Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487095
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmiruddin Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorShuhairy Norhisham (P65739)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:28:47Z-
dc.date.available2023-10-11T02:28:47Z-
dc.date.issued2020-11-06
dc.identifier.otherukmvital:122987
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487095-
dc.descriptionUntuk kajian kualiti perkhidmatan prestasi bas, jurutera akan menggunakan pengiraan manual yang panjang berdasarkan pengalaman dan rujukan panduan. Oleh kerana mengira tahap perkhidmatan mengambil masa yang lama, pendekatan yang lebih anjal diperlukan. Oleh itu satu kajian tentang kualiti perkhidmatan dan cara menilai kualiti perkhidmatan bas dengan lebih effektif diperlukan.Matlamat kajian ini adalah untuk membantu pihak berkuasa dan penguasa bas untuk meyemak secara kendiri prestasi kualiti perkhidmatan bas. Terdapat empat objektif kajian ini dimana yang objektif pertama perlu dikenalpasti ciri-ciri untuk menilai kualiti perkhidmatan bas. Kemudiannya objektif kedua adalah pengumpulan data untuk mengenalpasti prestasi perkhidmatan bas kawasan kajian. Objektif ketiga akan mengenalpasti hubungan antara ciri-ciri kualiti perkhidmatan yang dipilih dengan kualiti perkhidmatan bas secara keseluruhan. Dan akhir sekali objektif keempat kajian ini adalah untuk membangunkan satu prototaip sistem pakar untuk prestasi perkhidmatan bas yang berkualiti (BUS-QOS) sebagai alat untuk mengira tahap perkhidmatan untuk ciri-ciri kajian. BUS-QOS, juga memberi tumpuan kepada sistem penarafan untuk perkhidmatan bas, bergantung pada ciri-ciri kajian. Antara ciri-ciri penilaian kualiti perkhidmatan adalah berdasarkan kepada kekerapan perkhidmatan, tempoh perjalanan, ketepatan masa, lingkungan kawasan, nisbah kepadatan penumpang, dan perbezaan waktu dengan kereta. Lima buah bandar di Lembah Klang Barat telah dipilih sebagai kawasan pengumpulan data. Penilaian keadaan untuk kualiti perkhidmatan untuk setiap ciri adalah berdasarkan analisis data yang diperoleh menggunakan formula yang berbeza untuk setiap ciri yang ada. Pengetahuan ini kemudiannya digunakan untuk rangkaian keputusan dalam bentuk peraturan pengeluaran menggunakan formula untuk setiap ciri. BUS-QOS dibangunkan menggunakan perisian Matlab. Cara biasa pengunaan pengiraan manual perlu diserahkan kepada pakar untuk memberi maklumbalas tentang cadangan dan strategi menyelesaian. Dengan mengunakan BUS-QOS satu rumusan pakar akan diberikan bersama dengan penilaian kualiti. Proses ini menjimatkan masa dari pengiraan manual dan semakan pakar yang mungkin mengambil masa seminggu, tetapi diselesaikan oleh BUS-QOS dalam beberapa minit. Dapatan dari kajian ini telah menyumbang kepada pengetuahuan baru tentang pemilihan ciri-ciri kualiti perkhidmatan yang tepat untuk mengenalpasti kualiti perkhidmatan. Kajian ini juga telah mendapatkan keputusan kualiti perkhidmatan di lima buah bandar seperti berikut; Puchong adalah kualiti perkhidmatan B manakala untuk empat bandar lain Klang, Shah Alam, Subang jaya dan Petaling jaya adalah kualiti perkhidmatan C. Analisis kualitatif kajian ini juga menunjukkan hubungan terus yang positif untuk kelima-lima ciri dan kualiti perkhidmatan bas secara keseluruhan. Di akhir kajian ini menunjukkan bahawa BUS-QOS boleh digunakan untuk membantu pihak-pihak tertentu, seperti jurutera dalam menganalisis tahap perkhidmatan untuk bas. Sistem ini juga telah dinilai oleh pakar-pakar yang terlibat dalam pengurusan bas tentang ciri-ciri dan paparan sistem. Oleh itu, satu sistem pakar telah dibangunkan dan akan dicadangkan kepada pihak berkuasa dan juga pihak operator bas untuk digunakan sebagai alat untuk menilai kualiti perkhidmatan prestasi bas secara kendiri di kawasan kajian dan di Malaysia secara amnya.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengangkutan awam
dc.subjectKualiti
dc.subjectPerkhidmatan
dc.titlePembangunan sistem pakar kualiti perkhidmatan untuk penilaian bas di Lembah Klang Barat, Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages310
dc.identifier.barcode005664(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.