Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486937
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mimi Diyana Wan Zaki, Dr.
dc.contributor.authorNur Badariah Ahmad Mustafa (P80276)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:26:44Z-
dc.date.available2023-10-11T02:26:44Z-
dc.date.issued2018-08-21
dc.identifier.otherukmvital:117898
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486937-
dc.descriptionRetinopati Diabetes (DR) adalah penyakit yang berpunca daripada komplikasi penyakit diabetes berpanjangan yang boleh membawa kepada kerosakan saluran darah pada retina. Pada masa kini hubungan antara kekerintingan salur darah dan DR adalah tidak jelas kerana ia masih berada pada peringkat awal penyelidikan. Walau bagaimanapun, kaedah kualitatif yang digunakan bagi menilai kekerintingan rangkaian salur darah adalah subjektif dan kurang tepat untuk menggambarkan perkaitannya dengan DR. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan kekerintingan salur darah dengan DR pada imej fundus digital yang telah diruaskan menggunakan kaedah cadangan peruasan. Kajian ini melibatkan 99 imej fundus digital terdiri daripada imej normal, DR dan penyakit okular lain yang diperoleh dari pangkalan data atas talian DRIVE, STARE dan HRF. Pengesanan rangkaian salur darah berasaskan fitur kekerintingan yang dibangunkan merangkumi tiga modul pemprosesan utama iaitu pra-pemprosesan, peruasan dan pengesanan kekerintingan salur darah. Dalam modul pra-pemprosesan, ketidakkonsistenan nilai keamatan pada latar belakang retina diseimbangkan melalui proses penghomogenan dan penghalusan latar belakang retina. Proses ini melibatkan penggabungan operasi penapis purata, Gaussian dan median. Selanjutnya, kaedah penjumlahan transformasi Top-Hat pula digunakan bagi meningkatkan keamatan rangkaian salur darah daripada latar belakangnya. Imej kemudiannya diruas untuk menyari rangkaian salur darah dari latar belakangnya menggunakan kaedah penambahbaikan Pengesan Garis Pelbagai Skala (PGPS). Akhir sekali, kekerintingan salur darah diukur menggunakan teknik yang dicadangkan dikenali sebagai penambahbaikan fungsi lengkuk, 𝐼𝑙,π‘šπ‘œπ‘‘π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ . Indeks kekerintingan, πΌπ‘˜ iaitu nisbah antara 𝐼𝑙 dan nilai ambang kuadran, π‘π΄π‘˜ telah diperkenalkan untuk menentukan kehadiran kekerintingan pada setiap kuadran dan disahkan dengan pengesahsahihan oleh dua pakar klinikal. Kemudiannya, indeks prestasi teknik πΌπ‘˜,π‘šπ‘œπ‘‘π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ dibandingkan dengan kajian terdahulu iaitu teknik tidak linear, πΌπ‘˜,𝑛𝑙 dan teknik berasaskan identiti trigonometri, πΌπ‘˜,π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ. Modul peruasan salur darah diuji pada imej fundus dari pangkalan data DRIVE, STARE dan HRF dan ia memberi nilai kejituan yang terbaik iaitu 95.83%, 95.03% dan 94.09%, berbanding kajian terdahulu. Kemudian, kekerintingan salur darah diukur pada kesemua imej yang telah diruas di mana purata pretasi kejituan yang terbaik diperoleh melalui πΌπ‘˜,π‘šπ‘œπ‘‘π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ iaitu 77.05% berbanding πΌπ‘˜,𝑛𝑙 (75.17%) dan πΌπ‘˜,π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ (69.09%). Namun begitu, pengujian yang dibuat ke atas imej DR memberi purata kejituan yang terbaik iaitu 90.70% melalui πΌπ‘˜,π‘šπ‘œπ‘‘π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘”π‘œ. Keputusan ini menunjukkan hubung kait yang agak kuat antara fitur kekerintingan salur darah dengan kehadiran DR pada imej fundus yang dikaji. Kesimpulannya, ukuran kekerintingan salur darah dapat dicadangkan sebagai salah satu fitur tambahan dalam pengesanan kehadiran penyakit DR pada pesakit diabetes. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang bagi memantapkan kejituan proses penyaringan penyakit DR.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectRetina -- Blood-vessels
dc.subjectDiabetic Retinopathy
dc.subjectRetina -- Diseases
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengesanan rangkaian salur darah berasaskan fitur kekerintingan imej fundus digital
dc.typeTheses
dc.format.pages195
dc.identifier.callnoRE551.N847 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode004008(2019)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117898+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.