Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486896
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zulkifli Mohd Nopiah, Assoc. Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Azman Senin (P62279) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:21Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100305 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486896 | - |
dc.description | Pembangunan produk perlu memenuhi semua proses dalaman syarikat serta keperluan pelanggan dan disiapkan pada masa yang dijangkakan. Penggunaan alat digital seperti sistem kejuruteraan berbantu komputer adalah platform kearah kejayaan kejuruteraan serentak. Bagi menjayakan kejuruteraan serentak bagi proses penekanan panas, kualiti komponen dan masa pemprosesan adalah penting. Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan model berangka komputer bagi proses ini supaya keseluruhan pengendalian penekanan panas boleh disimulasi dan disahkan dengan mengoptimumkan parameter proses pengeluaran yang sebenar. Projek ini membina kaedah pilihan dalam menguruskan proses sistem kejuruteraan berbantu komputer berdasarkan analisa sistematik kebolehbentukan komponen bagi proses simulasi penekanan panas. Penasihat Parameter adalah antara muka pengguna yang telah dibangunkan dengan pengaturcaraan tinggi bagi simulasi penekanan panas. Penasihat parameter ini membantu jurutera proses untuk melaksanakan analisis unsur terhingga secara optimum dan bersesuaian dengan menentukan parameter terus pada pemuka baru. Pemuka baru pengguna telah dilaksanakan pada perisian simulasi kejuruteraan berbantu komputer komersial yang meluas digunakan oleh jurutera proses. Bagi validasi, analisa geometri yang dijalankan ialah analisa penipisan. Amalan proses penekanan mencadangkan bahawa penipisan maksimum dibenarkan adalah 20% dari ketebalan awal (t0). Analisis unsur terhingga untuk permodelan komponen Tetulang Hadapan Bawah mempunyai ketebalan terendah 1.63mm dan ketebalan maksima 1.75mm. Manakala pengukuran komponen sebenar menunjukkan ketebalan terendah adalah 1.63mm dan ketebalan maksima adalah 1.78mm. Peratusan penipisan daripada analisa simulasi ialah 7% dan komponen sebenar adalah 5%. Seterusnya, bahagian Tiang-B dari tiga penyediaan lembaran bagi proses simulasi penekanan panas bagi mengesahkan sifat-sifat mekanikal selepas melalui fasa transformasi pada suhu yang tinggi. Seterusnya, simulasi bagi ujian perlanggaran tepi telah dijalankan untuk menaksir kelakuan komponen Tiang-B dalam situasi kemalangan. Penyediaan Lembaran Tampal Terkimpal (LTT) untuk bahagian Tiang-B mempamerkan prestasi yang lebih baik sebanyak 86.6% dalam penyerapan tenaga daripada penyediaan Lembaran MonolitikTunggal (LMT) dan Lembaran Khas Terkimpal (LKT). Tingkahlaku kemalangan daripada semua penyediaan diukur dengan bahagian anjakan permukaan di akhir ujian perlanggaran. Bagi semua penyediaan, iaitu LTT, LMT dan LKT mempamerkan anjakan sebanyak 14.8cm, 14.87cm dan 14.14 cm. Tingkah laku komponen Tiang-B bagi semua penyediaan berada dalam zon selamat setelah dibandingkan dengan protokol Institut Insuran Keselamatan Jalan Raya. Dari skor kebolehgunaan, kecekapan adalah 1.99, kesan adalah 1.88, tahap bantuan adalah 1.91, kawalan adalah 1.98 dan pembelajaran adalah 1.93. Skor kepuasan global adalah 1.94 dan skor ini menunjukkan penilaian yang baik daripada jurutera proses. Sistem ini telah diselaraskan ke dalam perisian komersial dan membantu jurutera simulasi dan pakar acuan dalam menjalankan analisa kebolehbentukan. Kajian ini telah menyumbangkan kaedah pilihan dalam simulasi penekanan panas yang dibangunkan untuk proses simulasi komponen penekanan panas pada peringkat awal reka bentuk produk.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | User interfaces (Computer systems) | |
dc.title | Proses antara muka pengkomputeran menggunakan pengetahuan pengeluaran bagi kebolehbentukan komponen melalui proses penekanan panas | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 192 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.U83A998 2018 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003371(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100305+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.