Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486912
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahrum Abdullah, Prof. Ir. Dr.
dc.contributor.authorNajihah Md Zain @ Abdul Rahman (P79529)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:26:30Z-
dc.date.available2023-10-11T02:26:30Z-
dc.date.issued2018-05-29
dc.identifier.otherukmvital:101397
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486912-
dc.descriptionKajian ini membentangkan penilaian penembusan panel berlapis keluli-aluminium di bawah hentaman balistik menerusi penghasilan model penembusan bagi panel berlapis. Kebanyakan model kedalaman penembusan sedia ada mengambil kira penembusan projektil terhadap panel monolitik dirangkumi oleh bahan yang sama sahaja. Namun begitu, penilaian kegagalan panel berlapis adalah berbeza dengan panel monolitik yang mempunyai ketebalan yang sama kerana setiap bahan dalam setiap lapisan mempunyai kadar rintangan penembusan yang berbeza. Fenomena ini disebabkan oleh pengurangan halaju projektil yang berbeza bagi setiap lapisan dan juga kadar kebolehserapan tenaga yang berbeza bagi setiap bahan panel sasaran yang mana berupaya menghasilkan rintangan penembusan yang lebih tinggi untuk hentaman projektil pada panel berlapis. Model kedalaman penembusan bagi panel monolitik tidak lagi sesuai digunakan untuk meramal kedalaman penembusan bagi panel berlapis. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mencirikan kelakuan panel berlapis lamina keluli-aluminium dan menentukan model penembusan bagi panel tersebut untuk meramal kedalaman penembusan terhasil dari hentaman balistik. Dalam kajian ini, pencirian kelakuan panel berlapis akibat hentaman balistik projektil berdiameter 7.62-mm berteras keluli terkeras (APM2) pada kelajuan 900 m/s hingga 950 m/s berasaskan kepada data yang diperoleh daripada analisis unsur terhingga. Model unsur terhingga terlebih dahulu ditentusahkan dengan keputusan ujikaji balistik bagi projektil jenis kon dan projektil berdiameter 7.62-mm berkelongsong keluli penuh (FMJ). Model halaju had balistik Recht-Ipson dibangunkan bagi pelbagai kombinasi ketebalan lapisan untuk menentukan ketebalan lapisan yang terbaik bagi menahan projektil 7.62-mm APM2. Kelakuan panel berlapis tersebut digunakan untuk menentukan ciri parametrik bagi keupayaan serapan tenaga, kedalaman penembusan dan kegagalan akhir panel dan projektil. Parameter ini digunakan dalam pengiraan kadar penembusan setiap bahan untuk digabungkan bersama persamaan kedalaman penembusan dalam penilaian kegagalan panel berlapis. Penentusahan model kedalamaan penembusan menggunakan model had halaju balistik yang dibangunkan melalui analisis kolerasi dan analisis kebarangkalian. Berdasarkan kepada tujuh halaju projektil terpilih, kedalaman penembusan dengan ketepatan purata 90% dijana dan had halaju balistik berbanding nilai terjana melalui model Recht-Ipson mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dengan nilai R2 sebanyak 0.92. Berdasarkan kepada analisis kebarangkalian yang dijalankan, taburan data daripada model integrasi penembusan, didapati semua data penembusan berada dalam julat berdasarkan tahap keyakinan 95% dengan pekali penentu R2 dan r melebihi 0.90. Hasil yang diperolehi menunjukkan kegagalan panel berlapis dapat diramalkan dengan tepat dengan menggunakan kaedah pengiraan kedalaman penembusan dan ini merupakan sumbangan utama dalam penyelidikan ini. Justeru, melalui model integrasi penembusan ini, penilaian kegagalan dapat dijalankan dengan tepat, mudah dan pantas di dalam peramalan kegagalan bagi panel berlapis tanpa perlu melalui ujian balistik lapang sasar.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPanel berlapis
dc.subjectBalistik
dc.subjectAluminum
dc.titlePenilaian kedalaman penembusan panel berlamina keluli-aluminium terhadap rintangan balistik
dc.typeTheses
dc.format.pages212
dc.identifier.callnoTN693.A5N335 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode003492(2018)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101397+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.