Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487123
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaslina Jamil, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorWoon Chin Ong (P84012)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:29:09Z-
dc.date.available2023-10-11T02:29:09Z-
dc.date.issued2020-07-16
dc.identifier.otherukmvital:123327
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487123-
dc.descriptionBumbung rata konkrit adalah salah satu jenis bumbung yang popular dalam pembinaan moden, kerana peningkatan kapasiti penggunaan, penambahan ruang aktiviti manusia dan lain-lain. Kemajuan dalam teknologi pembinaan telah mempelbagaikan fungsi bumbung rata konkrit, terutama dari segi penyumbangannya kepada aspek persekitaran bangunan dan sekelilingnya. Hal ini telah merumitkan pemeriksaan prestasi bumbung rata konkrit. Terdapat pelbagai masalah yang dikenal pasti yang dihadapi oleh struktur bumbung rata konkrit, seperti takungan air, keretakan, dan kebocoran. Kajian ini telah membangunkan model prestasi pengendalian bumbung rata konkrit. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini meliputi kajian literatur, soal selidik, kajian kes dan penyiasatan tapak. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi bumbung rata konkrit dan objektif prestasi telah dikenal pasti melalui kajian literatur. Seterusnya, faktor-faktor dan objektif-objektif ini telah disahkan melalui proses penilaian oleh pakar. Instrumen soal selidik telah dibangunkan berdasarkan kepada hasil penilaian pakar dan senarai semak telah disediakan untuk kajian kes. Instrumen-instrumen ini telah disahkan melalui kaedah pemeriksaan pakar dan kajian rintis. Seterusnya, kajian soal selidik telah dijalankan melalui 91 pakar dalam bidang pembinaan. Selain itu, kajian kes dengan senarai semak dan ujian tanpa musnah telah dijalankan ke atas 38 struktur bumbung rata konkrit dari 21 bangunan. Data-data soal selidik dan penilaian pakar telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Matriks Prestasi-Kepentingan (IPMA), manakala data-data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Berstruktur - Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Seterunya, strategi untuk mencirikan prestasi bumbung rata konkrit bukan konvensional telah dibangunkan melalui kaedah Kekuatan-Kelemahan-Peluang-Ancaman (SWOT). Akhir sekali, garis panduan untuk menggunakan hasil kajian ini dalam amalan industri telah dibangunkan. Dalam kerangka model ini, terdapat dua komponen yang penting, iaitu objektif prestasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi objektif prestasi yang berkaitan. Objektif-objektif prestasi bumbung rata konkrit yang telah dikenal pasti hasil daripada kajian merupakan kebolehgunaan bumbung rata konkrit dan penyumbangan bumbung rata konkrit terhadap persekitaran. Faktor-faktor terpendam yang mempengaruhi kebolehgunaan bumbung rata konkrit termasuk aktiviti selepas pembinaan dan aktiviti sebelum pendudukan, manakala faktor-faktor terpendam yang mempengaruhi penyumbangan bumbung rata konkrit terhadap persekitaran termasuk aktiviti sebelum pendudukan berkaitan persekitaran sekeliling, aktiviti sebelum pendudukan berkaitan persekitaran dalaman dan aktiviti selepas pembinaan. Hal ini dapat membolehkan pemilihan, reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan pengendalian bumbung rata konkrit yang lebih efektif. Hasil IPMA telah membantu memetakan prestasi dan kepentingan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi bumbung rata konkrit. Hal ini dapat membantu membandingkan prestasi dan kepentingan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi bumbung rata konkrit. Hasil SWOT dapat membantu membandingkan prestasi bumbung rata konkrit yang berjenis baru. Strategi yang dibangunkan melalui kajian ini berfungsi untuk mencirikan prestasi bumbung rata konkrit bukan konvensional untuk mencapai objektif kemapanan pembinaan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectBumbung rata konkrit
dc.titleKerangka pemodelan pengendalian prestasi bumbung rata konkrit
dc.typeTheses
dc.format.pages310
dc.identifier.barcode005690(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123327+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.