Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487067
Title: | Pengoptimuman penghasilan gula fermentasi daripada Acacia mangium menggunakan campuran multi enzim kulat pereput putih tempatan bagi penghasilan biobutanol |
Authors: | Rafidah Jalil (P77935) |
Supervisor: | Mohd. Sahaid Kalil, Prof. Dr. |
Keywords: | Lignocellulose Enzymatic analysis Mangium Butanol Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Jul-2019 |
Description: | Enzim selulolisis dan xilanolisis adalah penting dalam penguraian bahan lignoselulosa kepada gula fermentasi (FS) melalui hidrolisis berenzim. Secara komersil, FS dihasilkan dengan menggunakan multi enzim (ME) daripada kulat tunggal. Kekurangan keaktifan enzim tertentu dalam kulat tunggal menyebabkan hasil FS yang rendah diperolehi. Campuran ME (CMER) pelbagai kulat dapat mewujudkan kesan sinergi yang dapat meningkatkan hasil FS. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan FS menggunakan CMER kulat pereput putih (WRF) tempatan bagi penghasilan biobutanol. Pengoptimuman keaktifan enzim setiap WRF dilakukan menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM). CMER optimum dikaji untuk menentukan keberkesanannya terhadap peningkatan hasil FS berbanding ME kulat tunggal. FS ini digunakan untuk penghasilan biobutanol menggunakan bakteria setempat Clostridium acetobutylicum YM1. Dalam kajian ini, tiga jenis WRF telah dipilih untuk menghasilkan CMER iaitu Pycnoporus sanguineus (PS), Trametes menziesii (TM) dan Lentinus similis (LS) yang ditumbuhkan di atas dua medium agar berbeza iaitu agar kentang dektrosa (PDA) dan agar ekstrak malt (MEA). Keadaan kultur benih (KB) bagi setiap WRF turut dikaji. Pengoptimuman penghasilan enzim semua WRF telah dijalankan dengan menggunakan RSM. Penyaringan faktor yang paling signifikan dijalankan terlebih dahulu dengan menggunakan Rekabentuk Plackett Burman (PBD) diikuti dengan RSM menggunakan Rekabentuk Komposit Berpusat (CCD). CMER untuk keaktifan enzim tertinggi setiap WRF ditentukan dengan menggunakan Rekabentuk Simplex Lattice (SLD). CMER ini digunakan untuk pengoptimuman penghasilan FS daripada A. mangium yang telah di rawat dengan alkali pada keadaan optimum (70 °C, 3 jam dan 5.5% w/v sodium hidroksida) dengan menggunakan RSM. Bagi penghasilan biobutanol, FS (15 g/L) digunakan untukpenghasilan BioABE (bioaseton, biobutanol, bioetanol) oleh C. acetobutylicum YM1 melalui proses fermentasi BioABE (30 °C, 84 jam, pH 4.5, 5.00% v/v inokulum). Maka didapati, kesemua WRF tumbuh lebih baik di atas PDA berbanding MEA. KB adalah berbeza untuk WRF berbeza di mana LS menghasilkan enzim CMCase dan xilanase tertinggi (4.16 U/mL; 6.01 U/mL) masing-masing. Bagi pengoptimuman enzim setiap WRF, didapati keaktifan enzim CMCase dan xilanase tertinggi dicapai oleh TM (4.45 U/mL) dan LS (5.59 U/mL) masing-masing. Manakala, CMER terbaik telah di capai pada nisbah campuran 50% PS, 28% TM dan 22% LS dengan keaktifan enzim 4.56 U/mL (CMCase), 4.97 U/mL (Avicelase), 0.05 U/mL (β-glukosidase) dan 5.77 U/mL (xilanase). FS yang dihasilkan menggunakan CMER ialah 7.63 g/L yang diperolehi pada keadaan optimum (43.74 °C, 27.60 jam, 111.81 rpm, 4.28% v/v CMER dan 10.00% w/v A. mangium). Sebanyak 4.20 g/L biobutanol dengan 6.85 g/L BioABE telah dihasilkan dengan menggunakan FS ini. Ini menunjukkan bahawa FS daripada A. mangium berpotensi tinggi untuk dijadikan sumber karbon bagi penghasilan biobutanol dengan menggunakan CMER yang dihasilkan secara setempat oleh WRF tempatan.,Ph.D |
Pages: | 305 |
Call Number: | TP248.65.L54R335 2019 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121938+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.