Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487182
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkifli Mohd Nopiah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRodzidah Rodzi (P88394)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:55Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:55Z-
dc.date.issued2021-07-29
dc.identifier.otherukmvital:123902
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487182-
dc.descriptionKajian ini bertujuan membangunkan kerangka kerja risiko pengurusan sisa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia dalam konteks mahasiswa. Ketiadaan kerangka kerja risiko menyukarkan proses mengenal pasti ancaman dalam pengurusan sisa dan merancang strategi untuk mengurangkan risiko negatif kepada alam sekitar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan pembangunan kerangka kerja risiko pengurusan sisa, membangunkan item dalam kerangka kerja risiko pengurusan sisa dan menilai kebolehgunaan kerangka kerja yang dibangunkan. Metodologi yang digunakan adalah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. Peringkat pertama kajian iaitu analisis keperluan melibatkan temu bual terhadap enam orang pakar. Hasil temu bual pakar dianalisis berdasarkan tema menunjukkan kesemua pakar bersetuju dengan tema kelestarian alam sekitar dan keperluan kepada pembangunan kerangka kerja risiko pengurusan sisa di universiti awam. Peringkat kedua kajian merangkumi reka bentuk dan pembangunan item-item dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan peringkat kedua mendapati kesemua panel pakar mencapai kesepakatan dan konsensus terhadap 17 item dengan nilai konstruk melebihi 75% kesepakatan pakar, nilai ambang kurang daripada 0.2 dan potongan-alpha melebihi 0.5. Peringkat akhir kajian ini melibatkan penggunaan soal selidik terhadap 568 orang mahasiswa universiti awam. Data sosiodemografi diuji secara Chi Square dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Data risiko dianalisis dengan perisian Microsoft Excel versi Windows menggunakan kaedah Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control (HIRARC). Dapatan kajian telah menerima sebanyak 70 maklum balas iaitu 62 aduan dan 8 cadangan dengan pecahan laporan risiko terhadap sisa pepejal perbandaran (MSW) sebanyak 42 laporan, sisa berbahaya (HW) sebanyak 16 laporan dan sisa penjagaan kesihatan (HCW) sebanyak 12 laporan. Penilaian risiko mendapati 10 risiko di paras rendah, 20 risiko paras sederhana, 30 risiko paras tinggi dan 10 risiko di paras sangat tinggi. Manakala cadangan kawalan risiko adalah mengelak risiko dan menghapuskan risiko. Pengujian hipotesis mendapati susunan tingkat keutamaan faktor risiko dalam kalangan mahasiswa adalah faktor kemahiran (pemberat=13.50), sikap individu (pemberat=11.56), perkhidmatan (pemberat=11.12), pengetahuan (pemberat=9.32), infrastruktur (pemberat=7.93) dan pengurusan (pemberat=7.85). Selain itu, pengujian hipotesis mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor jantina dan umur dengan amalan 3R dalam kalangan mahasiswa. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kerangka kerja risiko pengurusan sisa kajian ini berupaya menggambarkan fenomena pengurusan sisa dalam konteks mahasiswa di Malaysia. Kajian ini memberi sumbangan dalam menganalisis faktor risiko yang mempengaruhi pengurusan sisa berasaskan Teori Pengurusan Risiko. Kajian ini memberikan pemahaman mendalam kepada pengkaji akan datang untuk membangunkan kerangka kerja risiko bagi menguji faktor yang mempengaruhi pengurusan sisa. Cadangan kajian lanjutan agar diperluaskan skop dengan mengkaji faktor moderator dan mediator dalam pelbagai bidang termasuk organisasi perkhidmatan atau perindustrian.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengurusan sisa
dc.subjectKerangka kerja risiko
dc.titlePembangunan kerangka kerja risiko pengurusan sisa di institusi pengajian tinggi awam Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages278
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.