Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487018
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaliah Md Jahim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAbdullah Amru Indera Luthfi (P83805)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:37Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:37Z-
dc.date.issued2019-04-04-
dc.identifier.otherukmvital:120928-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487018-
dc.descriptionAsid suksinik telah disintesis secara kimia dari sumber berasaskan fosil sejak pertengahan abad kedua puluh. Walau bagaimanapun, apabila permintaan global terhadap asid suksinik kian meningkat, sumber terhad dan berlaku ketidakstabilan ekonomi terhadap bahan mentah terbitan petroleum telah mendorong kepada pemanfaatan sisa agro-industri bagi penghasilan asid suksinik yang mampan. Pelepah sawit (OPF), dalam hal ini, berupaya menjadi bahan mentah fermentasi yang berpotensi disebabkan jumlah kandungan karbohidratnya yang tinggi (65.5% berdasarkan berat kering). Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan potensi fermentasi asid suksinik secara selanjar daripada hampas OPF menggunakan Actinobacillus succinogenes 130Z jenis liar. A. succinogenes tersebut diimobil melalui sistem yang sesuai yang dibangunkan dalam kajian ini. Seterusnya, bagi memudahkan tindakbalas berenzim dan pencernaan mikroorganisma yang efisien terhadap lignoselulosa, kaedah pra-rawatan dengan menggabungkan natrium hidroksida dan autohidrolisis diperlukan untuk mengolah struktur intrinsik hampas OPF yang utuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa pra-rawatan tersebut dapat menyingkirkan kandungan lignin dan asetil masing-masing sebanyak 28% dan 71%. Hidrolisis berenzim terhadap hampas OPF telah dijalankan di dalam 0.05 M larutan penimbal sitrat (pH 4.8) menggunakan dua jenis enzim komersial iaitu, Cellic® CTec2 (selulase) dan Cellic® HTec2 (hemiselulase). Kesan pelbagai nisbah campuran selulase:hemiselulase (C:H) keatas hasil perolehan gula fermentasi telah dinilai berdasarkan 6% muatan glukan. Justeru, hidrolisis berenzim terhadap hampas OPF terawat dengan nisbah (C:H) 4:1 telah menghasilkan jumlah perolehan gula sebanyak 50.3 g daripada 100 g hampas OPF mentah yang terdiri daripada glukosa dan xilosa. Keupayaan fermentasi dengan menggunakan hidrolisat hampas OPF telah diuji oleh A. succinogenes di dalam 100 mL botol serum. Fermentasi sesekumpul ini dijalankan pada 37ºC dan pH 6.5 dengan 60 g/L jumlah gula hidrolisat. Penghasilan maksimum asid suksinik tahap ini adalah sebanyak 36.6 g/L iaitu bersamaan dengan perolehan sebanyak 0.7 g asid suksinik/g gula hidrolisat OPF. Seterusnya, strategi imobilisasi sel melibatkan bahan komersial yang murah dicadangkan bagi meningkatkan pengeluaran asid suksinik. Karbon teraktif tempurung kelapa (CSAC) dibandingkan dengan kieselguhr, kerikil tanah liat, karbon teraktif arang batu (CAC) dan vermiculite untuk menilai potensi penggunaannya sebagai medium imobilisasi dalam penghasilan asid suksinik. Didapati, hampir kesemua gula lignoselulosa telah ditukarkan kepada asid suksinik oleh A. succinogenes terimobil pada CSAC dalam fermentasi sesekumpul berulang (sebanyak 5 kitaran dalam tempoh 180 j), dengan purata 44.1 g/L kepekatan asid suksinik dan 1.3 g/L.j produktiviti. Sistem fermentasi selanjar kemudiannya dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti asid suksinik. Fermentasi terimobil selanjar dengan A. succinogenes telah diuji di dalam 3.6 L bioreaktor pada pelbagai muatan karbohidrat (40-85 g/L) dan kadar pencairan (0.03-0.6/j). Didapati bahawa produktiviti maksima asid suksinik iaitu 6.6 g/L.j telah berjaya dicapai pada 60 g/L muatan karbohidrat dan 0.4/j kadar pencairan. Maka, sistem sel imobilisasi selanjar boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran asid suksinik, justeru mengurangkan masalah berkaitan dengan pelupusan OPF di Malaysia dengan memanfaatkan penggunaannya kepada penghasilan bahan berharga asid suksinik.,Ph.D.,CONTINUOUS SUCCINIC ACID PRODUCTION FROM OIL PALM FROND BAGASSE USING IMMOBILISED Actinobacillus succinogenes-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSuccinic acid-
dc.subjectOil palm-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan asid suksinik selanjar dari hampas pelepah sawit oleh Actinobacillus succinogenes terimobil-
dc.typeTheses-
dc.format.pages213-
dc.identifier.callnoQD305.A2A233 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005402(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120928+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.