Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486978
Title: Ciri kejuruteraan rawatan kapur nano ke atas tanah baki
Authors: Panbarasi Govindasamy (P74234)
Supervisor: Mohd Raihan Taha, Prof. Dr.
Keywords: Engineering geology
Residual materials (Geology)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2017
Description: Penstabilan kimia melibatkan penggunaan bahan tambah kimia untuk meningkatkan ciri fizikal tanah. Bahan tambah yang sering digunakan ialah simen, kapur dan bitumen, di mana kapur adalah yang paling biasa digunakan. Penstabilan lempung dengan kapur telah menunjukkan bahawa jumlah kapur yang kecil mampu meningkatkan kebolehkerjaannya. Jumlah kapur yang lebih besar dan masa yang lama pula diperlukan untuk meningkatkan kekuatannya yang dianggap sebagai rawatan jangka panjang. Pada masa kini, teknologi nano amat banyak digunakan dalam kajian geoteknikal untuk mencipta bahan baru dengan ciri yang unik dan untuk menghasilkan produk baru yang lebih baik untuk pelbagai aplikasi. Oleh kerana dimensi yang lebih kecil, zarah nano mempunyai luas permukaan yang sangat tinggi dan bertindak balas dengan lebih aktif dengan zarah lain dalam matriks tanah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengesahkan keberkesanan bahan tambah nano kapur sebagai penstabil lempung. Kapur dan nano kapur telah dipilih sebagai bahan tambah untuk menyiasat kesan kepada beberapa sifat geoteknik lempung. Kandungan air yang berbeza iaitu 16, 18, 20 dan 22% telah digunakan untuk menyediakan sampel tanah yang diuji. Tanah itu kemudian dicampur dengan bahan tambah sebanyak 0.2 sehingga 5.0%. Keputusan menunjukkan bahawa peratusan nano kapur yang rendah membawa kepada evolusi ketara dalam kekuatan mampatan tak terkurung walaupun selepas pengawetan selama 28 hari, di mana 0.5% nano kapur mencapai 528kN/m2 berbanding dengan 5% kapur yang mencapai 484kN/m2. Di samping itu, nano kapur menghasilkan pengurangan ketara dalam keplastikan tanah. Peningkatan tinggi dalam keputusan pemadatan tanah juga telah dicapai dengan nano kapur berbanding dengan kapur. Ujian analisis pH, XRF, XRD, EDX, FESEM dan FTIR telah dijalankan untuk mencirikan mekanisma penambahbaikan. Keputusan ujian pH mendapati bahawa pH lempung asal berubah daripada 4.07 (julat berasid) kepada 7.85 dan 12.47 masing-masing untuk dos 1.0% kapur dan nano kapur. Dalam mekanisma penstabilan tanah yang dirawat, unsur Ca+2 menyebabkan penggumpalan dan penyatuan zarah tanah yang menggantikan zarah lempung yang bercas negatif. Tindak balas kimia antara kalsium oksida dengan silika terhidrat dalam mineral tanah menghasilkan kalsium silikat terhidrat (CSH), di mana morfologi gel ini boleh dikesan menerusi ujian FESEM. Keputusan XRD dan EDX menyokong dapatan bahawa tindak balas kimia di dalam tanah yang dirawat meningkatkan sifat-sifat tanah. Jumlah nano kapur yang sangat kecil mampu menghasilkan kesan yang luar biasa kepada ciri lempung.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 209
Call Number: TA709.5.P443 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
592.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.