Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487189
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Raihan Taha, Prof. Dr.
dc.contributor.authorJimjali Ahmed (P53273)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:02Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:02Z-
dc.date.issued2021-08-06
dc.identifier.otherukmvital:124228
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487189-
dc.descriptionPelan Induk Cerun Negara (2009) menyarankan supaya penilaian risiko tanah runtuh dapat disepadukan di semua peringkat negeri, kerajaan dan industri, dengan menentukan kriteria risiko dan pendekatan pengurusan risiko yang seragam di seluruh negara. Garis panduan pembangunan terkini yang berbeza mengikut negeri, adalah berdasarkan kecerunan dan zon penampan. Ia tidak mengambil kira secara kuantitatif bahaya dan akibat kepada nyawa dan harta benda. Pendekatan yang lebih objektif iaitu menggunakan Penilaian Kuantitatif Risiko (QRA), oleh itu, amat diperlukan. Bagaimanapun, supaya QRA dapat diamalkan di Malaysia, kriteria risiko dan kaedah kebarangkalian kehilangan nyawa (PLOL) perlu dibangunkan terlebih dahulu. Ini dapat dicapai dengan mengkaji corak kejadian tanah runtuh, mengukur tahap penerimaan risiko masyarakat, menentukan kaedah yang sesuai untuk menganggarkan jarak liputan (L), dan membangunkan kaedah bagi menganggarkan kekerapan runtuhan (PL) menggunakan ambang hujan dan corak hujan. Rekod kejadian tanah runtuh di Malaysia semenjak 1919 dikumpulkan dan dianalisa bagi mendapatkan hubungan Kekerapan Kumulatif-Kehilangan Nyawa (F-N) dan Faktor Kerentanan (VDT). Kajian kes dijalankan di empat daerah yang cenderung berlakunya tanah runtuh iaitu Hulu Langat, Ampang, Cameron Highlands dan Kundasang untuk mengukur tahap penerimaan masyarakat terhadap risiko tanah runtuh. Lapan lokasi aliran puing juga dipilih bagi mengenal pasti mekanisme kegagalan dan anggaran jarak liputan menggunakan kaedah empirik. Ujian makmal terperinci dilakukan ke atas sampel tanah baki granit daripada Empangan Susu, Cameron Highlands untuk mendapatkan model geoteknik bagi simulasi berangka menggunakan perisisan SEEP/W dan SLOPE/W. Data ambang hujan yang dilaporkankan oleh penyelidik lain dianalisa supaya ambang hujan dapat diplot menggunakan carta Keamatan-Tempoh (ID). Data hujan juga dianalisa supaya lengkung Keamatan-Tempoh-Kekerapan (IDF) dapat dihasilkan. Lengkung F-N bagi kejadian tanah runtuh yang membawa maut di Malaysia semenjak 1993 boleh diwakili dengan persamaan F=2.6N-0.82. Ini bermakna 2.6 kejadian maut biasanya berlaku setiap tahun dan jumlah kematian yang melibatkan lebih 300 orang boleh berlaku pada setiap 40 tahun. Unjuran kehilangan nyawa ini dan kecerunan persamaan yang landai, iaitu kurang dari -1.0, bermaksud satu pengurusan risiko tanah runtuh yang lebih sistematik dan bersepadu sangat diperlukan. Kajian QRA, yang keputusannya hampir sama dengan kaji selidik sosial, menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia adalah sangat toleran kepada risiko tanah runtuh. Risiko terhadap individu di mana julat toleransinya di antara 1/10 ke 1/1000 setahun, justeru itu, disarankan untuk negara secara interim. Kajian daripada kes-kes menunjukkan VDT dan L adalah hampir bersamaan dengan dapatan kajian oleh penyelidik lain. Bagi aliran puing, kecuraman dasar galur yang melebihi 20o di batuan granit boleh diandaikan sebagai lokasi tercetusnya aliran dan luahan enapan sebanyak 14,200 m3/km2 boleh diandaikan bagi menganggarkan L. Kaedah di mana PL ditentukan dengan plot ID dan lengkung IDF pada carta log-log yang sama telah dapat dipamerkan. Analisa juga menunjukkan bahawa peta bahaya yang bersifat kualitatif boleh digunakan sebagai petunjuk awal kepada PL. Kajian ini membuktikan bahawa kaedah QRA adalah sangat berguna bagi tujuan perancangan, reka bentuk dan penyelenggeraan. Justeru itu, kaedah ini patut dipertimbangkan sebagai komponen penting dalam pengurusan cerun negara atau, sekurang-kurangnya, sebagai satu alternatif kepada kaedah kawalan perancangan pembangunan sedia ada.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengurusan cerun -- Malaysia
dc.subjectPenilaian risiko
dc.titlePenilaian kuantitatif risiko untuk pengurusan cerun di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages428
dc.identifier.barcode005806(2021(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124228+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.