Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487008
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Fauzi Mohd Zain, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNurul Noraziemah Mohd Pauzi (P84173)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:29Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:29Z-
dc.date.issued2019-07-31-
dc.identifier.otherukmvital:120696-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487008-
dc.descriptionPengurusan dan kitar semula sisa kaca tiub sinar katod (CRT) adalah merupakan cabaran alam sekitar utama di seluruh dunia, berikutan peningkatan penjanaan sisa dan kandungan bahan kimia berbahaya iaitu plumbum (Pb). Oleh itu, antara cara dalam menguruskan sisa kaca CRT ini adalah dengan menggunakannya sebagai sebahagian bahan pembinaan. Kaca CRT yang mengandungi unsur silika yang tinggi dan tahap penyerapan air yang rendah adalah sesuai untuk dijadikan sebagai agregat dan bahan pozzolan. Namun begitu, terdapat beberapa risiko utama yang dihadapi iaitu kadar larut lesap Pb yang tinggi, pengembangan mortar akibat daripada tindak balas alkali-silika (ASR), dan penurunan kekuatan mekanikal. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk menyiasat pengaruh dua jenis produk sisa kaca CRT iaitu kaca guli (GS) dan kaca hancur (GC) yang bertindak sebagai agregat kasar dalam penghasilan konkrit kekuatan tinggi (K-CRT). GS telah dihasilkan melalui proses peleburan, penyepuhlindapan, dan penyejukan komponen corong kaca CRT. Manakala, GC pula dihasilkan dengan cara menghancurkan corong kaca CRT. Dalam kajian ini, ciri-ciri fizikal, mekanikal dan kimia bahan GS dan GC telah dikenalpasti. Selain itu, kadar larut lesap Pb oleh bahan GS, GC, dan sampel K-CRT telah ditentukan melalui prosedur ciri ketoksikan larut-lesap (TCLP). Di samping itu, reaktiviti alkali-silika bagi sampel-sampel K-CRT ditentukan berdasarkan perubahan panjang konkrit prisma setelah ianya dicampurkan dengan natrium hidroksida (NaOH) dan diawet dalam suhu 38 °C selama satu tahun. Kebolehkerjaan, kekuatan mekanikal, dan ketahanlasakan sampel-sampel K-CRT juga turut dikenalpasti. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan rekabentuk bancuhan K-CRT yang optimum (nisbah air/pengikat ialah 0.31, 60% GS dan 40% GC, 10% wasap silika (SF), 2% super-pemplastikan (SP)) telah dapat mencapai kekuatan mampatan K-CRT yang paling tinggi, iaitu 64 MPa dengan hanya 12% kurang daripada kekuatan tertinggi kawalan. Sementara itu, kadar larut lesap Pb oleh bahan GS, GC, dan K-CRT didapati lebih rendah daripada had yang dibenarkan (0.550mg/L<5 mg/L). Ini telah menunjukkan yang penggunaan GS dan GC tidak memberikan sebarang risiko larut lesap Pb yang berbahaya kepada alam sekitar. Imej mikrostruktur K-CRT menunjukkan kehadiran gel ASR dalam retakan-mikro partikel GC, dan ini menyebabkan konkrit mengembang 0.048% dalam tempoh satu tahun, lebih tinggi 20% daripada had yang dibenarkan (0.04%). Kajian ini telah membangunkan rangka kerja Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) mengenai penggunaan sisa berbahaya kaca CRT sebagai agregat dalam penghasilan konkrit dan mortar. Ia telah digunakan sebagai panduan asas untuk melaksanakan projek berkaitan di masa akan datang.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGlass waste-
dc.subjectCathode ray tubes-
dc.subjectGlass waste -- Recycling-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKonkrit kekuatan tinggi dengan sisa kaca tiub sinar katod sebagai agregat kasar-
dc.typeTheses-
dc.format.pages296-
dc.identifier.callnoTP859.7.N836 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005378(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120696+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
742.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.