Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487158
Title: Kaedah pengesanan penyakit keratokonus berasaskan lakuran imej mata terangkum hadapan dan sisi
Authors: Marizuana Mat Daud (P85819)
Supervisor: Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Keratokonus
Penyakit mata
Pengesanan penyakit
Issue Date: 14-Aug-2019
Description: Keratokonus (KC) adalah sejenis penyakit mata yang melibatkan penipisan lapisan kornea, dan perubahan dari bentuk separa sfera menjadi kon dan membonjol dari pandangan sisi. KC sukar dikesan pada peringkat awal penyakit kerana pesakit tidak merasakan sebarang kesakitan. Hal ini menyebabkan, kebanyakan pesakit telah berada pada tahap yang teruk sebelum mendapat rawatan di hospital. Oleh itu, pembangunan kaedah pengesanan keratokonus menggunakan pendekatan pemprosesan imej digital dilihat mampu mengesan penyakit KC dengan lebih awal dan rawatan susulan dapat diberikan dengan lebih cepat. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kaedah pengesanan keratokonus untuk kaedah saringan berasaskan kamera peralatan pintar bagi mengambil imej mata terangkum hadapan dan sisi (IMTH/S). Bagi mencapai tujuan ini, pangkalan data IMTH/S bagi penyakit KC telah dibangunkan. Pengumpulan data IMTH/S telah dikendalikan di Jabatan Oftalmologi, Hospital Kuala Lumpur menggunakan perehat dagu untuk mendakap telefon pintar bersama kanta makro. Sebanyak 140 imej KC dan 140 imej normal IMTH/S telah berjaya dikumpul di mana imej topografi kornea mereka telah diambil beserta data pengesahsahihan yang disediakan oleh optometri yang berkelayakan. Pembangunan kaedah pengesanan penyakit keratokonus dari pandangan hadapan dan sisi mata merangkumi lima modul utama iaitu prapemprosesan, peruasan, penyarian fitur, pemilihan fitur dan pengelasan. Pertama, kawasan kornea dari kedua-dua pandangan imej diruas sebelum fitur geometrinya dapat disari menggunakan Aktif Kontur Model terubahsuai secara automatik dan fungsi Spline semi-automatik, masing-masing bagi IMTH dan IMTS. Antara fitur-fitur bagi pandangan hadapan mata yang disari adalah kesipian (𝑓ℎ1), kebukansferaan, (𝑓ℎ2), garis major (𝑓ℎ3), garis minor (𝑓ℎ4), orientasi (𝑓ℎ5), diameter iris terlihat mendatar (𝑓ℎ6) dan diameter iris terlihat menegak (𝑓��7). Manakala, fitur-fitur yang disari dari pandangan sisi pula adalah kelengkungan kornea yang diukur dengan kaedah nisbah (𝑓𝑠1 ), kaedah cakera templat asal (𝑓𝑠2, 𝑓𝑠3, 𝑓𝑠4 ), kaedah cakera templat terubahsuai (𝑓𝑠5, 𝑓𝑠6 , 𝑓𝑠7), dan teknik petua trapezoidal (𝑓𝑠8, 𝑓𝑠9). Kemudian, fitur-fitur dipilih menggunakan pemilihan fitur terpendam infiti (ILFS) dengan menentukan kedudukan fitur berdasarkan pemberat-graf yang dipelajari secara automatik oleh analisis semantik terpendam kebarangkalian (PLSA). Seterusnya, keberkesanan fitur fitur yang terpilih diuji dengan menggunakan tiga pengelas utama yang telah dikenalpasti iaitu mesin vektor sokongan (SVM), k-kejiranan terdekat (k-NN) dan hutan rawak (RF). Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan 16-kombinasi fitur yang mana fitur yang dicadangkan dan ditambah baik telah berjaya berada di kedudukan teratas dan memberikan keputusan terbaik iaitu 96.05% kejituan, dan 98.41% kepekaan dan 93.65% kekhususan bagi pengelas RFn=50 berbanding 7-NNMaha dan SVMRBF. Kaedah pembelajaran dalaman iaitu CNN-DenseNet turut dicadangkan sebagai kaedah alternatif untuk pengesanan KC secara automatik sepenuhnya. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membangunkan kaedah pengesanan penyakit keratokonus berasaskan lakuran imej menggunakan pendekatan pemprosesan imej digital bagi IMTH/S yang diambil dari kamera peralatan pintar.,Ph.D.
Pages: 177
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123564+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.