Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487140
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Che Hassan Che Haron, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Azmi Harun (P72770) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:29:23Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:29:23Z | - |
dc.date.issued | 2020-06-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123401 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487140 | - |
dc.description | Gentian kenaf merupakan salah satu gentian berasaskan tumbuhan di dalam kumpulan gentian asli yang semakin meluas penggunaannya. Gentian kenaf akan dicampurkan dengan bahan polimer bagi menghasilkan suatu bahan baharu dengan sifat-sifat mekanikal yang lebih baik dengan kos pembuatan yang rendah. Campuran bahan-bahan ini dikenali sebagai bahan Komposit Epoksi Bertetulang Gentian Kenaf yang digunakan di dalam industri automotif aeroangkasa dan pembinaan. Bahan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu gentian kenaf ekaarah dan gentian kenaf tenunan. Salah satu proses yang boleh dilakukan ke atas bahan baharu ini ialah proses pengisaran. Di dalam proses pengisaran, kualiti pengisaran adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian. Kekemasan permukaan, rekahan dan retakan adalah faktor kualiti yang perlu dikawal bagi menghasilkan pengisaran yang baik. Tujuan penyelidikan ini, adalah untuk mendapatkan kombinasi parameter pengisaran yang paling optimum bagi meminimumkan kesan-kesan kebolehmesinan seperti kekasaran permukaan (Ra) dan faktor pelekangan (Fd). Selain itu, tumpuan uji kaji adalah membandingkan jenis mataalat yang paling sesuai di dalam proses pengisaran bahan baharu ini. Terdapat dua jenis mata-alat yang digunakan iaitu mata-alat jenis Keluli Berkelajuan Tinggi (HSS) tidak bersalut hujung rata dan Kabida tidak bersalut hujung rata dengan empat flut berdiameter 10 mm. Bagi tujuan penyelidikan, pengisaran kaedah lelurus (alur) dilakukan ke atas benda-kerja bagi mengkaji dan menganalisa kesan kebolehmesinan. Berdasarkan 17 set uji kaji penyelidikan analisis gerak balas permukaan (RSM) dengan pendekatan Rekabentuk Box-Behnken (33), faktor-faktor yang signifiken terhadap sambutan dihasilkan. Faktor-faktor yang terlibat adalah kelajuan pemotongan, kadar suapan, dan kedalaman pemotongan. Keputusan daripada ANOVA menunjukkan faktor yang paling signifiken ke atas kebolehmesinan ini adalah kadar suapan diikuti oleh kelajuan bindul dan kedalaman pemotongan. Manakala kombinasi parameter yang optimum adalah kelajuan bindul dan kadar suapan pada aras bawah manakala kedalaman pemotongan pada aras tengah iaitu 16 m/min, 0.1 mm/gigi dan 1 mm bagi kedua-dua jenis bahan yang dikisar menggunakan mata-alat HSS dan Karbida. Kombinasi parameter optimum ini, menghasilkan nilai kesan kebolehmesinan yang paling minimum. Ujian kesahan pula telah menunjukkan peratus ralat yang terhasil di antara nilai teoritikal model matematik dengan nilai pengukuran kesan kebolehmesinan adalah tidak besar iaitu sekitar 3.7% - 10.1% bagi Ra dan 2.1% - 3.1% bagi Fd. Kombinasi parameter yang berlainan telah menghasilkan kesan pengisaran yang baik dan tidak baik. Keadaan ini belaku disebabkan gentian kenaf tidak dikisar dengan baik sebaliknya gentian hanya tertarik-keluar yang turut mempengaruhi nilai kesan kebolehmesinan. Penggunaan mata-alat HSS menghasilkan kesan kebolehmesinan yang lebih baik berbanding mata-alat Karbida. Bahan komposit berasaskan gentian kenaf ekaarah lebih mudah di kisar berbanding bahan komposit berasaskan gentian kenaf tenunan. Kualiti pengisaran bahan komposit epoksi bertetulang gentian kenaf amatlah bergantung kepada kombinasi parameter, jenis mata-alat dan juga bentuk gentian yang dicampur dengan bahan epoksi.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Komposit | |
dc.subject | Kenaf | |
dc.subject | Mesin kisar | |
dc.title | Kebolehmesinan ke atas bahan komposit epoksi bertetulang gentian kenaf di bawah keadaan operasi pemesinan kisar | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 202 | |
dc.identifier.barcode | 005715(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123401+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.