Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487037
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norhamidi Muhamad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Khairul Fadzly Md Radzi (P68149) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:27:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:27:53Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121013 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487037 | - |
dc.description | Pembangunan komponen kenderaan berasaskan bahan sintetik dan logam, telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran kepada ekosistem alam. Ciri sesetengah bahan sintetik dan logam yang tidak terdegradasi, serta penglibatan aktiviti pemprosesan yang tidak terkawal telah menyebabkan berlakunya pembebasan gas karbon dioksida, CO2 secara berlebihan. Tambahan pula, kelemahan tahap kecekapan sesebuah kenderaan dalam penggunaan bahan petroleum turut menyumbang kepada peningkatan kadar pencemaran. Keadaan ini telah mendorong kebanyakan negara maju untuk mengaplikasikan komposit berasaskan gentian semula jadi sebagai komponen dalaman dan luaran kenderaan yang lebih mesra alam, serta menjimatkan kos pemprosesan. Namun, penghasilan komponen automotif tersebut masih belum diterokai sepenuhnya disebabkan oleh beberapa masalah dan kekangan yang berlaku semasa pemprosesan. Antaranya melibatkan kelemahan ketahanan fizikal gentian semula jadi terhadap faktor lembapan dan perubahan suhu persekitaran. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kebolehprosesan komposit polipropilena berpengisi gentian kenaf (kenaf/PP) yang dihasilkan melalui teknik pengacuanan suntikan. Bahan komposit utama di dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada matriks polipropilena dan pengisi kenaf jenis kulit dan teras. Pengisi kenaf yang berlainan saiz dengan penambahan berat bebanan sebanyak 10 % hingga 40 %, telah dicampur mengikut nisbah komposisi tertentu melalui kaedah pencampuran berkelompok. Hasil pencampuran menunjukkan bahan suapan komposit kenaf/PP telah berjaya diadun dengan homogen sehingga mencapai bebanan 40 % berat pengisi, pada penetapan suhu pencampuran 190 °C, kelajuan pencampuran 45 rpm, dan masa pencampuran 25 minit. Sementara itu, analisis penentuan sifat kebolehaliran yang telah dilaksanakan melalui ujian reologi merekodkan nilai kelikatan bahan suapan komposit semakin berkurang apabila berlakunya peningkatan nilai kadar ricih. Keadaan ini telah menghasilkan ciri aliran pseudoplastik, dengan nilai kelikatan bahan suapan komposit kenaf/PP berada pada julat 10.60 Pa.s hingga 305.00 Pa.s, dan nilai kadar ricih antara julat 296 s-1 hingga 9729 s-1 . Berpandukan keputusan analisis reologi ini, bahan suapan komposit kenaf/PP berkebolehan diacu suntik pada julat suhu suntikan 190 °C hingga 210 °C, tekanan suntikan 1200 bar hingga 1400 bar, tekanan pegangan 1800 bar hingga 2000 bar, dan kadar suntikan 18 cm3 /s hingga 20 cm3 /s. Keputusan merekodkan, kombinasi bahan suapan yang terdiri daripada 30 % berat pengisi kenaf (kulit dan teras) dengan 70 % berat matriks PP merupakan komposisi campuran yang berjaya menghasilkan komposit yang memiliki ciri kekuatan mekanik dan ketahanan fizikal yang tinggi. Selain itu, pengoptimuman parameter penyuntikan melalui kaedah Taguchi pula merekodkan nilai aras parameter yang optimum adalah diyakini pada suhu suntikan 190 °C, tekanan suntikan 1300 bar, tekanan pegangan 1900 bar, dan kadar suntikan 20 cm3 /s. Tambahan, keputusan analsis simulasi Autodesk Moldflow menunjukkan kesan daripada penggunaan kombinasi parameter yang telah dioptimumkan tersebut berjaya menghasilkan sampel komposit kenaf/PP yang bebas daripada sebarang pembentukan kecacatan pengacuanan. Secara kesimpulannya, komposit kenaf/PP berkeupayaan untuk diacu suntik sebagai bahan komposit polimer termaju. Ianya juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai bahan alternatif dalam menghasilkan komponen automotif yang lebih mampan, serta setanding dengan komposit berasaskan bahan sintetik yang lain.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Composite materials | - |
dc.subject | Kenaf | - |
dc.subject | Polypropylene | - |
dc.subject | Molding materials | - |
dc.title | Proses pengacuanan suntikan komposit polipropilena berpengisi kenaf | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 236 | - |
dc.identifier.callno | TA418.9.C6M8355 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005445(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121013+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 8.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.