Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486931
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Marzuki Mustafa, Prof. Dr. Ir.-
dc.contributor.authorSuzaimah Ramli-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:26:40Z-
dc.date.available2023-10-11T02:26:40Z-
dc.date.issued2011-
dc.identifier.otherukmvital:114843-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486931-
dc.descriptionPlastik adalah antara bahan sisa pepejal yang tidak boleh dilupuskan secara uraian biologi dan tanpa amalan kitar semula, penggunaan plastik dalam jangkamasa panjang boleh mendatangkan masalah pelupusan sisa pepejal yang turut melibatkan masalah kawasan pembuangan sampah. Di Malaysia sisa pepejal plastik yang paling popular adalah botol-botol plastik yang datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Melakukan proses kitar semula bahan buangan seperti botol plastik secara besar-besaran bukanlah suatu perkara yang mudah kerana masalah-masalah seperti kepelbagaian jenis bahan plastik yang digunakan untuk membuatnya. Sebelum proses kitar semula, botol-botol plastik perlu diasingkan mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya. Kesilapan pengasingan botol plastik boleh mendedahkan plastik kepada kaedah rawatan termal yang boleh mengarah kepada perlepasan gas hydroklorik yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Di Malaysia, aktiviti pengasingan kitar semula dilakukan secara manual dan ini menghadkan kapasiti botol plastik yang boleh dikitar semula. Justeru, satu kaedah pengasingan automatik pintar diperlukan untuk menggantikan sistem manual ini. Maka, penyelidikan ini akan memfokus ke arah pembangunan kaedah pengecaman botol plastik secara automatik yang berasaskan teknologi penglihatan komputer. Objektif utama kajian ini adalah membina kaedah pengecaman yang melibatkan tiga modul utama iaitu modul persediaan awal, modul analisa dan sarian vektor sifat dan modul pengesahan dan pengujian. Skop kajian dihadkan kepada masalah pengelasan binari iaitu mengelaskan botol plastik samada dari jenis bahan PET atau BUKAN-PET. PET adalah singkatan untuk Polyethylene Terephthalate manakala BUKAN-PET adalah singkatan untuk gabungan botol selain jenis PET iaitu High Density Polyethylene (HDPE) dan Vinyl Polyvinyl Chloride (PVC) dan lain-lain. Modul persediaan awal dibangunkan untuk menangani masalah kepelbagaian keadaan pencahayaan, bentuk objek, warna dan orientasi objek. Modul analisa dan sarian vektor sifat pula diperlukan untuk mendapatkan vektor sifat yang unik, cekap lagi tegar dan kemudiannya digunakan sebagai input kepada modul pengesahan dan pengujian. Seterusnya, modul pengesahan dan pengujian akan melibatkan penggunaan alat pengelas rangkaian neural tiruan (RNT) serta pengelas pembeza lelurus (LD) digunakan untuk menguji dan menentukan perwakilan sifat vektor terbaik yang boleh menghasilkan keputusan pengelasan yang jitu. Bentuk serta maklumat warna tekstur botol plastik khususnya lutsinar dan legap merupakan vektor sifat yang disari. Dengan itu, tiga algoritma sarian vektor sifat dipertimbangkan iaitu algoritma kod rantaian dan algoritma hakisan separa berasaskan bentuk manakala algoritma berasaskan warna tekstur pula adalah algoritma analisa warna tekstur silau. Sejumlah 500 sampel imej botol plastik digunakan untuk tujuan pengujian dan pengesahan. Selain itu, pelakuran sifat turut dilaksanakan ke atas vektor sifat tersari untuk meningkatkan keputusan pengelasan. Dapatan kajian menunjukkan peratus ketepatan pengelasan mencapai lebih 80% bagi kedua-dua pengelas LD dan RNT apabila sifat vektor tunggal digunakan. Bagaimanapun, keputusan yang lebih baik (>90%) diperhatikan apabila pelakuran sifat dilakukan dan hasilnya, digunakan sebagai input pengelas LD dan RNT. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai fokus dan objektifnya iaitu ke arah membangunkan kaedah pengecaman dan pengelasan automatik menggunakan teknologi penglihatan komputer.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPlastic bottles -- Recycling-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan kaedah sarian sifat botol plastik berasaskan bentuk dan warna tekstur untuk tujuan pengelasan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages153-
dc.identifier.callnoTD798.S859 2011 3 tesis-
dc.identifier.barcode002450(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
668.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.