Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487183
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahrir Abdullah, Prof. Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Sa'adah Ahmad @ Ahmad Sowi (P90552) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:56Z | - |
dc.date.issued | 2021-07-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123905 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487183 | - |
dc.description | Penggunaan alat penukar haba secara meluas dalam pelbagai bidang perindustrian menyumbang kepada pemanasan global. Dalam meningkatkan kecekapan suatu sistem pemindahan haba (dengan matlamat untuk meningkatkan purata nombor Nusselt (Nu)), penggunaan dua pendekatan pasif secara serentak; penggunaan bendalir nano sebagai bendalir kerja dan penggunaan sisipan pita terpiuh di paksi tengah tiub telah diperkenalkan. Walau bagaimanapun, kehadiran sisipan itu dan zarah nano di dalam tiub akan meningkatkan faktor geseran (f) kepada sistem penukaran haba, yang mana akhirnya akan mempengaruhi nisbah peningkatan keseluruhan (η), terutamanya pada nilai nombor Reynolds (Re) yang tinggi. Beberapa pengubahsuaian terhadap sisipan pita terpiuh telah dilakukan untuk mengurangkan f, tetapi kebanyakannya menunjukkan trend penurunan bagi η dengan peningkatan Re. Objektif utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk geometri baru pita terpiuh yang boleh menghasilkan Nu yang lebih tinggi dan f yang lebih rendah, di mana akhirnya menghasilkan η yang tinggi pada Re yang tinggi. Analisis dengan menggunakan kajian berangka dan uji kaji telah dijalankan untuk nilai Re di antara 4,000 - 16,000 dengan menggunakan tiga jenis bendalir nano (SiC/air, Al2O3/air dan CuO/air) pada nilai pecahan isi padu zarah nano (φ) yang pelbagai iaitu 1%, 2% dan 3%. Perisian ANSYS FLUENT dengan menggunakan model RNG K-ɛ telah digunakan untuk analisis simulasi. Lima jenis pita terpiuh telah digunakan di dalam analisis: pita tepiuh lazim dengan nisbah pic 2 (TT PR 2), pita terpiuh dengan 0.2 nisbah kemaraan pic berkala (TT IPR 0.2), pita terpiuh dengan 0.25 nisbah kemaraan pic berkala (TT IPR 0.25), pita terpiuh dengan 0.3 nisbah kemaraan pic berkala (TT IPR 0.3) dan pita terpiuh dengan 0.25 nisbah penurunan pic berkala (TT DPR 0.25). Pada nombor Re yang sama, Nu dan f meningkat dengan peningkatan φ bagi kesemua keadaan sisipan. Penggunaan sisipan TT IPR telah menjana aliran berpusar yang lebih kuat pada bahagian kemasukan tiub dan f yang lebih rendah berdekatan bahagian keluaran. Keadaan ini menyumbang kepada nilai η yang lebih tinggi berbanding geometri lain terutama pada Re yang tinggi. Pada nombor Re yang sama, penggunaan sisipan TT IPR 0.25 dan air meningkatkan η sebanyak 62.45%, manakala penggunaan TT IPR 0.25 bersama 1% bendalir nano SiC/air secara serentak meningkatkan η sebanyak 66.5% lebih tinggi berbanding tiub kosong dan air sebagai bendalir kerja. Kadar susutan nilai nisbah peningkatan keseluruhan bagi TT IPR 0.2, TT IPR 0.25 dan TT IPR 0.3 pada nombor Reynolds melebihi 10,000 adalah yang terendah berbanding TT PR 2 dan TT RPR 0.25. Ini menunjukkan bahawa penggunaan pita terpiuh diubah suai iaitu TT IPR dengan bendalir nano SiC/air secara serentak merupakan pilihan terbaik untuk diaplikasikan di dalam sistem pemindahan haba di dalam aliran yang bergelora pada nombor Reynolds yang tinggi.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Pemindahan haba | - |
dc.subject | Pita terpiuh | - |
dc.subject | Bendalir nano | - |
dc.title | Analisis prestasi haba bendalir nano di dalam tiub bulat dilengkapi pita terpiuh diubah suai | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 224 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.