Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486904
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Hamidon Wan Badaruzzaman, Prof. Dato' Ir. Dr.
dc.contributor.authorMohd Reza Azmi (P52879)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:26:25Z-
dc.date.available2023-10-11T02:26:25Z-
dc.date.issued2018-11-02
dc.identifier.otherukmvital:100871
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486904-
dc.descriptionDalam amalan pembinaan moden, penggunaan galang plat yang mempunyai bukaan web semakin menjadi pilihan untuk membolehkan saluran perkhidmatan merentasinya dan memudahkan pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala. Kaedah pembinaan ini akan menyebabkan ketinggian aras akan berkurangan, pemasangan paip-paip dan saluran-saluran yang lebih sistematik, keberkesanan kos tetapi pada masa yang sama akan mengurangkan kerintangan ricih oleh galang. Tesis ini adalah berkenaan dengan kekuatan muktamad dan kelakuan galang plat keluli berlelubang dengan pengukuh condong. Dalam kajian ini, prestasi galang plat keluli dipengaruhi oleh nilai kecondongan pengukuh perantara dan saiz bukaan web. Satu siri ujian ricih pada galang plat dengan saiz yang praktikal telah dijalankan bagi mengkaji kelakuan beban muktamad di bawah beban tumpu tunggal yang dikenakan di tengah rentang. Sebanyak sepuluh spesimen galang plat keluli dengan pengukuh condong perantara dan mempunyai bukaan pada web telah diuji. Terdapat lima sudut kecondongan pengukuh yang berbeza, diukur daripada bebibir bawah telah dipertimbangkan di dalam ujikaji ini iaitu 90o, 75o, 60o, 45o dan 30o. Pengukuh-pengukuh ini akan membentuk empat sub-panel dalam web pada setiap sisi spesimen galang. Kewujudan bukaan berbentuk bulatan di tengah web dengan saiz diameter, do adalah bersamaan dengan 0.2d hingga 0.5d, telah dipertimbangkan di dalam ujikaji ini, di mana d merupakan kedalaman plat web. Keputusan ujikaji telah menunjukkan variasi dalam nilai kekuatan muktamad dan kelakuan dalam semua spesimen disebabkan oleh nilai kecondongan pengukuh perantara dan bukaan web. Secara umumnya, keupayaan menanggung beban didapati telah meningkat dengan ketara jika nilai sudut kecondongan pengukuh dikurangkan daripada 90o ke 30o. Ini boleh dikaitkan dengan peningkatan kelebaran medan tegangan di dalam panel web disebabkan perubahan kedudukan engsel plastik bergantung pada bebibir atas dan bawah. Daripada siri ujikaji yang telah dijalankan. didapati bahawa galang berlelubang yang mempunyai saiz bukaan web yang sama, keupayaan menanggung beban juga meningkat dengan ketara apabila sudut kecondongan dikurangkan daripada 90o ke 30o. Walau bagaimanapun, keupayaan menanggung beban didapati berkurangan apabila saiz bukaan web adalah lebih besar dengan mempertimbangkan galang berlelubang yang mempunyai sudut kecondongan pengukuh yang sama. Ini disebabkan oleh bukaan lelubang di web akan mengakibatkan kelebaran medan ketegangan di web akan berkurangan. Permodelan tiga-dimensi tidak linear telah dijalankan dengan menganalisis galang plat yang dipertimbangkan dengan menggunakan perisian komputer iaitu LUSAS. Dalam permodelan tidak linear, beberapa aspek seperti pemilihan unsur, kesesuaian model bahan, penggunaan beban dan keadaan sempadan dipertimbangkan untuk meramalkan kekuatan muktamad dan kelakuan galang. Kaedah analitikal telah dicadangkan untuk menentukan ketepatan keputusan diperolehi dalam keputusan eksperimen dan melalui permodelan unsur terhingga. Ketepatan kaedah analitikal telah menunjukkan korelasi yang baik dalam julat 10% ralat bagi kebanyakan kes. Sebagai tambahan, galang plat keluli yang telah diuji oleh penyelidik lain juga dimodelkan dan dianalisis bagi tujuan pengesahan kaedah permodelan. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan memberikan maklumat dan pemerhatian yang berguna iaitu kelakuan beban muktamad galang plat yang mempunyai bukaan web dan pengukuh perantara condong.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPlate girders
dc.titleKelakuan galang plat keluli berlelubang dengan pengukuh condong
dc.typeTheses
dc.format.pages236
dc.identifier.callnoTA660.P59M837 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode003427(2018)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.