Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487040
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che-Ani, Prof. Madya Sr. Dr.-
dc.contributor.authorElis Mardzianah Mazlan (P63092)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:55Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:55Z-
dc.date.issued2019-02-08-
dc.identifier.otherukmvital:121018-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487040-
dc.descriptionPenilaian terhadap kualiti bangunan masjid terapung adalah langkah yang penting dan perlu dijadikan amalan bagi memastikan persekitaran masjid yang disediakan menepati piawaian dan memberi keselesaan kepada pengunjung masjid. Masjid merupakan antara aset perlancongan negara yang sangat berharga dan terdapat di segenap pelusuk tanahair. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria penilaian keadaan bangunan masjid terapung, membangunkan model konsep penilaian keadaan bangunan masjid terapung dan membangunkan indeks penilaian keadaan bangunan masjid terapung di Semenanjung Malaysia. Kaedah penyelidikan melibatkan kerja ukur kondisi bangunan masjid terapung dan soal selidik terhadap pihak pengurusan masjid terapung. Sebanyak lima (5) buah masjid terapung telah dipilih bagi kajian ini iaitu dua (2) buah di Terengganu, sebuah di Perlis, sebuah di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Melaka. Pemilihan sampel masjid terapung dilakukan berdasarkan kepada lokasi tapak pembinaan bangunan dan usia bangunan ditetapkan sebagai parameter pemilihan. Kerja ukur kondisi bangunan masjid terapung dijalankan berdasarkan kaedah penilaian Matriks Condition Survey Protocol (CSP1). Kerja-kerja pemeriksaan yang dijalankan terhad kepada ruang-ruang yang boleh diakses secara selamat. Analisa data dijalankan berdasarkan format laporan Matriks CSP1 dengan bantuan perisian Komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kerja ukur kondisi bangunan masjid terapung mendapati pengkadaran keseluruhan bagi masjid-masjid yang diperiksa ialah 8.61 iaitu berada pada tahap yang sederhana. Analisis yang dijalankan terhadap lima (5) buah masjid terapung mendapati bahawa sebanyak 536 bilangan kerosakan bangunan dapat dikesan manakala markah keseluruhan terkumpul adalah 4,616. Kecacatan bangunan yang banyak dikesan adalah pada bangunan masjid yang berusia di antara 5 hingga 10 tahun. Antara kecacatan yang paling tinggi adalah kecacatan pada kemasan dinding dan siling. Hasil soal selidik menunjukkan halangan utama bagi menjalankan kerja pemeriksaan bangunan adalah kekurangan tenaga mahir dan tiada pekerja yang sesuai. Selain itu, perkaitan teori semakin tinggi usia bangunan semakin banyak kerosakan yang berlaku menunjukkan bahawa kedua-duanya tidak berkaitan. Setiap masjid terapung ini mempunyai penyenggaraan yang berbeza-beza dengan jumlah peruntukan yang juga berbeza-beza. Indikator penilaian ini dapat digunakan oleh pihak masjid terapung dengan mengambilkira keadaan bangunan dan respon pengurusan penyenggaraan dan aspek pemeriksaan masjid terapung. Kebolehpercayaan data kerja ukur kondisi dibuat melalui analisis regresi logistik dan soal selidik melalui ANOVA. Indikator ini dapat digunakan oleh pihak masjid dalam membuat rumusan holistik terhadap keadaan semasa bangunan masjid terapung mereka, dengan mengambil kira keadaan bangunan dan respon pengurusan masjid.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectBuilding inspection-
dc.subjectBuildings -- Maintenance-
dc.subjectMosques -- Malaysia-
dc.titleIndikator pengukuran keadaan bangunan masjid terapung di Semenanjung Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages188-
dc.identifier.callnoTH439.E565 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005450(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121018+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.