Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487172
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorOthman A. Karim, Prof. Dato' Dr. Ir.-
dc.contributor.authorNur Aini Mohd Arish @ Arshad (P58257)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:48Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:48Z-
dc.date.issued2020-08-25-
dc.identifier.otherukmvital:123679-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487172-
dc.descriptionPemecah ombak timbunan konvensional terdiri daripada bahagian teras yang mempunyai batu halus dan dilindungi oleh batuan batu besar yang dipanggil lapisan lindung. Lapisan lindung ini adalah amat penting bagi menghalang bahagian teras daripada terhakis dibawa ombak dan juga mengurangkan tenaga gelombang mendatang. Fungsi utama sebuah pemecah ombak timbunan konvensional adalah untuk melindungi kawasan perairan pantai daripada tindakan ombak tetapi ia kadangkala tidak mampu menahan ombak yang ekstrem. Satu kaedah untuk meminimumkan fenomenon ini adalah dengan cara meletakkan pemecah ombak tenggelam di hadapan pemecah ombak utama, sistem ini dikenali sebagai sistem pemecah ombak tandem. Pemecah ombak tandem adalah kombinasi pemecah ombak tenggelam yang diletakkan pada jarak tertentu berdepan dengan pemecah ombak konvensional. Untuk kajian ini, pendekatan secara eksperimen telah dilakukan terhadap pemecah ombak tandem. Objektif-objektif kajian adalah untuk menentukan nilai pekali gelombang transmisi, Kt bagi sistem pemecah ombak berganda dengan mengambil kira susunan jarak tertentu antara kedua-dua pemecah ombak, membandingkan kerosakan yang terhasil di antara pemecah ombak konvensional secara tunggal dan dengan kehadiran pemecah ombak tenggelam dengan menggunakan sudut datang gelombang yang berbeza-beza dan membangunkan formula baharu kestabilan unit lapis lindung (Ns) bagi struktur pemecah ombak utama dengan kehadiran pemecah ombak tenggelam. Penyelidikan ini telah dijalankan di Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan dilakukan di dalam kolam ombak berdimensi 25 m panjang, 18 m lebar dan kedalaman 1.2 m. Lapis lindung jenis batu kuari dan kiub mortar telah digunakan untuk penyelidikan ini dan diuji dengan tiga ketinggian gelombang yang berbeza, H = 15 cm, 18 cm dan 20 cm. Sudut datang gelombang yang berbeza juga digunakan iaitu 0, 15, 30 dan 60. Ujikaji dijalankan bagi jarak yang berbeza di antara dua struktur tersebut (X/d) dan juga ketinggian relatif yang berbeza, (h/d). Kedalaman air ditetapkan pada 0.45 m, 0.50 dan 0.60 m, gelombang seragam dengan T=2.05 saat, 2.20 saat dan 2.50 saat dihasilkan dari penghasil gelombang ombak multi elemen jenis piston. Tolok ombak dipasang untuk mengukur ketinggian gelombang ombak mendatang dan yang ditransmisi. Kemusnahan terhadap pemecah ombak telah dianggarkan dengan cara mengira jumlah unit lapisan lindung yang teralih dari kedudukan asal dan parameter tidak berdimensi S digunakan untuk menginterpretasi aras kemusnahan yang terhasil. Dilihat bahawa nilai Kt adalah lebih tinggi pada jarak relatif X/d = 6.67-8.89 (X= 4 m) dibandingkan dengan X/d =10.0-13.33(6 m). Pada X/d =10.0-13.33 (X = 6 m) atenuasi gelombang ombak adalah lebih tinggi kerana pertambahan jarak di antara pemecah ombak utama dengan pemecah ombak tenggelam (X), gelombang ombak memecah pada pemecah ombak tenggelam dan kehilangan sebahagian lagi tenaga sewaktu berada di zon pelesapan tenaga. Ini turut menyebabkan kerosakan terhadap pemecah ombak utama berkurangan. Kehadiran pemecah ombak tenggelam terbukti mengurangkan kerosakan terhadap pemecah ombak utama dengan peratusan pengurangan adalah di antara 26.1-62.8. Formula kestabilan baharu telah dibangunkan menggunakan Matlab dan perbandingan nilai Ns telah dibuat menggunakan formula Hudson dan van der Meer yang mana hasilnya nilai Ns dengan formula baharu lebih rendah berbanding yang lain. Nilai Ns yang lebih rendah memerlukan berat yang lebih kecil untuk unit lapisan lindung bagi pembinaan sesebuah pemecah ombak untuk kestabilan optimum.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPemecah ombak-
dc.subjectGelombang-
dc.subjectLapisan lindung-
dc.titlePenerbitan formula baharu nombor kestabilan lapisan lindung pemecah ombak tidak melimpah dengan kehadiran pemecah ombak tenggelam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages175-
dc.identifier.barcode005764(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123679+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.