Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487073
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Norhishamuddin Wan Rodi (P81560) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:28:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:28:25Z | - |
dc.date.issued | 2019-10-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122010 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487073 | - |
dc.description | Pejabat Binaan Khas (PBK) berfungsi sebagai instrumen pelaburan hartanah langsung dan tidak langsung yang menjana pulangan kewangan melalui peningkatan nilai sewaan. Namun, pendapatan sewaan biasanya terdedah kepada elemen susut nilai. Bangunan-bangunan yang berumur cenderung untuk mengalami kadar susut nilai yang cepat akibat kesan keusangan dan kemerosotan, apabila kurang berfungsi dan menarik kepada penyewa dan pelabur. Pengenalan bangunan hijau yang berkelebihan di dalam aspek pemasaran dan faedah kewangan turut dijangka menyumbang kepada penyusutan nilai sewaan. Oleh itu, kajian ini bermatlamat mengenalpasti faktor-faktor yang berpotensi mempengaruhi penyusutan nilai sewaan terhadap bangunan PBK di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur (SEKL). Objektif utama kajian adalah mengintegrasikan faktor-faktor ini untuk merumuskan satu Model Struktur Susut Nilai Sewaan (MSSN). Untuk tujuan ini, 41 bangunan PBK di sekitar SEKL dipilih sebagai sampel-sampel kajian. Maklumat mengenai nilai sewaan, bangunan, tapak dan klasifikasi hijau disusun daripada pelbagai sumber seperti Laporan Pasaran Harta Tanah 2016, pengurus hartanah, laman sesawang, laporan Suruhanjaya Sekuriti, dan penyenaraian agen hartanah. Untuk menentukan kepentingan dan perkaitan model, kajian menggunakan algoritma MPB-KTS dan prosedur bootstrapping. Hasilnya, model pengukuran menemui indikator-indikator konstruk bangunan dan tapak yang signifikan terhadap susut nilai sewaan. Hasil dapatan menyumbang kepada aspek pengawalan dan pengurusan kesan penyusutan sewaan dengan memberi tumpuan kepada indikator-indikator yang telah dikenalpasti. Tambahan pula, hasil daripada model struktur menunjukkan bahawa Lokasi dan tapak adalah konstruk yang paling signifikan untuk mempengaruhi susut nilai sewaan, diikuti oleh Penampilan dan reka bentuk bangunan, dan Kejuruteraan dan perkhidmatan bangunan. Sebaliknya, Pengkelasan hijau didapati tidak signifikan. Natijahnya, semua indikator dan konstruk utama yang dikenalpasti telah memberikan halangan besar untuk meningkatkan nilai sewaan bangunan PBK lama di SEKL. Oleh itu, indikator-indikator dan konstruk-konstruk tersebut perlu disepadukan ke dalam model MSSN apabila menyiasat hubungan ciri-ciri bangunan dan tapak, terhadap susut nilai sewaan bangunan.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Structural engineering | - |
dc.subject | Sustainable buildings | - |
dc.subject | Lease and rental services | - |
dc.title | Pembangunan model berstruktur susut nilai sewaan bangunan Pejabat Binaan Khas di Kuala Lumpur | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 233 | - |
dc.identifier.callno | TH845.W336 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005533(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122010+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.