Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486979
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Sabri (P30602) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:27:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:27:10Z | - |
dc.date.issued | 2012-04-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120190 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486979 | - |
dc.description | Pengurangan kebisingan tayar boleh menambah keselesaan di persekitaran jalan dan berkait rapat dengan kualiti hidup. Kawalan kebisingan tayar menjadi lebih penting jika ingin mendapatkan keselesaan yang lebih tinggi dalam kenderaan. Untuk mencapai matlamat ini perlu difahami dengan lebih mendalam mekanisme penjanaan dan punca bising tayar. Keinginan untuk mengawal kebisingan telah memacu penyelidikan yang meluas terhadap mekanisme penjanaan bunyi tayar, dengan tujuan untuk mengurangkan bunyi tayar daripada puncanya. Usaha tersebut masih belum memberikan pengetahuan yang meyakinkan untuk menaksir pancaran bising dari struktur tayar melalui ujikaji dengan kos tinggi ketika merancang tayar baru. Oleh itu penyelidikan lanjutan perlu dilaksanakan untuk mendapatkan punca bunyi tayar yang lebih pasti. Tesis ini bertujuan untuk membina model akustik tayar dengan memberi perhatian utama pada mekanisme penjanaan pancaran bunyi yang dipengaruhi getaran akibat perubahan bentuk struktur dan susunan bahan pada jalur frekuensi tertentu. Model tersebut boleh memberikan ciri-ciri mekanisme rambatan gelombang yang dihasilkan oleh lenturan akibat beban paksi, kilasan dan sentuhan tapak-jalan yang dikenal pasti sebagai punca bunyi tayar. Kajian ini juga mencirikan getaran tayar yang menjadi punca penggandingan mekanisme penjana dan pancaran bising tayar. Perubahan bentuk gelombang disekeliling tayar menunjukkan kekakuan setempat menentukan mekanisme penjanaan bunyi seperti kekasaran permukaan dan geseran. Untuk menyelidik tahap bunyi bising tayar model berangka telah digunakan. Model dengan kaedah unsur terhingga (FEM) bercirikan matrik ringkas telah dibangunkan dan digunakan dalam kajian tesis ini, dan berjaya mengurangkan masa. FEM yang dibangunkan ini juga untuk menentukan nilai eigen dan ragam eigen yang merupakan ragam asas daripada tayar. Kaedah berangka yang dikemukakan menjelaskan terdapat dua fenomena penjana bising iaitu rambatan dan pancaran gelombang bunyi. Rambatan bunyi dimodelkan dengan kaedah unsur tak terhingga (IFEM) dan pancaran bunyi dimodelkan dengan kaedah unsur sempadan (BEM). Lapisan nipis sempadan dibangunkan sebagai antaramuka peralihan getaran struktur tayar ke dalam model penjanaan bunyi jejaring bahantara akustik IFEM. Model FEM ini mampu mengenal pasti susunan bahan yang bersesuaian dengan tayar sebenar untuk analisis terperinci penjanaan getaran dan struktur tayar yang menjadi punca penjanaan bunyi dalam struktur keseluruhan tayar. Nilai eigen dan ragam eigen yang diperoleh daripada simulasi FE merupakan ragam asas yang mencirikan pola getaran struktur tayar berasaskan sesaran kemudian beralih menjadi daya permukaan dan pancaran tekanan akustik di udara. Kaedah unsur sempadan memberikan penyelesaian berangka dengan memperoleh rentang penyelesaian yang tepat terhadap persamaan gelombang Helmholtz. Persamaan gelombang Helmholtz memandu rambatan, pantulan dan penyerakan gelombang akustik dalam kawasan homogen. Kaedah lapisan nipis sempadan ini belum pernah digunakan oleh mana mana penyelidik sebelum ini. Hasil simulasi di dalam tesis ini menunjukkan bahawa bunyi tinggi berlaku pada frekuensi antara 250 - 260 Hz mencapai 62.3 dB. Hasil kajian ini telah dibuktikan sesuai dengan hasil kajian penyelidikan terdahulu, oleh itu adalah dianggap boleh diterima.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Boundary element methods | - |
dc.subject | Tire/pavement noise | - |
dc.subject | Tires -- Design | - |
dc.subject | Finite element method | - |
dc.subject | Traffic noise | - |
dc.subject | Tires | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Simulasi akustik tayar menggunakan kaedah unsur tak terhingga dan sempadan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 314 | - |
dc.identifier.callno | TL270.M838 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004079(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120190+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 330 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.