Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487180
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Zaki Nuawi, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Azazi Ngatiman (P81559) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:54Z | - |
dc.date.issued | 2021-12-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123897 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487180 | - |
dc.description | Kecacatan enjin seperti kecacatan palam pencucuh, kelegaan injap dan keretakan injap merupakan kecacatan yang menyumbang kepada kecacatan enjin sekiranya berterusan beroperasi dan memerlukan pengesanan lebih awal. Diagnostik secara automatik ke atas kecacatan enjin boleh dikenalpasti menggunakan pembelajaran mesin, malangnya, masih ada kekangan untuk mencapai kadar kejayaan yang tinggi kerana amaun data latihan yang banyak diperlukan. Sebagai penyelesaian, kaedah analisis kecacatan yang baru ini mengambilkira kandungan frekuensi melalui algoritma transformasi Fourier pantas (FFT) bagi memerhatikan sifat setiap frekuensi. Pada fasa ini, bagi peningkatan penyiasatan seterusnya, getaran yang terhasil daripada kecacatan dikaji dan dioptimumkan menggunakan analisis statistik berasaskan isyarat getaran dinamakan Zfreq iaitu analisis isyarat dinamik getaran bagi data tidak tertakrif dan berfokuskan domain frekuensi berbanding data masa yang menjadi objektif utama kajian. Analisis ini merupakan penyiasatan ke atas domain masa dan frekuensi yang diperolehi daripada enjin jenama BMW, Toyota dan Proton apabila ia beroperasi pada beberapa julat kelajuan dari 750 rpm hingga 3000 rpm. Semasa eksperimen ini, kecacatan kelegaan injap dibuat dengan mengubah jaraknya melalui pusingan skru untuk kelegaan 0.0 mm, 0.2 mm dan 0.3 mm dan tolok kepingan manakala kecacatan keretakan dibuat dengan kaedah pemotong wayar untuk 0.25 mm, 0.5 mm dan 1.0 mm bagi melakukan simulasi kesan sebenar. Bagi mewakilkan situasi kecacatan palam pencucuh, voltan yang dibekalkan kepada palam pencucuh tertentu akan dipotong untuk tujuan mewujudkan kecacatan. Getaran yang dihasilkan daripada kecacatan palam pencucuh, kelegaan injap dan keretakan injap akan diukur menggunakan penderia yang tinggi sensitifnya, jimat ruang dan berasaskan piezo yang lasak. Dalam eksperimen ini, penderia filem piezo, penderia komposit fiber mikro dan penderia meter pecutan digunakan. Kesemua penderia ini ditentukur menggunakan alat penguja penentukuran Bruel and Kjaer model 4294 bagi memastikan ketepatan dan kepersisan pencerapan. Keputusan paling utama menunjukkan corak penting untuk nilai pekali dan taburan Z-freq bagi normal, kecacatan palam pencucuh, kelegaan dan keretakan. Bagi fasa membuat keputusan, tiga jenis kaedah pembelajaran mesin digunakan iaitu Mesin Vektor Sokongan (SVM), k- Jiran Terhampir (k-NN) dan gabungan dengan penambahbaikan antara SVM dan k-NN yang dinamakan Z-NN diaplikasikan. Akhir sekali, output daripada simulasi dan eksperimen disahkan dengan siri ujian prestasi matriks seperti ketepatan, tahap sensitif dan tahap spesifik bagi tujuan peramalan. Ketepatan matriks prestasi teknik peramalan ialah 98%, 95% dan 98% mengikut jenis-jenis kecacatan. Sebagai kesimpulan, ia menunjukkan bahawan teknik yang dicadangkan adalah efisen dan mampu melakukan diagnostik: pengesanan kecacatan, pencarian lokasi kecacatan dan kategori tahap keterukan enjin petrol. Aplikasi GUI menggunakan teknik Z-freq telah dibangunkan dengan fungsi yang lebih mudah dan mesra pengguna untuk memantau kecacatan enjin. Impak kajian ini akan membantu ke arah Polisi Automotif Kebangsaan 2020 iaitu memastikan industri domestik automotif dilengkapi dengan paradigma baru yang lebih baik di mana sektor ini berkait rapat dengan pembangunan Revolusi Industri Keempat.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Kecacatan enjin | |
dc.subject | Palam pencucuh | |
dc.subject | Keretakan injap | |
dc.title | Pemantauan kegagalan injap dan palam pencucuh menggunakan kaedah pembelajaran mesin Z-NN dan analisis statistik Z-freq | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 223 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.