Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487051
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorngainy Mohd. Tawil, Prof. Madya Sr. Dr.-
dc.contributor.authorAzalillah Ramdani Musa (P65736)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:28:05Z-
dc.date.available2023-10-11T02:28:05Z-
dc.date.issued2018-08-29-
dc.identifier.otherukmvital:121160-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487051-
dc.descriptionPerumahan memainkan peranan yang penting di dalam kesejahteraan rakyat. Namun cabaran utama di dalam pemilikan rumah adalah harga rumah yang semakin melonjak naik terutamanya dikawasan bandar dan sekitaranya. Hakikatnya masalah ketidakmampuan pemilikan rumah lebih kritikal dialami adalah golongan berpendapatan sederhana terutamanya eksekutif muda. Ini kerana syarat kelayakkan untuk membeli rumah kos rendah hendaklah berpendapatan kurang daripada RM2,000 tetapi tiada rumah jenis kos sederhana yang ditawarkan pada harga mampu milik. Walaupun terdapat program dan skim telah dilancarkan seperti PR1MA tetapi harga rumah yang di tawarkan tidak dapat membantu golongan ini, kerana harga rumah yang ditawarkan adalah sehingga mencecah RM400,000 iaitu diluar kemampuan golongan eksekutif muda. Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan konsep pelan bolehsuai sebagai strategi altenatif kepada perumahan mampu milik untuk golongan eksekutif muda. Kaedah penyelidikan kombinasi, kaedah kualitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan maklumat mengenai isu dan masalah kemampuan pemilikan rumah dan rekabentuk rumah mampu milik yang terdapat di negara ini serta rekabentuk dan konsep rumah bolehsuai yang terdapat diluar negara. Manakala kaedah kuantitatif adalah kajian soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada 500 orang responden yang terdiri daripada golongan eksekutif muda. Kaedah ini adalah untuk mengenalpasti senario sebenar tentang isu dan masalah kemampuan pemilikan perumahan dan untuk mendapatkan persepsi dan penerimaan responden mengenai rumah pelan bolehsuai serta kriteria pemilihan untuk membeli sesebuah rumah. Hasil penemuan dianalisis menggunakan analisis deskriptif, analisis korelasi, analisis perbandingan dan analisis teknik pelbagai sifat (MAVT). Nilai Cronbach's Alpha bagi 7 item penerimaan kriteria konsep rumah pelan bolehsuai ialah 0.976 iaitu melebihi 0.80. Ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi soalan mengenai penerimaan kriteria konsep rumah pelan bolehsuai adalah baik. Hasil analisis mengenai status kediaman responden didapati 83.3% masih tinggal bersama keluarga dan menyewa ini menunjukkan mereka masih tidak mampu memiliki kediaman sendiri. Analisis mengenai ciri fizikal rumah yang diingini mendapati rekabentuk yang selamat dan mematuhi peraturan (min=4.48), harga rumah yang mampu milik (min=4.45). Manakala untuk ciri-ciri dalaman yang menjadi pilihan adalah ruang dalaman yang luas (min=4.45), mudah diubahsuai mengikut konsep (min=4.33) dan dinding dalam yang menarik (min=4.25). Seterusnya kerangka konsep dibangunkan hasil daripada kriteria konsep ini dan diaplikasikan kepada rekabentuk dan manual perlaksanaan pembinaan konsep rumah pelan bolehsuai. Konsep rumah bolehsuai adalah konsep rumah asas (1 bilik tidur, 1 ruang tamu, dapur dan tandas) sahaja, pemilik boleh menambah ruang atau bilik sehingga ketingkat dua tanpa menganggu struktur utama bangunan berdasarkan kepada manual atau pelan pengubahsuaian yang telah disediakan mengikut keperluan dan tahap kemampuan kewangan semasa. Analisis soal selidik mengenai penerimaan konsep pelan lantai bolehsuai mendapati responden berminat membeli rumah dengan saiz yang bersesuaian (min=4.27). Kesimpulannya kajian ini dijalankan adalah untuk mencadangkan konsep dan rekabentuk pelan bolehsuai dapat diaplikasikan sebagai salah satu jenis perumahan mampu milik untuk golongan muda eksekutif bagi menyelesaikan masalah ketidakmampuan pemilikan rumah kediaman di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHousing -- Planning-
dc.subjectLow-income housing -- Malaysia-
dc.subjectDwellings -- Design and construction -- Cost effectiveness-
dc.subjectHouse construction -- Cost effectiveness-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan rekabentuk rumah mampu milik untuk golongan muda : penerapan konsep pelan lantai bolehsuai-
dc.typeTheses-
dc.format.pages396-
dc.identifier.callnoHD7287.A995 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005460(2021)PL2-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
41.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.