Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487059
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohd Faizal Wan Mahmood, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFadzli Ibrahim (P77936)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:28:12Z-
dc.date.available2023-10-11T02:28:12Z-
dc.date.issued2018-04-12-
dc.identifier.otherukmvital:121779-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487059-
dc.descriptionPembentukan partikel jelaga akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap dalam enjin diesel pencucuhan mampatan bukan hanya membahayakan kesihatan manusia akibat pencemaran udara, malah memberi kesan penurunan prestasi enjin dan degradasi kepada minyak enjin. Bagi mengatasi masalah ini, kajian lebih mendalam tentang pembentukan, pergerakan dan taburan partikel jelaga di dalam silinder enjin adalah amat penting untuk dilaksanakan. Objektif pertama kajian ini ialah untuk membangunkan teknik pensampelan jelaga bagi mendapatkan taburan saiz dan jisim jelaga daripada enjin diesel sebagai penentusahan kepada keputusan simulasi berkomputer. Objektif kedua ialah untuk mendapatkan taburan saiz dan jisim partikel jelaga melalui kaedah simulasi berkomputer dengan menggunakan model jelaga yang telah dipilih dan disahkan dengan keputusan eksperimen. Objektif ketiga ialah untuk mengenalpasti taburan jelaga, ketumpatan bilangan dan jisim spesis pembentukan jelaga melalui kaedah simulasi berkomputer dengan menggunakan model jelaga yang sama. Objektif terakhir adalah untuk membangunkan dan mengaplikasikan algoritma termoforesis dan teknik interpolasi Fungsi Asas Jejari (RBF) bagi meningkatkan ketepatan rutin penjejakan partikel jelaga dengan pengaturcaraan Matlab. Kajian ini dilaksanakan menggunakan enjin Yanmar TF90M pada kelajuan enjin tetap iaitu 1600 r.p.m dan dilakukan pada tiga keadaan operasi enjin yang berbeza iaitu pada beban 40%, 20% dan 0% daripada keseluruhan beban enjin 10 kW. Bahan api yang digunakan di dalam eksperimen ialah jenis diesel Euro5M, manakala bahan api pengganti yang digunakan di dalam simulasi ialah spesis n-heptana. Untuk mendapatkan taburan saiz dan jisim partikel jelaga secara bereksperimen, teknik pensampelan termoforesis secara manual dibangunkan menggunakan grid mikroskop elektron transmisi (TEM) dan pengukuran kelegapan digunakan pada saluran ekzos. Kaedah simulasi berkomputer pula telah mengaplikasikan perisian CONVERGE v2.2 dengan model jelaga mimik saiz zarahan (PSM) untuk mendapatkan taburan saiz dan jisim jelaga di dalam silinder enjin. Keputusan daripada simulasi tersebut dibandingkan dan disahkan dengan keputusan eksperimen. Kemudian, keputusan simulasi digambarkan secara tiga dimensi (3D) menggunakan perisian pasca-pemprosesan dan data-data dinamik bendalir komputeran (CFD) diekstrak bagi tujuan pembangunan program penjejakan partikel jelaga menggunakan kod pengaturcaraan yang dibina sendiri. Faktor termoforesis dimasukkan ke dalam program penjejakan bersama dengan ramalan pergerakan partikel menggunakan teknik Runge-Kutta tertib keempat (RK4) dan interpolasi parameter pula menggunakan teknik RBF. Analisis taburan partikel jelaga melalui simulasi telah memberikan keputusan yang sebanding dengan nilai yang diperolehi melalui eksperimen apabila menunjukkan corak taburan yang hampir sama iaitu dalam julat saiz 11-30 nm. Pengukuran jisim jelaga secara bereksperimen pula memberikan nilai jisim dalam julat 1.43 × 10-9 kg ke 1.66 × 10-8 kg, berbanding jumlah jisim jelaga melalui simulasi dengan perbezaan yang kecil iaitu sekitar 5-13% sahaja. Manakala program penjejakan partikel jelaga telah menunjukkan terdapatnya perbezaan dari segi evolusi dan taburan saiz serta garis laluan pergerakan partikel dengan dan tanpa faktor termoforesis, sekaligus membuktikan faktor termoforesis memainkan peranan dalam mempengaruhi sifat dan kelakuan partikel jelaga dalam silinder enjin. Secara umumnya, kombinasi teknik interpolasi RBF dan ramalan pergerakan partikel dengan faktor termoforesis telah berjaya dimanfaatkan untuk mendapatkan keputusan evolusi dan taburan saiz serta trajektori pergerakan partikel jelaga yang lebih tepat dalam silinder enjin.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDiesel motor -- Cylinders-
dc.subjectSoot -- Measurement-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian evolusi dan taburan saiz partikel jelaga di dalam silinder enjin diesel melalui kaedah simulasi dan eksperimen-
dc.typeTheses-
dc.format.pages246-
dc.identifier.callnoTJ798.5.F334 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005486(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121779+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.