Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487102
Title: Pencirian prestasi lapisan tapak jalan menggunakan campuran jermang keluli dan kaca tiub sinar katod sebagai bahan gantian agregat
Authors: Ahmad Yusri Mohamad (P91989)
Supervisor: Maslina Jamil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-Jan-2021
Description: Penggunaan bahan sampingan secara optimum seperti jermang keluli dan sisa elektronik iaitu kaca tiub sinar katod, sebagai bahan kitar semula alternatif dalam pembinaan jalan raya dapat membantu mengurangkan permintaan agregat semula jadi. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan prestasi dan menganalisis kandungan kepekatan larut lesap campuran agregat yang terdiri daripada jermang keluli sebagai agregat kasar dan kaca tiub sinar katod sebagai agregat halus. Penggunaan kedua-dua bahan ini digunakan sebagai bahan gantian agregat semula jadi, granit. Peratusan penggantian sampel campuran bagi jermang keluli sebanyak 30, 40, 50, 70 dan 85%, manakala peratusan bagi kaca tiub sinar katod ditetapkan sebanyak 15% berbanding dengan jumlah berat sampel. Ujian pencirian fizikal, mekanikal dan mikrostruktur secara individu dijalankan untuk menilai kesesuaian bahan-bahan yang digunakan. Manakala ujian makmal yang dijalankan pada sampel campuran agregat adalah terdiri daripada ujian nilai lelasan Los Angeles, nisbah galas California, ujian pencirian prestasi iaitu ujian kekuatan mampatan tidak terkurung dan kekuatan tegangan tidak langsung dan ujian larut lesap. Hasil kajian menunjukkan bahawa keputusan ujian nilai lelasan Los Angeles bagi campuran gred B dan gred C masing-masing adalah 24.93 dan 22.12%. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa campuran yang mengandungi jermang keluli dan granit mempunyai ketahanan dan lelasan yang mencukupi untuk digunakan sebagai agregat lapisan tapak jalan. Hasil ujian nisbah galas California menunjukkan bahawa peningkatan peratusan penggantian jermang keluli dalam campuran menghasilkan nilai nisbah galas California yang lebih tinggi untuk campuran yang direndam dan tidak direndam di antara 2 hingga 50%. Penggunaan kaca tiub sinar katod sebagai agregat halus mampu memberi kesan kekuatan antara campuran agregat melalui kehadiran elemen silika pada kaca tiub sinar katod. Hasil ujian kekuatan mampatan tidak terkurung dan kekuatan tegangan tidak langsung menunjukkan bahawa prestasi kekuatan campuran sampel meningkat dengan ketara melalui peratusan penggunaan jermang keluli yang lebih tinggi dalam campuran tersebut. Ini seterusnya meningkatkan ketahanan terhadap kekuatan dalaman campuran sehingga 17%. Sementara itu, hasil ujian larut lesap menunjukkan bahawa campuran yang mengandungi sehingga 50% jermang keluli dan 15% kaca tiub sinar katod adalah memenuhi keperluan piawaian yang dibenarkan bagi piawaian air minuman. Manakala berdasarkan prosedur larut lesap toksik, setiap sampel campuran adalah memenuhi keperluan piawaian yang ditetapkan. Dalam pada itu, analisis statistik secara ujian analisis varians telah dijalankan terhadap ujian kekuatan mampatan tidak terkurung, kekuatan tegangan tidak langsung dan ujian larut lesap. Keputusan ujikaji menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam pencirian setiap campuran yang dijalankan. Keadaan ini menjelaskan bahawa campuran yang berbeza memberikan kekuatan dan kehadiran kepekatan larut lesap elemen yang berbeza antara sampel campuran. Kajian menunjukkan peratusan optimum bagi penggunaan 70% jermang keluli sebagai agregat kasar dan 15% penggunaan kaca tiub sinar katod sebagai agregat halus memberikan penggantian campuran yang terbaik. Campuran komposisi optimum boleh digunakan sebagai bahan alternatif kitar semula dalam kerja pembinaan lapisan tapak jalan.,Ph.D.
Pages: 151
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123015+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.