Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487185
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zaidi Omar, Prof. Dr.
dc.contributor.authorOsman Kadir (P88383)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:58Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:58Z-
dc.date.issued2021-11-09
dc.identifier.otherukmvital:124078
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487185-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk mengisi kelompangan yang wujud antara keperluan individu wanita dan dunia pekerjaan. Mobiliti organisasi merupakan pergerakan pekerja merentasi peringkat jawatan dan industri. Mobiliti organisasi dalam kalangan graduan kejuruteraan meningkat setiap tahun dalam industri di Malaysia yang menyebabkan industri sering mengalami kekurangan pekerja yang kompeten dalam bidang teknikal. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti mobiliti organisasi graduan teknologi kejuruteraan wanita dalam perindustrian di Malaysia. Pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti adalah kesejahteraan psikologi, kebolehgajian dan keseimbangan kerja-kehidupan sebagai faktor peramal kepada mobiliti organisasi bagi graduan yang menamatkan pengajian mereka. Faktor pencapaian akademik juga telah dikenalpasti sebagai faktor yang memberi kesan terhadap kebolehgajian graduan teknologi kejuruteraan wanita. Teori kerjaya tanpa sempadan telah menjadi sandaran utama dalam penyelidikan ini di mana kejelasan terhadap teori ini masih terhad terutama dari aspek kejayaan kerjaya dan aspek jantina khususnya golongan wanita. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis tinjauan melalui satu set soal selidik yang bertujuan untuk membangunkan sebuah model mobiliti graduan teknologi kejuruteraan di industri. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan untuk mengumpul data seramai 114 orang graduan teknologi kejuruteraan wanita yang bekerja di pelbagai sektor perindustrian. Data dianalisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan struktur dengan pendekatan kuasa dua terkecil separa. Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek kejayaan kerjaya secara subjektif menyumbang kepada mobiliti antara organisasi bagi graduan wanita. Faktor kesejahteraan psikologi merupakan faktor baharu dan faktor pengantara yang diperkenalkan dalam model yang berasaskan kepada teori kerjaya tanpa sempadan. Selain itu, faktor kebolehgajian dan faktor keseimbangan kerja-kehidupan didapati berperanan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi melalui kesan positifnya. Kajian ini telah memberi sumbangan kepada penyelidikan terdahulu dengan wujudnya faktor peramal yang baharu iaitu faktor kesejahteraan psikologi. Berdasarkan dapatan kajian ini, panduan dan peraturan tertentu boleh digubal oleh Kerajaan untuk dijadikan asas oleh pihak yang terlibat bagi menangani mobiliti organisasi dalam kalangan graduan kejuruteraan wanita. Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada pihak institusi pengajian tinggi, para graduan dan majikan mengenai mobiliti antara organisasi dalam kalangan graduan kejuruteraan wanita. Penyelidikan seterusnya dari segi mobiliti jurutera wanita dalam sektor perkilangan adalah sesuai untuk dijalankan pada masa akan datang.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectMobiliti organisasi
dc.subjectKerjaya
dc.subjectGraduan wanita
dc.titleMobiliti graduan teknologi kejuruteraan wanita di industri
dc.typeTheses
dc.format.pages330
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124078+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.