Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487086
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Ts. Dr. | |
dc.contributor.author | Asmawan Mohd Sarman (P63091) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:28:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:28:38Z | - |
dc.date.issued | 2020-05-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:122834 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487086 | - |
dc.description | Rekabentuk unik dan estetika yang tinggi dari binaan kubah telah mendorong penggunaan berterusan struktur ini oleh perekabentuk bangunan sejak dahulu sehingga hari ini. Purata kitaran jangka hayat bangunan biasanya diukur dalam dekad, manakala struktur kubah mampu diukur dalam abad, sebagaimana Hagia Sophia (532) yang masih kekal hingga ke hari ini walaupun telah mengalami pelbagai perubahan fungsi bermula dari sebuah gereja kemudiannya masjid dan terkini sebagai muzium. Namun mampukah binaan kubah bertahan di kawasan bandar persisir pantai didalam iklim tropika seperti di Kota Kinabalu? Justeru, objektif penyelidikan ini adalah untuk menganalisis keadaan fizikal (KF) binaan-binaan kubah pada bangunan masjid, bangunan kerajaan dan bangunan komersil, menganalisis faktor yang mempengaruhi keadaan fizikal bangunan berkubah, menganalisis pengaruh keadaan pengurusan (KU) dan keadaan pasaran (KP) keatas keadaan fizikal kubah serta membangunkan model konsep Indikator Penyenggaraan Keadaan Kubah (IPKK). Kaedah penyelidikan melibatkan kerja ukur lapangan menggunakan Matriks Condition Survey Protocol 1 (CSP1) terhadap KF, soal selidik KU terhadap pentadbiran penyenggaraan dan soal selidik KP terhadap bahan, buruh dan jentera berkaitan penyenggaraan kubah. Sampel penyelidikan adalah 82 binaan kubah daripada 24 bangunan di dalam kawasan Kota Kinabalu Sabah yang berkeluasan 352.2 km2 . Analisis data dijalankan dengan bantuan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil ukur keadaan mendapati sebanyak 984 kecacatan dengan purata kecacatan bagi setiap kubah pula adalah 12 kecacatan direkodkan dari pemeriksaan Matriks CSP1, 24 responden bagi soal selidik keadaan pengurusan dan 18 responden soal selidik keadaan pasaran. Keputusan ujian Analysis of Variances (ANOVA) sehala pada p=0.000, (p<0.05) menunjukkan terdapat pengaruh faktor persekitaran yang signifikan terhadap tahap keadaan fizikal kubah. Faktor jarak dari pantai [p=0.001, p<0.05] dan usia binaan [p=0.028, p<0.05] adalah signifikan dengan keadaan fizikal kubah berbanding faktor-faktor bahan binaan [p=0.068, p>0.05], ketinggian dari aras laut [p=0.512, p>0.05] dan saiz kubah [p=0.810, p>0.05] yang menunjukkan tiada signifikan. Disamping itu, kerosakan yang sering terdapat pada kubah adalah bergantung kepada jenis kemasan dimana keretakan dan tertanggal pada kemasan konkrit, berlumut dan berkarat pada celahan ukiran dan kemasan aluminium bercat serta reput dan pecah pada kemasan gentian polikarbonat. Manakala KU pula, 45.80% adalah nilai tertinggi penyelengaraan kubah dilaksanakan secara kecemasan dan 50% peruntukan penyenggaraan adalah dari sumber kerajaan. Bagi KP, bahan binaan kubah dan kelengkapannya merupakan faktor yang terhad di Kota Kinabalu berbanding buruh dan jentera. IPKK yang dibangunkan bertujuan membantu pemeriksaan keadaan kubah namun hanya terbatas kepada pemeriksaan visual. Sekiranya terdapat masalah yang serius dikesan, analisis yang lebih terpeinci diperlukan, tanpa mengambil kira nilai terakhir dari IPKK. Implikasi praktikal hasil dari penyelidikan ini akan membantu pihak berkepentingan dalam membuat keputusan yang terbaik didalam pengurusan penyenggaraan samada memutuskan untuk membaik pulih, membina semula atau menggantikan terus binaan kubah sedia ada.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Domes -- Sabah | |
dc.subject | Domes -- Maintenance and repair | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan indikator penyelenggaraan keadaan kubah di Kota Kinabalu | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 294 | |
dc.identifier.callno | NA2890.A836 2020 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 005647(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122834+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.