Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487072
Title: Sistem nasihat pakar untuk pelaksanaan strategi pengurusan mobiliti pengangkutan aktif dan rekabentuk laluan basikal
Authors: Bibie Sara Salleh (P55903)
Supervisor: Riza Atiq O.K. Rahmat, Dato' Prof. Ir.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Transportation
Roads
Bicycles
Expert systems (Computer science)
Issue Date: 15-Nov-2019
Description: Penggunaan kenderaan persendirian tidak lagi relevan untuk menampung kadar kesesakan jalan raya. Pada ketika ini, penggunaan pengangkutan aktif iaitu berbasikal dan berjalan kaki dilihat sebagai mod pengangkutan sokongan kepada pengangkutan awam. Namun begitu, pemilihan strategi pengurusan mobiliti yang sesuai menjadi tugas yang sukar sehingga memerlukan kepakaran manusia di dalam membuat keputusan. Satu protataip sistem nasihat pakar E-ACTIVETRANS telah dibina bagi membantu jurutera pengangkutan dan jurutera perancang yang baru untuk memilih strategi pengurusan mobiliti bagi pengangkutan. Peraturan asas bagi reka bentuk laluan basikal di kawasan bandar dan subbandar juga dibangunkan berdasarkan peraturan kebiasaan di dalam sistem ini. Pengurusan mobiliti bagi kenderaan aktif dibina berdasarkan lapan modul iaitu pengurangan kesesakan, penjimatan kos jalan dan tempat meletak kenderaan, penjiimatan kos pengguna, strategi keselamatan, pengurangan pencemaran, penjimatan tenaga, faedah pembangunan ekonomi dan komuniti yang sesuai didiami. Sebagai tambahan, objektif utama di dalam pengurusan mobiliti dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bagaimana ianya memberi kesan kepada sesuatu perjalanan: Mempelbagaikan Pilihan Jenis Pengangkutan, Pengurusan Penggunaan Tanah dan Pengurusan Insentif Harga. Perolehan maklumat pengetahuan kepakaran dipersembahkan di dalam bentuk aturan JIKA-KEMUDIAN. Sistem pakar E-ACTIVETRANS mengandungi kepakaran yang diperolehi daripada pelbagai rujukan seperti dokumen reka bentuk, buku, jurnal, ensiklopedia dan laporan teknikal selain daripada maklumat kepakaran dan pengetahuan tersirat daripada kumpulan pakar dan bukan pakar. Pangkalan data E-ACTIVETRANS ini dikodkan menggunakan Microsoft VB.NET versi 2012. Nasihat pakar yang dihasilkan daripada sistem E-ACTIVETRANS sudah disemak, disahkan dan dinilai melalui perbandingan sistem nasihat pakar sedia ada dengan cadangan yang diberikan oleh pakar pengangkutan. Penilaian yang dibuat menunjukkan peratus yang tinggi di mana sebanyak 78.4 peratus perbandingan bersesuaian dengan keputusan yang dibuat oleh pakar di dalam bidang pengangkutan manakala selebihnya hanya 21.6 peratus perbandingan tidak bersesuaian dengan keputusan yang dibuat oleh pakar. Sistem juga dinilai oleh 20 pengguna yang berbeza iaitu daripada individu yang terlibat dalam kejuruteraan jalanraya termasuk pakar kejuruteraan jalanraya, jurutera baru, pengajar akademik dan pakar sistem teknologi maklumat. Nilai min bagi keseluruhan sistem yang menggunakan lima Skala Likert berdasarkan keenam-enam indikator penilaian menunjukkan keputusan yang sangat memuaskan iaitu 4.4, 4.3, 4.4, 4.2, 4.3 dan 4.5. Strategi terbaik untuk dilaksanakan akan disediakan oleh sistem nasihat pakar E-ACTIVETRANS berdasarkan pemilihan objektif utama dan objektif khusus yang dipilih oleh pengguna.,Ph.D.
Pages: 199
Call Number: HE151.B533 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122008+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.