Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487020
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Nizam Ab. Rahman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRosmaizura Mohd Zain (P64450)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:39Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:39Z-
dc.date.issued2019-05-05-
dc.identifier.otherukmvital:120935-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487020-
dc.descriptionPerniagaan yang dinamik pada masa kini, memerlukan penggunaan kontena sebagai medium utama di antara pihak depoh, pelanggan, pelabuhan dan kapal bagi penghantaran barangan melalui laut. ODD merupakan pihak berkepentingan dalam rantaian bekalan yang berfungsi untuk menyimpan kontena kosong, manakala trak juga mewakili fungsi utama dalam sistem. Sehingga kini, terdapat masalah yang sering berlaku di ODD; seperti pemandu terpaksa menunggu lama untuk mengambil dan menghantar kontena kosong. Permasalahan timbul apabila trak tidak dapat bergerak di luar pintu terminal; peralatan pengendalian tidak berfungsi; jumlah trak yang banyak pada waktu puncak, atau apabila sebarang masalah operasi berlaku. Maka, ketidakcekapan yang disebabkan oleh 'kesesakan' mengakibatkan giliran trak yang panjang, kitaran masa keseluruhan yang lama, terjejasnya masa pusing balik kenderaan dan masa tinggal operasi kontena yang berlanjutan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti praktis pergerakan trak kontena kosong di depoh luar Pelabuhan Klang, Malaysia; menentukan faktor-faktor kesesakan serta membangunkan model pengurusan rantaian bekalan untuk permasalahan kesesakan depoh luar pelabuhan sebagai prosedur yang berpotensi untuk mencapai penambahbaikan, dan membangunkan model simulasi 3D untuk memberi kesedaran dan pendedahan terhadap masalah kesesakan di ODD. Kaedah kualitatif telah dilaksanakan melalui pendekatan temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul maklumat dengan lebih mendalam. Penyelidik telah menjalankan temu bual secara bersemuka dengan 30 orang responden daripada pelbagai syarikat rantaian bekalan kontena. Akhirnya, kajian kes telah dijalankan di empat buah syarikat ODD terpilih bagi memahami fenomena dan aliran operasi kontena selanjutnya. Setelah menganalisis dan menginterpretasi transkrip responden, lima faktor penting kesesakan telah dikenal pasti iaitu sikap pekerja, aliran maklumat, pengendalian operasi, pemantauan logistik kontena serta kemudahan asas dan sistem penyelesaian masalah. Berdasarkan faktor tersebut, 'pengendalian operasi' berkaitan dengan depoh kontena merupakan halangan terbesar pergerakan trak kontena. Hakikatnya, terdapat juga subfaktor yang menjadi halangan terhadap pergerakan pantas kontena kosong. Nilai Fleiss Kappa iaitu 0.8203, telah menunjukkan kesahan yang tinggi terhadap keputusan kajian kualitatif. Selain itu, faktor dan subfaktor daripada analisis verbatim telah dibangunkan satu model baharu demi memperolehi fahaman yang lebih baik mengenai hubungan rantaian masalah kesesakan. Dapatan kajian ini telah melalui kesahan dari aspek kejelasan dan praktikaliti untuk ODD Malaysia oleh pakar melalui teknik Delphi. Tambahan lagi, dapatan kajian kes melalui purata masa pergerakan trak kontena di ODD menunjukkan bahawa syarikat A dan B adalah lebih lancar, berbanding dengan syarikat C dan D yang lebih cenderung kepada permasalahan kesesakan. Dalam kajian ini juga, model simulasi 3D yang dibangunkan berjaya mewakili situasi sebenar operasi trak kontena di ODD. Berdasarkan keputusan analisis setiap model simulasi, syarikat C dan D dengan purata masa pergerakan trak melebihi 45 minit adalah paling bermasalah dalam konteks kesesakan berbanding dengan syarikat A dan B. Keadaan ini jelas membuktikan prestasi pergerakan trak di ODD masih perlu ditambah baik pada masa akan datang. Kesimpulannya, model rantaian masalah kesesakan bekalan dan model simulasi 3D yang dibangunkan dalam kajian ini berjaya menyumbang pengetahuan yang bernilai untuk para akademik dan pihak berkepentingan dalam bidang pergerakan kontena.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBusiness logistics-
dc.subjectMaterials management-
dc.subjectContainers-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan model pengurusan rantaian bekalan untuk permasalahan kesesakan depoh luar pelabuhan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages390-
dc.identifier.callnoHD38.5.R637 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005409(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120935+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
6.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.