Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487012
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahrir Abdullah, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorKhairil Faizi Mustafa (P60200)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:32Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:32Z-
dc.date.issued2019-05-31-
dc.identifier.otherukmvital:120823-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487012-
dc.descriptionSistem kuasa terpacu pembakaran termoelektrik (TE) dan termofotovoltan (TPV) berpotensi untuk menukarkan tenaga terma kepada tenaga elektrik dan dilihat sebagai alternatif kepada sistem penjanaan kuasa berasaskan pembakaran. Penyelidikan dalam sistem kuasa nyalaan bahan api cecair TE dan TPV adalah lebih ditekankan berbanding bahan api gas kerana kelebihan dalam aspek ketumpatan tenaga yang tinggi. Namun begitu, kajian-kajian ini adalah lebih tertumpu kepada bahan api berkemeruapan tinggi yang beroperasi pada julat nisbah setara bahan api-udara yang terhad. Tambahan pula, prestasi dan ciri-ciri pembakaran pembakar kurang diberi penekanan walaupun sistemsistem ini melibatkan persepaduan dua peranti. Objektif utama dalam kajian ini ialah mereka bentuk dan membangunkan sistem kuasa terpacu pembakaran TE dan TPV. Kedua-dua sistem dilengkapi dengan media berliang alumina yang digabungkan ke dalam pembakar dan beroperasi dengan beberapa adunan bahan api cecair. Empat jenis adunan kerosinminyak masak sayuran (VCO) berasaskan jisim telah disediakan dan diuji: 100% kerosin (100 kerosin), 90/10% kerosinVCO (90/10 KVCO), 75/25% kerosinVCO (75/25 KVCO) dan 50/50% kerosinVCO (50/50 KVCO). Konsep baharu bekalan bahan api cecair suapan-graviti dengan penyerakan pada permukaan media berliang telah diguna pakai. Ciri-ciri sistem kuasa TE dan TPV yang beroperasi dengan keempat-empat adunan bahan api ini ditentukan berdasarkan analisis kesan nisbah setara bahan api-udara ke atas prestasi dan ciri-ciri pembakaran sistem kuasa TE dan TPV. Julat nisbah setara bahan api-udara disempadani oleh campuran kaya terangkat-lepas dan campuran ultra kurang tiup-keluar. Kedua-dua sistem kuasa TE dan TPV telah mencapai pembakaran yang stabil pada julat nisbah setara bahan api-udara yang besar. Suhu permukaan media berliang untuk kedua-dua sistem TE dan TPV adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di dalam pembakar dan pada keluaran pembakar. Kecekapan terma untuk kedua-dua sistem TE dan TPV adalah maksimum apabila nisbah setara bahan api-udara menghampiri stoikiometri. Untuk sistem TE, kecekapan terma maksimum untuk adunan bahan api 50/50 KVCO ialah 31.2% berbanding dengan 30.3% untuk 100 kerosin. Sebaliknya, untuk sistem TPV, kecekapan terma maksimum untuk 100 kerosin ialah 31.5% berbanding dengan 30.5% yang dicatatkan oleh 90/10 KVCO. Kecekapan elektrik maksimum untuk sistem TE ialah 1.94% (50/50 KVCO) berbanding dengan 1.03% (50/50 KVCO) untuk sistem TPV. Ciri-ciri elektrik dan ciri-ciri pembakaran untuk kedua-dua sistem amat dipengaruhi oleh nisbah setara bahan api-udara. Paras emisi karbon monoksida dan nitrogen oksida turut dipengaruhi oleh nisbah setara bahan api-udara, walaupun paras emisi ini tidak begitu sensitif terhadap perubahan kandungan VCO di dalam adunan bahan api. Keputusan-keputusan yang diperoleh dalam kajian ini menunjukkan bahawa pembakaran yang stabil telah berjaya dicapai dalam julat nisbah bahan api-udara yang besar. Sistem yang dibangunkan dan beroperasi dengan adunan bahan api boleh diperbaharui ini amat berpotensi untuk memenuhi keperluan tenaga dan meringankan impak bahan cemar yang dihasilkan daripada sistem kuasa terpacu pembakaran.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectThermoelectricity-
dc.subjectPhotovoltaic power system-
dc.subjectPower plants-
dc.subjectFuel-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSistem kuasa termoelektrik dan termofotovoltan menggunakan pembakar berliang nyalaan bahan api cecair-
dc.typeTheses-
dc.format.pages203-
dc.identifier.callnoTK1071.K483 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005390(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120823+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
5.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.