Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487145
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Firdaus Mohamad Hamzah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Norulhisham Abd Rashid (P71257) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:26Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:26Z | - |
dc.date.issued | 2020-09-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123407 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487145 | - |
dc.description | Pendekatan pembelajaran autentik dapat menghubungkan pembelajaran formal di dalam kelas dengan situasi dunia sebenar. Bagi program pendidikan kejuruteraan di Politeknik Malaysia, pendekatan pembelajaran ini sesuai diterapkan untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan. Namun begitu, para pensyarah memerlukan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran ini. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis keperluan bagi membangunkan sebuah model pembelajaran autentik, membangunkan sebuah model pembelajaran autentik berasaskan kesepakatan panel pakar dan seterusnya menilai kebolehgunaan model pembelajaran autentik tersebut khusus bagi program kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Kaedah penyelidikan rekabentuk dan pembangunan digunakan untuk membangunkan model ini. Kaedah penyelidikan rekabentuk dan pembangunan mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan model, fasa rekabentuk dan pembangunan model serta fasa penilaian kebolehgunaan model. Fasa analisis keperluan model menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen, melibatkan 180 orang responden di kalangan para pensyarah Politeknik Malaysia dan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Fasa rekabentuk dan pembangunan model melibatkan keputusan 7 orang panel pakar yang mewakili Politeknik Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik dan wakil industri dalam sesi Nominal Group Technique dan sesi Interpretive Structural Modelling dengan menggunakan perisian Concept Star untuk membangunkan model pembelajaran autentik. Fasa penilaian kebolehgunaan model juga menggunakan instrumen soal selidik, melibatkan panel pakar di kalangan 30 orang pensyarah utama Politeknik Malaysia dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan kebolehgunaan terhadap model yang telah dibangunkan. Kajian rintis telah dijalankan dalam fasa analisis keperluan model dan fasa penilaian kebolehgunaan model dengan menggunakan analisis model pengukuran Rasch bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Dapatan kajian rintis menunjukkan kedua-dua instrumen soal selidik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Dapatan fasa analisis keperluan model dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20 menunjukkan keperluan kajian untuk diteruskan apabila nilai min keseluruhan bagi sembilan elemen pembelajaran autentik yang dikaji berada pada skor 2.87 daripada 5.00. Dalam fasa rekabentuk dan pembangunan model, sebanyak 13 konstruk utama pembelajaran autentik dikenalpasti oleh panel pakar. Konstrak utama tersebut adalah nota persefahaman, sesi pengajaran dan pembelajaran, penempatan pelajar ke industri, taklimat industri kepada pelajar, pemantauan pensyarah, pengetahuan dalam konteks sebenar, aktiviti dalam persekitaran sebenar, interaksi sosial, kebebasan kepada pelajar, kemahiran generik, refleksi, perkongsian pengetahuan dan penilaian. Dapatan dalam fasa penilaian kebolehgunaan menunjukkan model pembelajaran autentik boleh digunapakai apabila kesesuaian konstruk, klasifikasi fasa, klasifikasi kluster dan hubungan setiap konstruk dalam model ini memenuhi syarat kesepakatan yang perlu dicapai dalam kaedah Fuzzy Delphi dengan nilai threshold, d ≤ 0.2 dan peratusan kesepakatan > 75%. Model yang dibangunkan dalam kajian ini menyumbang kepada pengetahuan baru penghasilan model pembelajaran autentik dengan menggunakan kesepakatan panel pakar berbanding dengan pembinaan model-model pembelajaran autentik sebelum ini yang lebih bersifat teoritikal.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Pembelajaran autentik | - |
dc.subject | Pendidikan kejuruteraan | - |
dc.title | Pembangunan model pembelajaran autentik untuk program kejuruteraan di Politeknik Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 268 | - |
dc.identifier.barcode | 005721(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123407+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.