Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486990
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Marzuki Mustafa, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorSlamet Riyadi (P44146)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:27:17Z-
dc.date.available2023-10-11T02:27:17Z-
dc.date.issued2012-06-07-
dc.identifier.otherukmvital:120356-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486990-
dc.descriptionSerangan jantung yang disebabkan oleh penyakit jantung koronari adalah punca utama kematian di serata dunia. Kebiasaannya penyakit ini dikenal pasti awal oleh doktor melalui pemerhatian ketaknormalan gerakan jantung menggunakan sistem pemprosesan imej ultrabunyi. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kualiti imej ultrabunyi yang rendah, adanya kesukaran dalam memeriksa imej video dan ditambah pula gerakan jantung yang sangat kompleks, doktor menghadapi kesukaran untuk melaksanakan diagnosis ketaknormalan gerakan jantung. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan profil gerakan jantung bagi membantu diagnosis ketaknormalan jantung. Perlaksanaan pembangunan kaedah untuk menghasilkan profil gerakan jantung melibatkan tiga langkah penting, iaitu peningkatan imej ekokardiografi, pengesanan gerakan jantung dan penyarian sifat gerakan jantung bagi membangunkan profil gerakan jantung. Untuk langkah peningkatan imej ekokardiografi teknik baru yang dicadangkan ialah penuras quasi Gaussian jelmaan kosinus diskrit (QGDCT). Manakala, untuk pengesanan gerakan jantung, pengubahsuaian vektor aliran optik dengan penuras dan pekali ambang telah dicadang. Seterusnya, langkah penyarian sifat untuk menghasilkan profil gerakan jantung telah mengkaji tiga pendekatan berikut iaitu 1) pendekatan profil gerakan segmen endokardium, 2) pendekatan profil gerakan berasaskan arah jejari berpemberat dan 3) pendekatan profil gerakan berasaskan capahan. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan penuras QGDCT telah memberikan keputusan lebih baik berbanding keputusan penuras sedia ada seperti penuras purata, penengah, Frost dan Gaussian. Manakala, pengubahsuaian vektor aliran optik yang dicadangkan telah menghasilkan vektor aliran yang lebih jitu jika dibandingkan dengan kaedah Horn-Schunck, Lukas-Kanade dan Brox sedia ada. Seterusnya, profil gerakan jantung yang dihasilkan telah diuji oleh penilai untuk membantu diagnosis ketaknormalan melalui pengelasan anjakan dan arah gerakan segmen. Ujian menghasilkan keputusan kejituan yang lebih baik berbanding penilaian tanpa menggunakan profil. Pengesahan menggunakan kaedah statistik turut menyokong keberkesanan profil dalam membantu penilaian gerakan dengan darjah persetujuan baik. Kesimpulannya, penyelidikan ini telah berjaya menghasilkan profil gerakan jantung berasaskan kaedah aliran optik yang mampu membantu diagnosis ketaknormalan jantung.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDiagnostic imaging -- Digital techniques-
dc.subjectElectrocardiography-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectElectronics in cardiology-
dc.subjectHeart-- Imaging-
dc.subjectBiomedical engineering-
dc.subjectDiagnostic imaging -- Methods-
dc.subjectDiagnostic imaging -- Mathematics-
dc.subjectImage Processing-
dc.subjectComputer-Assisted-
dc.subjectFlows (differentiable dynamical systems)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleProfil gerakan jantung berasaskan aliran optik-
dc.typeTheses-
dc.format.pages172-
dc.identifier.callnoRC78.7.D53R539 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode005324(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120356+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.