Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487166
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRiza Atiq Abdullah b. O.K. Rahmat, Prof. Ir. Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Nazri bin Borhan (P49883)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:43Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:43Z-
dc.date.issued2013-07-20
dc.identifier.otherukmvital:71465
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487166-
dc.descriptionPutrajaya adalah sebuah bandar yang unik di Malaysia dari segi perspektif dasar pengangkutan kerana matlamatnya yang jelas untuk mencapai penggunaan pengangkutan awam sebanyak 70% di kawasan pusat bandar. Namun, pada hari ini kadar penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian adalah 15:85. Kemudahan yang disediakan seperti perkhidmatan parkir dan naik (P&N) gagal untuk menarik pengguna pengangkutan menggunakan kemudahan tersebut. Perkhidmatan bas awam yang beroperasi di Putrajaya tidak popular kepada pengguna kerana perkhidmatan yang tidak menepati masa dan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menengahkan satu pendekatan baru bagi mempengaruhi pengguna bertukar kepada pengangkutan awam di Putrajaya. Bagi mendalami isu ini, teori sains tingkah laku, Teori Perilaku Terancang (TPB) dan kaedah pilihan keadaan digunakan untuk meramal keinginan pekerja untuk menggunakan pengangkutan awam. TPB lanjutan telah digunakan untuk menjelaskan pilihan mod perjalanan. Terdapat dua kumpulan responden yang digunakan di dalam kajian ini iaitu; (i) kumpulan responden yang tinggal di Putrajaya yang merujuk kepada penggunaan perkhidmatan bas dan (ii) kumpulan responden yang tinggal di luar Putrajaya yang merujuk kepada perkhidmatan P&N. Kedua-dua kumpulan responden ini merupakan pekerja di Putrajaya yang menggunakan kereta, motosikal dan bas. Sebanyak 795 responden telah mengisi borang soal selidik. Model kajian telah dianalisis dan diuji menggunakan teknik analisis yang dikenali sebagai model persamaan struktur dan model regrasi logistik. Pelbagai pemboleh ubah seperti sikap, norma subjektif, tahu kawal kelakuan, faktor situasi, kepercayaan dan keinginan telah digunakan dalam model struktur. Hasil kajian model struktur bagi penggunaan bas menunjukkan semua pemboleh ubah dapat menyumbang sebanyak 50% perubahan terhadap kelakuan responden menggunakan bas ke tempat kerja. Hasil kajian model struktur bagi penggunaan perkhidmatan P&N pula menunjukkan semua pemboleh ubah dapat menyumbang sebanyak 40% perubahan terhadap kelakuan responden menggunakan P&N ke tempat kerja. Kedua-dua model menunjukkan penilaian indek mutlak memenuhi kriteria model yang sesuai iaitu melebihi nilai 0.90 dan ralat purata kurang dari 0.08. Keutamaan mengenai cara pemilihan mod pengangkutan tempat kerja telah ditentukan dengan menggunakan model regresi logistik multinomial dan regresi logistik binari untuk menganggarkan nilai keanjalan bagi setiap pemboleh ubah tidak bersandar yang dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa responden sangat sensitif kepada kualiti perkhidmatan (masa perjalanan bas dan kekerapan bas) terutamanya bagi model penggunaan P&N. Bagi bayaran parkir, model penggunaan P&N dilihat lebih sensitif berbanding model penggunaan bas. Peningkatan kos yang tinggi lebih dirasai oleh pekerja yang tinggal di luar Putrajaya disebabkan kos perjalanan yang dikeluarkan oleh mereka seperti bayaran bahan bakar dan tol adalah lebih tinggi berbanding pekerja yang tinggal di dalam Putrajaya. Nilai keanjalan berkaitan jarak perhentian bas terdekat menunjukkan pekerja yang menggunakan motosikal dilihat lebih sensitif berbanding pekerja yang menggunakan kereta. Menggunakan motosikal lebih cepat sampai ke destinasi berbanding kenderaan lain seperti bas dan kereta serta lebih murah berbanding menggunakan kereta. Oleh itu, pengguna motosikal merasa tidak perlu untuk berjalan jauh ke perhentian bas untuk mendapatkan bas.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPengangkutan awam
dc.subjectTraffic flow -- Malaysia -- Putrajaya -- Case studies
dc.titleKeberkesanan sistem pengangkutan awam di Putrajaya: pendekatan permodelan
dc.typeTheses
dc.format.pages293
dc.identifier.callnoTA1205.M843 2013 3
dc.identifier.barcode000622
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71465+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.