Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487096
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zaidi Omar, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Najib Muhamed (P75405) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:28:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:28:48Z | - |
dc.date.issued | 2020-02-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:122990 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487096 | - |
dc.description | Kajian ini membentangkan pencirian cantuman panel berlapis antara muka keluli-aluminium melalui kaedah pateri keras dan penembusan panel berlapis keluli-aluminium di bawah hentaman balistik melalui kerja-kerja eksperimen. Pada kebiasaannya cantuman logam berlainan jenis dilakukan melalui kaedah pelakuran yang mana logam-logamnya mempunyai sifat-sifat metalurgikal yang hampir sama terutamanya dari segi suhu lebur dan elemen pengaloiannya. Bagi cantuman logam berlainan yang mempunyai sifat metalurgikal yang jauh berbeza seperti keluli-aluminium, kaedah tanpa pelakuran (pateri keras tunu) akan digunakan kerana kaedah ini tidak melibatkan proses peleburan logam asas. Kaedah ini melibatkan penggunaan logam pengisi sebagai medium cantuman dan pada umumnya logam pengisi haruslah berkeupayaan untuk mencantum logam tersebut dan mempunyai suhu lebur yang lebih rendah dari logam asas aluminium. Pada umumnya, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mencantumkan keluli AR500 dan aluminium aloi 7075 dan digunakan sebagai panel perisai. Cantuman yang terhasil akan dijalankan proses pencirian sifat mekanikal manakala penilaian sifat balistik akan dilihat melalui kegagalan panel kesan dari hentaman balistik yang dilakukan. Pada kajian ini logam keluli AR500 dan aluminium aloi 7075 dicantumkan oleh logam pengisi berasaskan Al-Si-Zn melalui kaedah pateri keras tunu. Parameter cantuman optimum diperolehi melalui rekabentuk eksperimen melalui kaedah Taguchi. Hasil dari rekabentuk eksperimen, kaedah taguchi mencadangkan parameter optimun cantuman ialah dengan pemanasan dilakukan pada permukaan keluli AR500, kekasaran permukaan logam adalah halus dan ketebalan logam pengisi pada 0.5 mm. Kajian pada tekstur permukaan menunjukkan penambahan lubang pada permukaan plat aluminium menghasilkan kekuatan cantuman yang baik. Pencirian sifat mekanikal bagi cantuman menunjukkan kekuatan ricih cantuman adalah 8010 N. Selain itu kekuatan lenturan, hentaman halaju rendah dan tegangan antarmuka juga diperolehi. Cantuman yang terhasil juga membentuk sebatian antaramuka Fe-Al yang mempengaruhi kekuatan cantuman. Pengaruh sebatian antaramuka kepada kekuatan cantuman ditentukan oleh komposisi Fe-Al yang terbentuk. Kekuatan balistik plat cantuman pula diuji dengan menggunakan projektil jenis kon dan projektil berdiameter 7.62 mm berjaket keluli penuh. Kesan hentaman pada permukaan dan cantuman plat menunjukkan kesan penusukan sedalam 7.8 mm. Keberhasilan cantuman ini merupakan salah satu sumbangan kepada kajian ini dalam menghasilkan panel berlapis antara keluli dan aluminium di samping dapat mengurangkan berat berbanding penggunaan plat keluli monolitik. Cantuman keluli AR500 dan aloi aluminium 7075 yang terhasilkan berjaya memenuhi objektif kajian dengan mencapai pengurangan berat yang dikehendaki serta ketahanan balistik yang mencapai tahap aras 3 mengikut piawai perlindungan badan perisai.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Brazing | |
dc.subject | Steel -- Brazing | |
dc.subject | Aluminum -- Brazing | |
dc.title | Cantuman pateri keras lapisan logam keluli AR500 dan aloi aluminium 7075 sebagai panel perisai | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 161 | |
dc.identifier.callno | TN775.M636 2020 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 005665(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122990+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.