Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487156
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasturah Markom, Prof. Madya Ir. Dr.-
dc.contributor.authorNorsyamimi Hassim (P75028)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:35Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:35Z-
dc.date.issued2020-12-05-
dc.identifier.otherukmvital:123459-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487156-
dc.descriptionMasa depan pemprosesan produk semulajadi menggunakan pengekstrakan bendalir lampau-genting (SFE) di negara ini adalah sangat cerah memandangkan Malaysia kaya dengan tumbuhan herba. Sehingga kini, tiada loji perindustrian SFE bersama ko-pelarut bagi sebatian bioaktif daripada tumbuhan herba di Malaysia. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk meramal dan mengesahkan kriteria skala naik proses SFE bersama ko-pelarut bagi tumbuhan herba Phyllanthus niruri (dukung anak), sekaligus menganalisis kebolehuntungannya pada peringkat skala industri. Sebelum proses ini di skala naik, penentuan keadaan operasi terbaik pada peringkat skala makmal perlu dijalankan terlebih dahulu. Untuk itu, langkah pertama di dalam proses SFE iaitu langkah penusukan matriks adalah sangat penting, yang mana ianya boleh dikaji melalui pengekstrakan statik. Kajian kesan masa pengekstrakan statik (15 min, 30 min, 45 min, 60 min dan 75 min) dan kandungan air statik (5%, 7.5%, 10%, 12.5% dan 15%) telah dijalankan menggunakan karbon dioksida lampau-genting (SC-CO2) bersama ko-pelarut etanol-air pada dua keadaan operasi terbaik daripada rujukan (L1: 200 bar, 60 °C dan L2: 262 bar, 80 °C). Kandungan sebatian bioaktif yang disasarkan, iaitu asid galik (GA), korilagin (CO) dan asid elagik (EA), ditentukan melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Berdasarkan keputusan, 60 minit masa pengekstrakan statik dan 10% kandungan air statik telah memberi hasil yang lebih baik bagi jumlah hasil ekstrak dan kandungan ketiga-tiga sebatian bioaktif. Pengekstrakan pada tekanan 262 bar dan suhu 80 °C menggunakan ko-pelarut 30% etanol-air dengan 60 minit masa statik telah menghasilkan hasil ekstrak yang tertinggi (24.42% g/g sampel) dengan kandungan bioaktif yang tinggi iaitu 4.8 mg GA/g ekstrak, 32.0 mg CO/g ekstrak dan 80.2 mg EA/g ekstrak. Permodelan matematik menggunakan model pemindahan jisim Sovová terubahsuai daripada kajian terdahulu telah berjaya diaplikasikan untuk meramal lengkung pengekstrakan dengan purata sisihan relatif mutlak (AARD) kurang daripada 3.39%. Hasil pengekstrakan pada kapasiti jisim suapan yang berbeza (0.05 kg - 500 kg) telah diramal menggunakan tiga kriteria skala naik iaitu nisbah pelarut kepada suapan masuk (S/F), halaju permukaan pelarut (U) dan masa mastautin pelarut (tres). Didapati, nisbah S/F merupakan kriteria skala naik yang terbaik bagi ramalan model kerana menghasilkan hasil ekstrak yang konsisten dengan skala makmal pada skala lebih besar. Ujikaji pengesahan skala naik S/F telah dijalankan pada dua keadaan operasi seperti skala makmal bagi kapasiti jisim suapan 0.5 kg. Peratusan hasil ekstrak yang diperolehi adalah setara dengan hasil ekstrak daripada ramalan permodelan dengan ralat kurang daripada 5.13%. Lengkung pengekstrakan yang yang diperolehi adalah menghampiri lengkung ramalan, yang mana nilai AARD adalah kurang daripada 14.2%. Untuk menentukan keberkesanan proses, kos pembuatan (COM) telah dikira menggunakan data yang diramal daripada simulasi model. Nilai COM untuk julat kapasiti skala naik yang berbeza (0.05 kg - 500 kg) telah menunjukkan proses yang diramal ini dapat mencapai keuntungan positif pada kapasiti jisim suapan serendah 0.5 kg. Analisis kebolehuntungan yang terperinci turut dijalankan bagi tiga unit skala naik SFE dengan isipadu bekas pengekstrak 5 L, 50 L dan 500 L. Proses SFE ke atas Phyllanthus niruri ini adalah berpotensi dan berekonomi kerana menunjukkan perolehan nilai pulangan pelaburan (ROI) yang baik bagi kesemua skala. Semua nilai ROI yang diperolehi (0.25 - 0.63) adalah melebihi nilai kadar pulangan minimum (mar = 0.24). Nilai bersih semasa (NPV) juga adalah positif bagi kesemua skala dengan nilai terendah sebanyak RM 0.33 juta (5 L) dan tertinggi mencapai RM 123 juta (500 L).,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectSebatian bioaktif-
dc.subjectBendalir lampau-genting-
dc.subjectHerba-
dc.titlePengekstrakan sebatian bioaktif daripada Phyllanthus niruri menggunakan bendalir lampau-genting dengan ko-pelarut : kajian skala naik dan analisis ekonomi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages293-
dc.identifier.barcode005740(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123459+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.