Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487170
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Wahab Mohammad, Prof. Dato' Ir. Dr.-
dc.contributor.authorMasniroszaime Md Zain (P73040)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:46Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:46Z-
dc.date.issued2019-11-07-
dc.identifier.otherukmvital:123677-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487170-
dc.descriptionBiojisim pelepah kelapa sawit (OPF) yang tersedia ada dengan banyaknya merupakan salah satu penyelesaian yang berpotensi untuk menggantikan sumber bahan api fosil bagi penghasilan bahan api bio. Konsep biorefineri diperkenalkan untuk pemprosesan stok suapan biojisim kepada bahan api bio/bioproduk dengan melibatkan beberapa langkah utama seperti prarawatan biojisim, proses hidrolisis berenzim, proses fermentasi dan proses hiliran. Proses hidrolisis berenzim menawarkan kaedah yang sederhana, tidak menghasilkan perencat yang banyak dan menghasilkan gula ringkas yang tinggi. Walau bagaimanapun, harga enzim yang mahal menyebabkan proses hidrolisis berenzim ini menyumbangkan kos yang tinggi bagi keseluruhan proses biorefineri. Reaktor membran berenzim (EMR) menawarkan proses hidrolisis secara selanjar dengan memisahkan glukosa sebagai produk akhir dan menahan enzim masuk semula ke tangki tindak balas hidrolisis. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji penghasilan dan pemisahan gula ringkas daripada biojisim OPF terawat beralkali dengan menggunakan reaktor membran berenzim. Kajian ini merangkumi pencirian komprehensif bagi biojisim OPF yang melalui proses prarawatan beralkali dengan menggunakan larutan 4.41 natrium hidroksida (NaOH), pengoptimuman proses hidrolisis berenzim dan dinilai dengan model selulosa berkristal mikro (MCC), penurasan ultra bagi MCC terhidrolisis dan operasi reaktor membran berenzim. Proses prarawatan beralkali memberikan perubahan yang ketara ke atas biojisim OPF dengan pengurangan kandungan hemiselulosa dan lignin serta penstrukturan yang longgar dapat dilihat pada selulosa. Pengoptimuman proses hidrolisis berenzim diuji dengan menggunakan kaedah sambutan permukaan (RSM) dan keadaan parameter optimum yang diperolehi ialah pada proses berkelajuan pengaduk 450 rpm, muatan surfaktan Triton X-100 1.71 (v/v) dan penambahan enzim -glukosidase pada nisbah 0.14 terhadap Cellic Ctec2. Penurasan ultra bagi larutan MCC terhidrolisis diuji dengan memerhatikan kesan polimer membran (polisulfon (PS), polietersulfon (PES) dan poliamida (PA)), pH larutan dan kehadiran lignin terhadap ketelapan glukosa, penyingkiran enzim dan aliran fluks telapan. Membran PA memberikan prestasi yang lebih baik dengan aliran fluks ternominal yang tinggi, telapan glukosa yang tinggi (97) dan tahanan enzim yang berkesan (100). Titik isoelektrik memberikan pengaruh yang tinggi terhadap prestasi penurasan ultra, yang mana pengotoran minima diperolehi pada larutan yang mempunyai pH yang lebih tinggi daripada nilai titik isoelektrik larutan hidrolisis, iaitu pada pH 4 hingga 6. Reaktor membran berenzim dibangunkan pada keadaan optimum proses hidrolisis, dengan polimer membran PA menggunakan MCC dan biojisim OPF terawat pada muatan yang berbeza. Muatan glukan mempengaruhi prestasi penghasilan glukosa, ketelapan glukosa dan penyingkiran enzim, di mana kepekatan glukan yang tinggi menghasilkan ketelapan glukosa dan penyingkiran enzim yang rendah disebabkan oleh molekul pepejal terampai dan terenap di permukaan membran. Selain itu, penukaran glukan yang rendah diperolehi oleh muatan glukan yang tinggi disebabkan oleh kekangan permindahan jisim yang berlaku. Pengiraan penghasilan glukosa pada skala naik dengan menggunakan perisian SuperPro mendapati muatan glukan dan kinetik mempengaruhi penghasilan glukosa. Kesimpulannya, kesemua penemuan dalam kajian ini terutamanya prestasi penghasilan glukosa dapat menyumbang ke arah penyediaan ilmu pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan untuk digunakan dalam pengkomersilan biorefineri.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectBahan api fosil-
dc.subjectKelapa sawit-
dc.subjectGlukosa-
dc.subjectBiojisim-
dc.titleBioreaktor membran berenzim bagi penghasilan glukosa daripada biojisim berlignoselulosa-
dc.typeTheses-
dc.format.pages224-
dc.identifier.barcode005762(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123677+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.