Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487141
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Nizam Ab Rahman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAriff Azly Muhamed (P80043)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:23Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:23Z-
dc.date.issued2020-07-20
dc.identifier.otherukmvital:123402
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487141-
dc.descriptionPeningkatan permintaan produk halal di peringkat global mendorong perkembangan pesat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) halal. PKS halal mengadaptasi konsep pengurusan rantaian bekalan pembuatan halal (HSCM) sebagai satu langkah proaktif di dalam usaha meningkatkan kecekapan firma (FP). Walaubagaimanapun, manfaat HSCM tidak dapat dicapai sepenuhnya tanpa pengurusan pembuatan strategik (PBS) yang berkesan. Berdasarkan konsep ini, hubungkait antara PBS, HSCM, dan FP masih menjadi perdebatan. Justeru, satu kajian menyeluruh wajar dijalankan bagi mengenalpasti faktor dan implikasi PBS terhadap HSCM dan juga FP. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan PBS dan HSCM di dalam sektor PKS halal serta impak PBS terhadap FP berasaskan peranan HSCM sebagai pengantara di dalam menerangkan perhubungan berkenaan. Secara spesifik, kajian ini mengkaji perhubungan tiga anteseden penting amalan PBS iaitu orientasi halal (HO), orientasi rantaian bekalan (SCO) dan orientasi pasaran (MO) terhadap FP, serta mengenalpasti fungsi HSCM sebagai pengantara di dalam amalan PBS PKS halal. Kajian ini menggunapakai metodologi kaji selidik kuantitatif, dan soalselidik telah diperincikan berdasarkan konsep teoretikal yang telah disahkan. Sebanyak 612 salinan borang soal selidik telah diedarkan kepada eksekutif dan pengurus firma PKS halal. Kajian ini menggunapakai kaedah pensampelan bertujuan. Satu model priori telah dibangunkan berasaskan perspektif pengurusan PKS halal. Permodelan Persamaan Struktur (SEM) berasaskan Teknik Berdasarkan Kovarian (CB) digunapakai bagi menganalisis data kajian yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan indeks ketepatan padanan yang mencukupi (Cmin=1190.7; Cmin/df=1.636; GFI=0.93; RMSEA=0.052; CFI=0.922; TLI=0.95) bagi model teoretikal yang telah yang dibangunkan. Manakala, hubungan antara SCO, HO, dan MO terhadap FP adalah bererti (p<0.001). Peranan HSCM sebagai pengantara antara SCO, HO dan FP adalah disokong, di mana hubungan MO dan FP mempenyai nilai bererti yang tertinggi (β=0.817, p<0.001), diikuti oleh HO (β=0.774, p<0.001), dan SCO (β=0.618, p<0.001). Secara spesifiknya, pengantara HSCM memainkan peranan di dalam meningkatkan FP melalui amalan PBS di dalam konteks PKS halal, Kaedah analisis statistik yang digunapakai di dalam kajian ini memberi implikasi teoretikal yang menarik bagi pengkaji dan pemain industri halal. Sementara, teknik pengesahan yang digunapakai memberi kesahihan yang mencukupi terhadap model yang telah dibangunkan. Hasil dapatan kajian digunakan untuk membangunkan sebuah kerangka konsep implementasi PBS di dalam sektor PKS halal dan telah disahkan oleh 11 orang panel pakar melalui kaedah Delphi dua pusingan. Hasil kajian ini memberi nilai tambah baru terhadap pengoperasian dan teoretikal HSCM. Kesimpulannya, sumbangan kajian ini adalah pembangunan model pengurusan pembuatan strategik HSCM dalam meningkatkan FP melalui tiga amalan iaitu operasi, pasaran, dan ekonomi. Dapatan kajian juga menegaskan kepentingan fungsi HSCM untuk meningkatkan FP di dalam konteks PKS halal. Kajian masa hadapan berpotensi untuk melakukan kajian rentas dengan menggunapakai kaedah kualitatif di dalam mengkaji perhubungan model yang telah dibangunkan dan memfokuskan kepada industri perusahaan halal yang lebih spesifik.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengurusan halal
dc.subjectPKS
dc.titleModel pengurusan rantaian bekalan pembuatan halal strategik untuk perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages302
dc.identifier.barcode005716(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123402+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.