Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487195
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hassimi Abu Hasan, Prof. Madya Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Ainil Farhan Mohd Udaiyappan (P80151) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:30:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:30:09Z | - |
dc.date.issued | 2021-11-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:124561 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487195 | - |
dc.description | Efluen kilang kelapa sawit (POME) mengandungi bahan organik dan bukan organik yang tinggi seperti nitrogen dan fosforus. Pelepasan POME tak dirawat ke persekitaran mencemarkan sumber air dengan mengurangkan jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh hidupan akuatik. Mikroalga eukariot menggunakan bahan organik dan bukan organik yang terdapat dalam POME untuk pertumbuhan. Penyelidikan ini dijalankan untuk merawat POME menggunakan mikroalga tempatan. Terdapat empat objektif iaitu penentuan spesies mikroalga tempatan yang efektif untuk rawatan POME, penentuan hubungan antara mikroalga dan bakteria semasa rawatan POME, pengujian prestasi mikroalga dalam rawatan POME pada skala makmal dan pengoptimuman rawatan POME pada skala loji pandu. Dalam kajian ini, tiga spesies mikroalga tempatan digunakan iaitu Coelastrella sp. (UKM4), Chlamydomonas sp. (UKM6) dan Scenedesmus sp. (UKM9). Ketiga-tiga spesies ini dikultur dalam Bold's Basal Medium (BBM) serta POME dan kadar pertumbuhan maksimum spesifik, μmax serta biojisim setiap spesies ditentukan. Kedua-dua μmax dan biojisim menunjukkan nilai yang lebih tinggi dalam BBM berbanding POME. Ketiga-tiga spesies tersebut kemudiannya dikultur dalam POME anaerobik tak steril dan steril. Keputusan menunjukkan pengkulturan tiga spesies mikroalga ke dalam POME tak steril adalah lebih baik berdasarkan penyingkiran permintaan oksigen kimia (COD), NH4+ dan PO43-. Analisis kuantitatif tindak balas polimerase berantai masa nyata (qRT-PCR) dijalankan untuk menentukan jumlah bakteria dan mikroalga sebelum dan selepas rawatan POME. Analisis qRT-PCR menunjukkan pertambahan bilangan sel mikroalga selepas rawatan POME. Selain itu, analisis metagenomik dijalankan untuk menentukan komuniti bakteria yang terdapat dalam POME. Analisis metagenomik pula menunjukkan perubahan komuniti bakteria dalam POME selepas dirawat oleh mikroalga dengan majoriti bakteria-bakteria daripada filum Actinobacteria, Bacteroidetes, Planctomycetes dan Proteobacteria. Daripada ketiga-tiga spesies mikroalga tersebut, Scenedesmus sp. (UKM9) menunjukkan peratus penyingkiran paling tinggi dalam POME tak steril. Ujian prestasi pada skala makmal diteruskan dengan menggunakan spesies mikroalga terbaik iaitu Scenedesmus sp. (UKM9). Parameter yang dikaji adalah saiz inokulum, kadar bebanan pencemar dan kala cahaya. Pengujian prestasi Scenedesmus sp. (UKM9) pada skala makmal ini menunjukkan penyingkiran COD dan NH4+ diperolehi paling tinggi 100% (v/v) POME dengan kala cahaya 12j:12j (cerah:gelap). Bagi penyingkiran PO43- pula, penyingkiran paling tinggi dilihat pada 62.5% (v/v) POME dengan kala cahaya 16j:8j (cerah:gelap). Kolam litar loji pandu berkapasiti kerja 200 L dioptimum menggunakan reka bentuk Box Behnken. Parameter yang dioptimumkan adalah saiz inokulum, peratus pencairan POME dan masa tahanan hidraulik (HRT). Keadaan optimum penyingkiran COD, NH4+ dan PO43- dalam kolam loji pandu adalah pada saiz inokulum 10% (v/v), HRT 18.2 hari dan peratus pencairan POME 94.1% (v/v) POME. Ujian pengesahan menunjukkan peratusan ralat adalah kurang daripada 15%. Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa mikroalga tempatan berpotensi tinggi untuk digunakan sebagai kaedah alternatif dalam merawat POME.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Efluen | - |
dc.subject | Kilang kelapa sawit | - |
dc.subject | Mikroalga | - |
dc.title | Rawatan efluen kilang kelapa sawit menggunakan spesies mikroalga tempatan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 239 | - |
dc.identifier.barcode | 005817(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124561+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.