Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487049
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosdiadee Nordin, Prof. Madya Ir. Dr.
dc.contributor.authorNoor Shahida Mohd Kasim (P68080)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:28:03Z-
dc.date.available2023-10-11T02:28:03Z-
dc.date.issued2018-05-18
dc.identifier.otherukmvital:121158
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487049-
dc.descriptionDalam sistem tanpa wayar, Gangguan Antara Sel (ICI) merupakan faktor utama yang membatas keseluruhan kapasiti rangkaian, liputan dalam kawasan perkhidmatan dan jaminan Kualiti Perkhidmatan (QoS) kepada pengguna. Rangkaian BerbilangMasukan Berbilang-Keluaran (NetMIMO), ataupun antena berganda merupakan teknik yang boleh meningkatkan prestasi sistem komunikasi tanpa wayar dengan mengurangkan kesan ICI. Penggunaan Semula Frekuensi Pecahan Dinamik (Dynamic Fractional Frequency Reuse; DFFR) adalah teknik mengurangkan ICI untuk sistem Evolusi Jangka Panjang-Termaju (LTE-Advanced), yang meningkatkan celusan disamping memastikan keadilan, terutamanya bagi pengguna di hujung sel (CEUs). Penggabungan DFFR dengan NetMIMO telah membuka peluang bagi pencapaian prestasi celusan dalam LTE-A. Walaubagaimanapun, kaedah pengurusan gangguan DFFR tidak menawarkan liputan dan celusan memuaskan. Oleh itu, algoritma peruntukan kuasa iaitu Algoritma Pengisian Air (Water-Filling; WF) telah diguna pakai ke dalam kaedah DFFR dan NetMIMO untuk mengurangkan ICI terutamanya pada pengguna hujung sel dalam sistem LTE-A. Walaubagaimanapun, algoritma WF tertumpu kepada kekangan kuasa dan paras air tunggal, dan tidak memenuhi sistem kapasiti untuk pengguna selular. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan dua algoritma peruntukan kuasa, iaitu Penambahbaikan Pengisian Air (Improved Water-Filling; IWF) dan Penambahbaikan Pengisian Air Berkompleksiti Rendah (Low-Complexity IWF; LC-IWF). Algoritma IWF didapati mampu meningkatkan kapasiti keseluruhan sistem, berbanding dengan WF melalui kaedah Lagrangian dengan pelbagai kekangan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengoptimuman yang rumit apabila NetMIMO menjadi semakin besar. Selain itu, algoritma LC-IWF merupakan penambahbaikan kepada algoritma IWF yang bertujuan untuk mengurangkan kerumitan pengiraan dengan mengeluarkan pendarab Lagrange dan paras air. Dengan menggunakan konfigurasi 4 dan 8 antena berganda, keputusan menunjukkan bahawa algoritma IWF meningkatkan celusan sebanyak 42%, indeks keadilan sehingga 25% dan pengurangan kuasa penghantaran di Nod B Evolusi sebanyak 41%, berbanding dengan algoritma WF. Algoritma LC-IWF turut meningkatkan kawasan liputan sebanyak 77% (berbanding WF) & 33% (berbanding IWF) dan kerumitan pengiraan dikurangkan kepada 56% (berbanding WF) & 26% (berbanding IWF). Penggunaan kuasa di eNB dan pengguna terminal terus berkembang sejajar dengan pertumbuhan pengguna yang pesat. Dengan penggunaan kuasa yang tinggi, terdapat keperluan segera untuk mengurangkan penggunaan ini dan dengan itu meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian tanpa wayar. Maka, analisis lanjut telah dijalankan berhubung dengan pelaksanaan MIMO agam (Massive MIMO) (bilangan saiz antena sehingga 200) dengan sasaran untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan kecekapan spektrum dengan menggunakan algoritma peruntukan kuasa berbeza. Keputusan menunjukkan bahawa dengan menggunakan algoritma LC-IWF, kecekapan tenaga dan kecekapan spektrum meningkat kepada 50% dan 40% berbanding dengan algoritma IWF. Algoritma peruntukan kuasa dicadangkan dalam kajian ini dapat meningkatkan prestasi pemancaran tanpa wayar berasaskan antena berganda termaju dan boleh dilanjutkan kepada rangkaian tanpa wayar 5G masa hadapan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectMIMO systems
dc.subjectWireless communication systems
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAlgoritma peruntukan kuasa pengisian air tertingkat di dalam rangkaian berbilang keluaran
dc.typeTheses
dc.format.pages147
dc.identifier.callnoTK5103.4836.N646 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode005458(2021)PL2
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.