dengan kesilapan sudut yang dianggarkan adalah antara 0.5º hingga 3º. Keputusan ini juga menunjukkan satu kesefahaman yang baik dengan keputusan ujikaji dan simulasi yang diterbitkan dalam kajian kepustakaan lain. Sebagai tambahan, model-model tersebut yang bersifat fizikal-analitikal dengan bentuk linear, boleh dipertimbangkan dari sudut pandangan industri. Kaedah ini juga telah membawa kepada pembangunan garis panduan yang mampu untuk meramalkan magnitud sudut bidasan berhubung pembolehubah rekabentuk acuan pembentuk dengan ralat yang minimum dengan menggabungkan semua kemungkinan variasi dari proses pembuatan dan pengeluaran di kawasan kerja.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRamalan bidas-
dc.subjectJasad automotif-
dc.subjectBahagian tertebuk putih-
dc.subjectStrains and stresses-
dc.titlePendekatan kawasan kerja ramalan bidas jasad automotif pada bahagian tertebuk putih-
dc.typeTheses-
dc.format.pages215-
dc.identifier.callnoTA404.8.N337 2013 3 tesis-
dc.identifier.barcode000653; 005319(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71596+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
886.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.