Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487124
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKalaivani Chellapan, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nur Hidayah Ab. Malek (P75369)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:09Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:09Z-
dc.date.issued2020-03-06-
dc.identifier.otherukmvital:123330-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487124-
dc.descriptionFibrilasi atrium (AF) adalah pembunuh senyap asimtomatik salah satu faktor risiko penyakit kardiovaskular (CVD). Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bilangan AF di dunia pada tahun 2010 adalah 33.5 juta (lelaki = 62.4%, wanita = 37.6%) lebih kurang 0.5%, sementara purata terkini AF hampir mencapai 1% manakala prevalens di Malaysia pada tahun 2012 adalah 0.54%. Pengetahuan tentang pemeriksaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia adalah rendah kerana kurangnya kesedaran tentang gaya hidup sedentari, tekanan mental, perubahan iklim dan penyakit metabolik terhadap kesihatan kardiovaskular. Diagnosis AF adalah berdasarkan kepada ketidakhadiran gelombang P pada elektrokardiograf (ECG) dan disahkan oleh doktor perubatan kerana kebiasaanya episod serangan AF tidak menunjukkan sebarang simptom. Teknik semasa yang digunakan dalam pemantauan AF memakan masa selama 24 hingga 48 jam dan tidak selesa untuk pesakit. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan konsep asas bagi pengesanan AF dengan merekod data melalui peranti fotopletismograf (PPG) jari. Satu protokol bagi pemerolehan data yang baru merangkumi ciri pra-pemprosesan isyarat PPG melalui kaedah pemodelan sebagai petunjuk yang membezakan subjek AF dan subjek sihat. Tumpuan utama dalam mengkategorikan ciri morfologi isyarat PPG model Nivari Xmed-1 dengan merujuk kepada pengumpulan data secara klinikal melalui keputusan isyarat ECG. Metodologi fasa pertama bermula dengan pengumpulan data bagi kajian rintis di Klinik INR 2, Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. Tiga puluh subjek AF direkrut dan data klinikal direkodkan termasuk pengesahan keputusan isyarat PPG serta ujian prothrombin (PT), kadar nisbah normal antarabangsa (INR) dan data demografik lain yang diperlukan. Fasa kedua melibatkan data pemerolehan bagi subjek sihat dari Pusat Kesihatan, (PK) UKM, Bangi dengan merekrut seramai 30 orang subjek secara rawak. Saringan PPG diambil dalam masa 2 minit dengan mengambil hanya 30 isyarat tunggal yang jelas untuk diproses menggunakan kaedah derivatif terbitan kedua bagi mendapatkan purata puncak pengesan setiap isyarat tunggal PPG. Kaedah polinomial dengan fungsi tahap urutan ke-6 digunakan dalam keputusan kajian ini bagi menilai purata keseluruhan isyarat tunggal setiap subjek. Risiko subjek diserang strok dikira dengan menggunakan skor CHA2DS2-VASc. Hasil analisa keputusan daripada pemerolehan data menunjukkan ketepatan nilai korelasi antara skor risiko strok dengan nilai R2 sebanyak 73.4%. Di dalam kajian keputusan berkorelasi negatif terhadap subjek AF daripada pemarkahan risiko strok dengan jumlah purata sisihan piawai yang lebih tinggi (5.1033 ± 2.5942) berbanding dengan subjek sihat (0.8667 ± 0.6233) manakala nilai purata R2 bagi subjek sihat (0.9266) jauh lebih tinggi berbanding subjek AF (0.0579). Kajian ini telah dapat mengenalpasti satu lagi potensi penggunaan PPG dalam pemeriksaan secara klinikal dan diagnosis bagi pengurusan risiko CVD terhadap kehadiran AF.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectFibrilasi atrium-
dc.subjectFotopletismograf-
dc.titlePengesanan kehadiran fibrilasi atrium melalui analisa isyarat fotopletismograf-
dc.typeTheses-
dc.format.pages147-
dc.identifier.barcode005693(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123330+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.