Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486994
Title: | Pembangunan model spatial untuk penilaian dan penentuan kesesuaian penjanaan tenaga ombak di Malaysia |
Authors: | Khairul Nizam Abdul Maulud (P52884) |
Supervisor: | Othman A. Karim, Prof. Dato' Ir. Dr. |
Keywords: | Ocean energy resources Electric power production Ocean wave power -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Apr-2014 |
Description: | Tenaga boleh baharu merupakan antara komponen terpenting di dalam kelestarian pembangunan sumber tenaga di sesebuah negara kerana kurang memberikan kesan dan impak kepada alam sekitar. Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memelihara alam sekitar dan mempelopori tenaga mesra alam bagi tujuan penawaran sumber tenaga alternatif. Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad diberi tanggungjawab untuk meneroka bidang tenaga boleh baharu. Dijangkakan sebanyak 11 244 GWj dapat dijana pada tahun 2020 berbanding sekitar 2000 GWj sekarang. Tenaga boleh baharu seperti tenaga ombak merupakan tenaga yang mudah diperolehi secara berulang kali di dalam satu keadaan persekitaran yang mesra alam. Proses pemilihan lokasi tenaga ombak yang optimum merupakan satu proses yang kompleks kerana mempunyai banyak kekangan. Kajian ini membuktikan keupayaan model Sistem Maklumat Geografi (GIS) di dalam menentukan kawasan yang berpotensi menjana tenaga ombak. Model spatial sepadu direka bentuk bagi mempercepatkan proses pengenalpastian lokasi yang berpotensi. Analisis penentuan teknik interpolasi tenaga ombak berdasarkan kepada 16 titik sampel menunjukkan teknik NNI (Natural Neighbour Interpolation) bersesuaian untuk digunakan. Teknik NNI memberikan ketepatan 99.99% dan pekali korelasi 0.99998. Kajian melibatkan proses penyediaan data, penentuan teknik interpolasi, analisis permodelan spatial, topengan kawasan kajian dan analisis perbandingan. Potensi penjanaan tenaga tahunan menunjukkan setiap enam tahun, nilai tenaga ombak yang mampu dijana adalah tinggi dan nilai perbezaan dengan tahun sebelumnya adalah sekitar 9 hingga 12 peratus. Kawasan kedalaman 100 meter hingga 150 meter mempunyai indeks potensi kuasa yang besar untuk menjana tenaga ombak. Kadar purata keseluruhan tenaga yang mampu dijana di perairan Malaysia adalah sekitar 4.5 kW/m. Perairan Kelantan, Terengganu , Pahang dan Sarawak merupakan kawasan yang mampu menjana tenaga dengan konsisten dan mempunyai kadar tiupan angin yang signifikan. Kadar purata tenaga yang mampu dijana di laut cetek adalah 4.6 kW/m. Kawasan yang mampu menjana tenaga yang baik berdasarkan empat analisis yang signifikan adalah di sekitar Pulau Nyirih dan Pulau Tenggol di Terengganu dan laut dalam di Sarawak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 225 |
Call Number: | TC147.K484 2014 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120379+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.