Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486939
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Baba Md. Deros, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Darliana Mohamad (P65747) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:45Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117900 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486939 | - |
dc.description | Postur pemandu adalah salah satu faktor yang perlu dititikberatkan dalam memastikan keselesaan pemandu dan mengelakkan kemalangan jalanraya dan kecederaan. Manakala, kelesuan mempunyai hubungkait yang kuat dengan keselesaan postur dan ia menyumbang 15.7% daripada jumlah kemalangan jalanraya di Malaysia. Kelesuan boleh mengurangkan tumpuan dan prestasi pemandu kereta serta meningkatkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya. Untuk mengenalpasti keselesaan pemandu, pengkaji-pengkaji terdahulu telah menggunakan dua kaedah: pertama, penilaian subjektif yang melibatkan persepsi individu dengan menggunakan skala Likert 5 mata dan skala analog visual (VAS); dan kedua, pengukuran objektif yang mengumpulkan data melalui eksperimen. Kajian ini menggabungkan faktor penilaian subjektif dan pengukuran objektif bagi memastikan data yang diperolehi lebih jitu dan efektif. Oleh itu, tesis ini bertujuan untuk membangunkan satu model linear bagi menggambarkan hubungan di antara persepsi keselesaan pemanduan iaitu penilaian subjektif dan kontraksi otot iaitu pengukuran objektif bagi nilai sudut postur pemanduan yang paling selesa dan optimum kepada pemandu. Alat sEMG digunakan semasa menjalankan pengukuran objektif ke atas 14 orang responden. Pengkaji telah menggunakan alat sEMG untuk menilai aktiviti otot bahagian atas badan iaitu Biseps Brakii (BB), Deltoid Anterior (DA) dan Trapezious Atas (TU) yang terlibat semasa mengawal stereng kereta. Ia melibatkan tiga parameter postur pemanduan mengikut sudut bahu dan sudut siku yang telah ditetapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai peningkatan positif otot BB apabila melakukan pusingan stereng ke kanan. Manakala otot DA dan TU mengalami kontraksi otot yang berlawanan dengan tindakan memusing stereng, di mana kontraksi otot kanan DA lebih tinggi apabila pemandu memusing stereng ke kiri. Otot BB menunjukkan nilai kontraksi otot yang meningkat seiring dengan peningkatan sudut lenturan siku; manakala, otot DA dan TU juga menunjukkan peningkatan nilai kontraksi selari dengan peningkatan sudut abduksi bahu. Dapatan keputusan menunjukkan postur B dengan keadaan sudut bahu pada 36° dan sudut siku pada 134° adalah kedudukan postur yang paling selesa bagi pemanduan kereta serta nilai kontraksi otot yang paling rendah iaitu 15.67μV (BB), 19.31μV (DA) dan 12.36μV (TU) berbanding dengan dua postur lain yang diukur. Satu model regresi linear telah dibangunkan bagi menunjukkan kesan dan akibat di antara penilaian subjektif untuk tahap keselesaan dan pengukuran objektif untuk nilai RMS otot ketika memandu kereta bersamaan dengan 55.858 + 1.384 (RMS otot) mm dalam μV. Model regresi menunjukkan hanya otot DA sahaja yang signifikan untuk mempengaruhi tahap keselesaan responden. Model regresi linear yang dibangunkan ini akan dapat membantu penyelidik dan pengeluar kenderaan bagi membangunkan ruang tempat duduk pemandu kenderaan yang lebih selesa dan sesuai.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Human engineering | - |
dc.subject | Motor vehicles -- Design -- Human factors | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Model regresi linear hubungan persepsi keselesaan pemanduan dan kontraksi otot semasa pengawalan stereng kereta | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 295 | - |
dc.identifier.callno | TA166.D343 2018 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004010(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117900+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.