Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487084
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFatihah Suja', Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorWan Nur Fazlina Abdol Jani (P83354)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:28:36Z-
dc.date.available2023-10-11T02:28:36Z-
dc.date.issued2019-09-27-
dc.identifier.otherukmvital:122463-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487084-
dc.descriptionKecanggihan ekonomi yang semakin pesat dan berkembang telah mengakibatkan pengeluaran sisa elektronik (e-sisa) di seluruh dunia meningkat setiap tahun. Teknologi pemulihan e-sisa yang berkesan merupakan aset bernilai kepada masa depan kerana kepekatan logam berharga yang terkandung dalam sumber tersebut boleh menjadi penggerak utama dalam teknologi kitar semula. Walau bagaimanapun, proses pembubaran logam berharga oleh asid kuat serta kimia paling beracun, sianida, menjejaskan persekitaran serta hidupan bumi. Oleh itu, kajian ini tertumpu kepada pemulihan ingot logam, khususnya logam Au dari sumber e-sisa papan litar bercetak (PCB) telefon bimbit melalui kaedah bioluruhlarutan dan bioreduksi. Kajian ini memfokuskan teknologi e-sisa PCB terhadap proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah kelalang goncang dan kaedah tangki teraduk berkelompok (BSTR) oleh bakteria sianogenik Chromobacterium violaceum (C. violaceum), serta kaedah electrowinning. Pertama sekali, proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah kelalang goncang dioptimumkan dengan penggunaan medium kultur serta penambahan nutrien yang berbeza. Medium terbaik kemudian diguna pakai oleh kaedah BSTR yang dikacau sepenuhnya secara konsisten pada keadaan dengan 0.5 Lmin-1 /tanpa kehadiran udara. Hal ini dipercayai dapat menghasilkan pembubaran logam Au (serta logam berharga) pada kepekatan yang lebih tinggi. Seterusnya, dengan objektif meningkatkan prestasi perolehan semula logam berharga terutamanya Au dan Ag, kajian BSTR dimanipulasikan melalui variasi ketumpatan pulpa (% w/v) e-sisa PCB. Pada masa yang sama, kinetik pertumbuhan sel C. violaceum bagi kedua-dua kaedah telah dibandingkan. Hasil efluen logam berharga yang diperoleh dari proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah BSTR kemudiannya melalui proses bio-reduksi kaedah electrowinning. Kaedah electrowinning diguna pakai bagi mendapatkan hasil akhir ingot logam berketulinan tinggi dalam bentuk kristal pepejal (sekaligus mengeluarkan bendasing yang terdapat dalam produk). Proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah kelalang goncang mencapai tahap produksi maksimum; dengan masing-masing membubar sehingga 68.69±1.44%, 3.33±0.23%, 10.53±1.68% 19.14±0.88%, dan 0.04±0.01% (w/w) logam Au, Ag, Cu, Fe dan Zn selepas 9 hari tempoh inkubasi berlangsung. Kehadiran 0.5 Lmin-1 pengudaraan dalam kaedah BSTR bukan sahaja meningkatkan kepekatan oksigen terlarut (DO) dan sianida bebas (CN- ), tetapi turut menaikkan keberhasilan pembubaran ingot logam. Ketumpatan pulpa e-sisa PCB yang tepat melalui proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah BSTR menjadikan kecekapan ingot logam mencapai peratus perolehan yang lebih tinggi. Ketumpatan pulpa pada kepekatan yang berbeza, iaitu 0.5%, 1.0% dan 5.0% (w/v) e-sisa PCB masing-masing berhasil membubar sehingga 59.24±0.00%, 37.99±0.00% dan 12.81±0.00% (w/w) logam Au. Kinetik pertumbuhan sel C. violaceum memperlihatkan Medium D dan ketumpatan pulpa 1.0% (w/v) adalah yang terbaik, masing-masing bagi proses bioluruhlarutan 2-langkah kaedah kelalang goncang dan BSTR. Medium D mencapai Y(X/S) dan Y(P/S) sebanyak 0.3573 dan 0.0368. Kedah BSTR pada ketumpatan pulpa 1.0% (w/v) pula mencapai Y(X/S) dan Y(P/S) sebanyak 0.5570 dan 0.0194. Terakhir, nilai maksimum perolehan pemendapan logam Au, Ag dan Cu yang berjaya dicapai dalam tempoh 12 jam rawatan electrowinning adalah pada ketulinan 97.33%, 81.57% dan 90.35%. Kesimpulannya, kaedah bio-pemulihan logam berharga ke atas e-sisa PCB melalui proses bioluruhlarutan 2-langkah dan electrowinning adalah pilihan yang baik untuk mengekstrak logam berharga dari e-sisa PCB dengan selamat dan berkesan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectElectronic waste-
dc.subjectRefuse and refuse disposal-
dc.subjectMetals-
dc.subjectChromobacterium violaceum-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleBio-pemulihan logam emas dan logam berharga daripada sisa elektronik papan litar bercetak telefon bimbit menggunakan chromobacterium violaceum-
dc.typeTheses-
dc.format.pages235-
dc.identifier.callnoTD799.85.W336 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005415(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122463+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.