Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486902
Title: Pemprosesan komposit pejal & berbusa dari polimer kitar semula polietilena berketumpatan tinggi (rHDPE) berpenguat sekam padi
Authors: Nishata Royan Rajendran Royan (P75171)
Supervisor: Abu Bakar Sulong, Prof. Madya Ir. Dr.
Keywords: Komposit
Sekam padi
Composite materials
Issue Date: 16-Apr-2018
Description: Komposit Kayu Plastik (KKP) adalah bahan komposit yang mengandungi satu atau lebih fasa yang diperolehi daripada sumber semulajadi dan kini semakin mendapat perhatian oleh sektor industri dan akademik. Sekam padi (RH) dikenalpasti sebagai sisa pertanian yang mempunyai sifat-sifat kayu. Walaupun terdapat banyak kajian dijalankan terhadap polietilena berketumpatan tinggi (rHDPE) berpenguat sekam padi, namun masih kurang kajian terhadap pengoptimuman pemprosesan komposit. Selain itu, ketidakserasian antara gentian RH yang hidrofilik dan matriks termoplastik yang hidrofobik mempunyai kecenderungan untuk membentuk agromerat dimana komposit yang dihasilkan kurang memberangsangkan. Pengubahsuaian permukaan RH telah dikenalpasti untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun penggunaan KKP telah pesat membangun, tetapi ketumpatan tinggi komposit yang dihasilkan menghadkan penggunaan sesetengah bahan kejuruteraan. Pembusaan KKP boleh menjadi satu penyelesaian yang baik untuk mengatasi masalah tersebut. Justeru itu, objektif pertama kajian ini adalah pengoptimuman proses penekanan panas RH/rHDPE. Kemudian, pengubahsuaian permukaan gentian sekam padi melalui rawatan alkali, asid dan ultraviolet-ozonolisis (UV/O3) telah dijalankan untuk meningkatkan lekatan antara gentian dan matriks. Akhir sekali, penghasilan komposit RH/rHDPE berbusa serta pencirian sifat mekanik dan fizikal dijalankan. Parameter pemprosesan yang optimum adalah pada suhu 180 °C, tekanan 1000 psi, masa penekanan 9 minit. RH tulen dan yang dirawat dicirikan oleh FTIR, TGA dan SEM. Sekam padi dirawat alkali dan UV/O3 masing-masing menunjukkan puncak yang luas pada 3310 cm-1 dan 3318 cm-1 berbanding puncak RH tulen pada 3294 cm-1 membuktikan kewujudan kumpulan hidroksil. Semua sekam padi mengalami kehilangan berat awal antara 60-200 °C, tanpa mengambil kira jenis rawatan. Degradasi RH yang dirawat berlaku pada suhu yang lebih tinggi iaitu pada 284.97 °C, 273.67 °C dan 292.62 °C untuk rawatan alkali, rawatan asid dan rawatan UV/O3 masing-masing berbanding dengan RH tulen (272.91 °C). Ini menunjukkan kestabilan haba RH meningkat selepas rawatan kimia. Komposit RH dirawat dan tidak dirawat mengandungi 30 wt% gentian RH kemudiannya disediakan melalui proses penyemperitan dengan parameter optimum. Didapati kekuatan tegangan komposit RH/rHDPE tidak berubah dengan ketara selepas rawatan alkali dan asid. Kekuatan tegangan komposit RH dirawat UV/O3 menunjukkan hasil optimum pada 18.37 MPa yang meningkat kira-kira 5% berbanding dengan komposit tulen. Rawatan UV/O3 menggalakkan masa pemprosesan yang lebih singkat dan sisa bahan mentah yang kurang semasa proses rawatan bagi pengkomersialan pembangunan KKP pada masa hadapan. Akhir sekali, RH komposit berbusa telah dihasilkan dengan menggunakan Azodicarbonamide (ADC) sebagai ejen berbusa. Ketumpatan komposit berbusa lebih rendah daripada komposit pejal kira-kira (30-47.5%). Saiz purata sel menurun dan ketumpatan sel komposit berbusa RH/rHDPE meningkat apabila kandungan RH meningkat. Sifat-sifat mekanik komposit berbusa optimum dicapai pada 9 wt. % kandungan ADC, 50 wt. % kandungan RH serta masa penekanan selama 20 minit dimana nilai tersebut mencapai 99.5% kebaikan. Kekuatan tegangan komposit berbusa adalah lebih rendah (38~60 %) manakala Youngs modulus komposit berbusa lebih tinggi (~70 %) berbanding dengan komposit pejal bagi semua jenis rawatan permukaan. Berdasarkan hasil kajian ini, boleh disimpulkan bahawa komposit rHDPE berpenguat sekam padi pejal dan berbusa telah berjaya dihasilkan.,Ph.D.
Pages: 166
Call Number: TP1180.P65N537 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100869+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.