Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487191
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatihah Suja', Prof. Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Arij Yusof (P73105) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:30:04Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:30:04Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:124232 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487191 | - |
dc.description | Bahan larut lesap yang terhasil di stesen pemindah sisa pepejal perbandaran mengandungi partikel berkoloid dan bahan organik yang berkepekatan tinggi. Sistem rawatan aerob yang sedia ada di fasiliti ini dilaporkan tidak dapat menampung kemasukan bahan larut lesap untuk dirawat lantas menyebabkan efluen yang dilepaskan tidak mencapai piawaian kebangsaan. Sistem pencerna biofilem anaerob (PBA) adalah teknologi rawatan yang sesuai digunakan kerana ianya mempunyai sistem pertumbuhan biojisim yang stabil berbanding dengan teknologi rawatan biologi yang lain berikutan kehadiran biofilem meningkatkan lagi penyerapan substrat oleh biojisim serta memanjangkan masa tahanan pepejal. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menentukan prestasi kerja sistem PBA skala perintis dalam merawat bahan larut lesap dari Stesen Pemindah Kuala Lumpur. Sistem ini terdiri daripada tangki PBA yang dibina daripada konkrit, berisipadu kerja 5.95 m3 dan juga biopenggahar. Kedua-dua unit ini sebahagiannya dipenuhi dengan media 3-dimensi polietilena berketumpatan tinggi untuk pelekatan biofilem. Pada permulaan operasi, biojisim dalam sistem PBA beraklimatisasi sebelum menjalankan operasi di bawah masa tahanan hidraulik (HRT) yang berbeza iaitu HRT 30-hari, 25-hari, 20-hari dan 10-hari selama 163 hari dalam keadaan mesofili. Sistem ini stabil sepanjang operasi dan menunjukkan nilai purata optimum untuk parameter yang dipantau seperti pH (7.53±0.14), total asid lemak meruap (79±66 mg HOAc/L), alkaliniti (10,919±1556 mg CaCO3/L) dan juga nilai ammonia terkumpul (960±106 mg NH3-N/L). Sistem juga mempersembahkan prestasi kerja yang baik dengan menghasilkan peratusan penyingkiran bahan pencemar organik yang tinggi seperti COD (98±1%), BOD5 (99±1%) dan total fosforus (92±9%). Sistem PBA menjana biogas sebanyak 25±1 m3/hari dengan komposisi 57±12% metana dan 26±6% karbon dioksida sepanjang operasi dijalankan. Prestasi kerja tinggi yang ditunjukkan adalah kerana teknologi biofilem yang menghasilkan masa tahanan pepejal selama 156, 135, 145 dan 72 hari untuk HRT 30-hari, 25-hari, 20-hari dan 10-hari. Manakala hasil analisis kinetik penyingkiran substrat dan kinetik penjanaan gas masing-masing menunjukkan model Second-Order Grau dan model kinetik Modified Stover-Kincannon untuk penjanaan gas adalah lebih sesuai digunakan dalam meramal prestasi kerja tangki PBA dalam merawat bahan larut lesap untuk keadaan operasi yang sama tetapi pada skala yang berbeza. Pengenalpastian komuniti mikroorganisma berdasarkan analisis penjujukan gen asid ribonukleik ribosom 16s pula menunjukkan Alam Bakteria adalah komuniti mikroorganisma utama dalam sistem PBA skala perintis. Namun, kumpulan metanogen (Genus Methanosaeta, Methanospirillum dan Methanosarcina) daripada Alam Arkea dikenal pasti sebagai komuniti mikroorganisma dengan peratusan tertinggi yang hadir dalam tangki PBA. Bagi bio-penggahar pula, kumpulan bakteria pengoksidaan sulfat dikesan hadir dalam peratusan yang kecil, menepati keadaan sistem PBA yang hanya menghasilkan gas H2S berkepekatan rendah. Hasil kajian menunjukkan sistem PBA skala perintis ini berjaya merawat bahan larut lesap Stesen Pemindah Sisa Pepejal dan amat berguna untuk digunakan dalam merawat air sisa industri yang kompleks.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Sisa pepejal | - |
dc.subject | Bahan larut lesap | - |
dc.subject | Sistem pencerna biofilem anaerob | - |
dc.title | Sistem pencerna biofilem anaerob skala perintis bagi rawatan bahan larut lesap stesen pemindah sisa pepejal perbandaran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 347 | - |
dc.identifier.barcode | 005811(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124232+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.